Usia muda ini sangat berharga, dan apa yang kita usahakan ketika muda akan memepengaruhi  keadaan kita di masa akan datang. Ini sebagaimana mengambil kisah inspirasi daripada lagenda badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei.

Insan yang tidak asing lagi dikalangan kita semua sejak penglibatannya dalam sukan badminton negara, pelbagai kejuaraan diraih hingga  memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia. Bukan calang-calang usaha, penat jerih yang dilalui hingga capai tahap sedemikian.

Apa yang pasti hingga kini setiap kejayaan yang diperolehi oleh Dato’ Lee Chong Wei membuatkan kita rakyat Malaysia turut sama rasa berbangga.

Berjaya Kumpul Aset 

Pun begitu, cuba kita lihat dari sisi kejayaan lain yang dicipta olehnya selain badminton, siapa sangka rupanya beliau mempunyai aset kekayaan yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya, malah beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta.

Ini sebagaimana apa yang pernah dikongsikan oleh portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya. Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta.

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Miliki Pelbagai Kereta Mewah

Chong Wei sangat sukakan kereta mewah dan beliau miliki 6 kereta mewah. Antara kerata mewah yang beliau miliki adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.

IKLAN

Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.

Akhbar Dongguan Shibao dari China juga pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.

Selain pemain badminton, menjadi duta produk adalah sumber pendapatan utama Chong Wei. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

IKLAN

Bahkan tidak  dalam mengumpul aset semata-mata malah dalam bidang pendidikan juga tidak kurang hebat pencapaian yang diterima olehnya apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau tahun lalu.

Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Sumber : Vocket & MyInfoKerja

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI