Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.

Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.

“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.

Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.

IKLAN

” Sebagai Anak, Jangan Sesekali Merungut & Terlalu Berkira Bab Jaga Ibu” – Nora Ariffin

Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.

“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.

IKLAN

“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.

“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.

IKLAN

” Sebagai Anak, Jangan Sesekali Merungut & Terlalu Berkira Bab Jaga Ibu” – Nora Ariffin ” Sebagai Anak, Jangan Sesekali Merungut & Terlalu Berkira Bab Jaga Ibu” – Nora Ariffin

Sumber: Instagram Nora Ariffin

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI