Kalau sebut pasal tempat makan best kat Shah Alam, memang tak sah kalau tak masukkan nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dalam senarai ‘port’ makanan untuk keluarga. Terletak di Seksyen 13, restoran ini yang beroperasi pada tahun 2013 bukan sekadar tempat makan ikan bakar biasa.

Ia adalah simbol kejayaan dan usaha gigih seorang wanita, Puan Noralinda Norjaya, yang berjaya membawa cita rasa asli dari gabungan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Pahang. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan satu kisah penuh keberanian dan pengorbanan.

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Semuanya bermula apabila seorang sahabat kepada Puan Linda yang ketika itu mengusahakan restoran ini, terpaksa menghentikan operasinya selepas hanya enam bulan beroperasi. Atas dasar simpati dan persahabatan, Puan Linda yang masih bekerja sepenuh masa ketika itu, memberanikan diri mengambil alih restoran tersebut.

Walaupun hati dilanda keraguan dan bimbang jika tersalah percaturan, beliau tetap yakin dengan niat baik dan potensi yang ada. Dengan sokongan penuh daripada suami, serta semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, Puan Linda nekad mengorak langkah. Siapa sangka, keputusan yang pada awalnya nampak berisiko itulah yang menjadi titik tolak kepada kejayaan besar hari ini.

“Sisik di buka tanpa dirancang. Pada awalnya untuk membantu kawan baik yang ketika dalam keadaan susah dan tidak dapat teruskan perniagaannya walaupun sudah beroperasi selama enam bulan,” jelasnya.

Dengan tindakan tersebut, Puan Linda mengakui beliau sememangnya dilanda kebimbangan, apatah lagi dunia perniagaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila keputusan untuk mengambil alih restoran itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa sempat berfikir panjang.

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Namun berkat sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan, restoran ini berjaya mengharungi cabaran sehingga dikenali ramai sebagai restoran ikan bakar yang menyediakan masakan melayu kampung.

Ads

Katanya lagi, nama “Sisik” dipilih bersempena dengan konsep utama restoran ini yang menampilkan pelbagai hidangan berasaskan makanan laut. Di sini, masakannya berteraskan masakan melayu yang membangkitkan selera, sekali gus mengingatkan rasa rindu masakan ibu di kampung.

DEKORASI ALA DEWAN PERKAHWINAN

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Melangkah sahaja masuk ke Medan Selera Sisik, terasa seolah-olah menjejakkan kaki ke dalam sebuah dewan jamuan perkahwinan. Suasana begitu memukau dengan dekorasi bunga dan daun tiruan yang digantung indah dari siling, mencetuskan suasana ala-ala garden wedding yang romantik dan menenangkan. Laluan berkarpet yang membentang menuju ke barisan hidangan laut segar membuatkan mata terpaku dan hati terus teruja.

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Bukan itu sahaja, susun atur meja dan kerusi yang kemas dan teratur menambah lagi keselesaan untuk pengunjung menjamu selera. Lebih menarik, makanan laut di sini dibakar secara live di hadapan pelanggan – panas-panas terus dari dapur ke pinggan! Aroma yang menusuk hidung dan suasana yang meriah membuatkan pengalaman makan di Sisik benar-benar luar biasa.

Ads

MENU PILIHAN RAMAI

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Apabila ditanya mengenai keistimewaan restoran ini, yang membezakan dengan yang lain ialah penggunaan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada keluarga Puan Linda yang berasal dari Negeri Sembilan dan suaminya dari Pahang. Gabungan dua negeri ini menjadikan setiap hidangan di sini unik dan kaya dengan pengaruh tradisi masakan mereka.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah ikan patin bakar bersama tempoyak satu olahan istimewa yang jarang dijumpai. Bukan itu saja, pelbagai jenis ikan laut, sotong dan udang juga turut disediakan dengan kuah tempoyak yang pekat dibakar dan enak di makan panas-panas.

Nyata, restoran ini cukup terkenal dengan konsep makanan laut segar dan masakan kampung yang padu rasa. Hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, yang diternak sendiri di air bukit, menjadikan rasanya segar dan langsung tak hanyir. Menu signature lain yang buat pelanggan repeat berkali-kali termasuklah Siakap Bakar Tempoyak, Sotong Bakar Madu, Udang Goreng Berempah, dan Kambing Bakar yang juicy dan lembut. Bagi yang rindu rasa kampung, jangan risau sebab Sisik juga ada Daging Salai Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Bakar dan Ulam Terung Pipit menambah selera.

Ads

RUANG ‘INTIMATE’

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Apa yang lebih menarik, restoran ini kini berkembang bukan sahaja dari segi menu, tapi juga dari segi servis dan suasana. Mereka kini menyediakan ruang eksklusif yang intimate dan sangat sesuai untuk pelbagai majlis istimewa. Sama ada nak buat family gathering, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, akad nikah atau event korporat,

Restoran ini menyediakan ruang intimate berhawa dingin yanga boleh memuatkan 100 orang. Ruang ini disediakan dengan dekorasi yang cantik, selesa dan penuh privasi. Suasana restoran yang tenang dan kemas memang cukup ideal untuk cipta kenangan indah bersama orang tersayang. Banyak pelanggan datang bukan sekadar nak makan, tapi nak menjadikan restoran ini sebagai tempat rasmi untuk moment penting dalam hidup mereka.

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Melihat perkembangan restoran ini, jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan kesungguhan, konsistensi dan semangat untuk terus belajar dan berkembang. Puan Linda berjaya membuktikan bahawa masakan warisan keluarga pun boleh jadi satu empayar makanan yang besar, asalkan kita tahu cara nak persembahkan pada dunia. Kini, Restoran Sisik bukan sahaja digemari pelanggan setempat, tapi turut menjadi pilihan ramai dari luar kawasan, malah dari negeri-negeri lain yang sanggup datang semata-mata nak rasa sendiri keenakan hidangan di sini.

Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam Ambil Alih Restoran Sahabat, Pengasas Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Bina Empayar Makanan Laut di Shah Alam

Jadi buat yang tercari-cari tempat makan yang bukan sahaja sedap tapi juga selesa, sesuai untuk acara istimewa dan harga yang berbaloi dengan portion besar Sisik Medan Ikan Bakar adalah jawapannya. Datang sendiri dan alami sendiri suasana di sini yanga pastinya menjadi momen manis buat keluarga. Apa lagi jom singgah ke SISIK MEDAN IKAN BAKAR, KELAB SHAH ALAM (Dalam kelab), Section 13, Shah Alam Selangor.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI