Jodoh itu rahsia Allah. Kegagalan perkahwinan lalu nyata tidak meninggalkan bekas di hati wanita yang cukup lemah lembut ini.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28 sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor kacak Nazim Othman. Namun rumah tangga mereka menemui noktah apabila bercerai pada Mei tahun lalu.
12 Januari lalu, Bella membuat kejutan buat peminatnya apabila memuat naik gambar pertunangan. Dia sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah cintanya. Malah Bella tidak pernah memuat naik foto tunangnya, Arif di instagram!
Arif atau nama sebenarnya Arif Izuddin Mohd Radzali, merupakan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan pertama kali bertemu dengan Bella pada Ogos tahun lalu.
Lima bulan mengenali antara satu sama lain, pasangan ini mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan ikatan pernikahan. Dalam majlis pernikahan ahad lalu, Bella menerima mas kahwin sebanyak RM1000 beserta tujuh dulang hantaran.
Ads
Rupa-rupanya ada kisah disebalik perkenalan merpati sejoli ini. Semasa majlis resepsi, Noorsyahida Mohd Radzali yang merupakan kakak sulung Arif dalam ucapannya mendedahkan detik perkenalan adiknya bersama Bella Dally.
Ads
Menurutnya, Arif beberapa kali meminta pertolongan untuk berkenalan dengan artis di bawah pengurusannya. Namun, permintaan itu tidak dilayan sehinggalah Arif menunjukkan minat kepada Bella.
“Arif banyak kali minta saya kenalkan dia dengan artis. Tapi saya tak pernah layan. Saya cakap Kak long bukan penjual artis, kak long penjaga artis.
“Sehingga suatu hari, Arif mesej dan minta tolong. Dia kata perlu sangat nak kenal dengan artis ni. Saya tanyakan siapa dan Arif hantar gambar.
“Rupa-rupanya Bella dan saya cakap ini bukan main-main. Tapi Arif kata dia serius dan saya menyuruh dia mencari dan berusaha sendiri.
Ads
“Selepas itu dia diam, saya ingatkan dia dah putus asa dan tak layan dah artis ni. Sekali dia hantar gambar ‘dating’ di Sabah. Katanya, nampak tak orang serius sampai dating kat Sabah.
“Saya pun cakap bagus kerana pilih Bella. Bella yang saya kenal baik hati, hormat orang tua. Saya pesan pada Arif kalau betul serius, ambil dia, jaga dia dan sayang dia,”kongsi kakak ipar Bella dalam majlis persandingan baru-baru ini.
Rata-rata pengikut Bella mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya kali ini.
allyshams Masya Allah.. how beautiful is that.. Allah SWT is the best planner of all. Congrats @belladally & husband.
sarahadila__ hoping this marriage last forever ???
nadirahshaffie_ This is so cuteeeeeeeeee omg im crying ??????? congrats kak bella!!!!!!!!
mar_hanani Awhhhh that’s so sweet ❤️ Congratulations kak bhell and abg arif ? May Allah shower your marriage full with barakah and may Allah give both of you all the happiness in the world and hereafter ? Go #TeamLibra ?
allyndelights Itu nama nya JODOH yg ikhlas & redha dr Allah swt.
missrodzi Bella u sngt bertuah….semoga bahagia hingga ke jannah…amiin… So happy bila tgk wanita kuat hadapi semua cabaran dgn tenang. Dan balasannya….Allah mmg maha baik.
desiamallia Alhamdulillah,, SAMAWA ya kak bella, semoga inilah pelabuhan terakhir kak bella.. Aminnn ya allah?
jammazs Smoga bahagia hingga ke syurga firdausi.. bella you sorng yg baik n tenang dan sabar,??
wan_al_idrus This is so sweet..,, allhamdulillah you’ve found your soulmate… May Allah swt shower your marriage with baraqah, happiness, happily ever after until Jannah…. @belladally ???
vitaminsyaza Bagusnya! Bersungguh2 nak ???? masyaAllah so happy for both of youuuuu ??
cindaisdiary Bella selalu kena ckp org yg baik sopan hormat org tua dr kluarga yg baik2… ♥️
Pastinya siapa yang lahir sekitar tahun 70an atau 80 an tentu mengenali pengajaran rancangan Muqaddam di saluran RTM yang popular sekitar awal 1970-an yang disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari. Ketika itu tentu anda semua masih kanak-kanak. Rasanya rancangan ini keudara setiap hari jam 6.30 petang.
Ketika itu, arwah dikenali sebagai ustaz Hassan Azhari iaitu bukan asing di kaca televisyen apabila menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran nasional ketika itu. Sesungguhnya rancangan itu begitu popular pada zaman 70 an.Sehinggakan rancangannya ditunggu-tunggu oleh para penonton.
Semalam, anak arwah telah berkongsi cerita tentang sikap komited arwah kepada rancangan yang dikedalikan oleh arwah. Menarik perkongsiannya, arwah menulis skrip dalam tulisan jawi dan mendapatkan rujukan guru-gurunya. Ilmu yang amat bermanfaat untuk kita semua ketika itu.
NOSTALGIA
.
Inilah ayah saya. Nama penuh beliau ialah Hassan bin Azhari. Beliau seorang pesara yang pernah bekerja sebagai nadzir pelajaran. Pada masa sama, beliau juga seorang guru.
Pekerjaan akhir beliau sebelum penghujung hayatnya tetap sama, guru. Ya, guru al-Quran. Saya memanggilnya, abah. Beliau kembali ke rahmatullah pada 6 Oktober tahun lalu.
Gambar ini dirakam ketika beliau mengajar dalam rancangan di TV1, Muqaddam. Tidak silap sekitar awal 80-an.
Sejak TV hitam putih hinggalah berwarna, perjalanan untuk menghasilkan program tersebut cukup panjang. Tidak sedikit ilmu, masa dan keringat ditumpahkan.
Ada bangun jatuhnya dan penuh air mata terutama mereka yang pernah bergelar ‘anak murid’ dalam program tersebut.
SKRIP TULISAN JAWI
Di rumah, ketika menyiapkan skrip rancangan, saya sering melihat beliau lebih selesa duduk bersila di atas lantai berlapik permaidani sambil dikelilingi banyak kitab dan kertas-kertas putih A4. Ada juga sesekali beliau menggunakan mesin taip untuk menghasilkan skrip.
Sesekali saya curi-curi juga baca skrip Muqaddam. Saya hendak tahu bagaimana abah menulis skrip untuk program tersebut.
Kesemua skrip untuk program di radio dan televisyen lebih banyak ditulis tangan berbanding ditaip kerana abah menulis dalam tulisan jawi serta penggunaan ayat-ayat Quran.
Tiada siapa yang berani menggangu ketika beliau tekun menyiapkan skrip rancangan tersebut. Beliau sendirian menyusun semua kandungan pembelajaran dan skrip yang dihasilkan. Kami perhati saja dari jauh.
Namun, beliau masih merujuk kepada gurunya jika ada kemusykilan. Satu perkara yang saya ingat tentang abah ialah beliau sangat menghormati guru-gurunya dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan mereka.
Andai ada perkara yang beliau kurang fahami atau timbul kemusykilan, abah akan cepat-cepat merujuk gurunya untuk mendapatkan kepastian.
Ada sesiapa yang membesar dan mengikuti program Muqaddam sekitar tahun 80-an?
Jika ada, teruskanlah dekat dan istiqomah dengan al-Quran. Tiada istilah noktah dengan al-Quran walaupun rancangan ini sudah ditamatkan.
Berdampinglah sekerap mungkin dengan al-Quran walau sesibuk mana sekalipun kita dengan urusan dunia.
Usahakan untuk membacanya. Jika tidak mampu membacanya satu juzuk sehari, maka bacalah satu maqra’, jika masih tidak berkemampuan untuk membaca satu maqra’, bacalah satu muka, jika masih tidak mampu membaca satu muka, maka bacalah walau sepuluh ayat sehari, jika masih tidak mampu juga membaca sepuluh ayat sehari, bacalah walau satu ayat, jika masih tidak mampu, jangan langsung tinggalkan al-Quran.
Bahkan, memandang al-Quran itu saja merupakan ladang pahala.
Selalu ingat pesanan Nabi Muhammad SAW. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan surah al Baqarah dan surah ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kenapa tiba tiba buka kisah ni? Sebab saya terlihat gambar ini dan terpanggil untuk berkongsi. Al-Fatihah buat abah.
Nanti kita sambung lagi.
Uhibbukum fillah, hayya ilal jannah,
Semoga kita semua menjadi generasi akhir zaman yang memanfaatkan al-Quran sebaik-baiknya.
Kapsyen: Zaman ini masih guna papan hitam dan kapur tulis lagi. Ya, itu tulisan beliau.
Pernah sesekali guna pencuci lantai untuk cuci lantai bilik air, baunya memang kuat sangat sampai buat kita nak terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil di rumah yang sudah masuk fasa meniarap dan menyusur ni. Memang patut dielakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan terutama jika ahli keluarga anda jenis sensitif.
Rupanya ada cara mudah nak buat pencuci serbaguna yang mesra alam dan bebas bahan kimia. Hanya guna 2 bahan saja iaitu cuka dan kulit oren. Yang pasti, baunya pun wangi sangat macam essential oil. Boleh release stress tau!
PARUT KULIT OREN / LEMON
Gunting kulit oren atau lemon kecil-kecil supaya aromanya dapat dikeluarkan.
Masukkan siap-siap ke dalam sebuah bekas kedap udara atau botol spray.
2. TAMBAHKAN CUKA
Tambah cuka putih tadi sampai penuh bekas atau sehingga menutupi semua kulit oren atau lemon. Pastikan semua kulit oren terendam dengan sempurna tau sebab kulit oren yang tak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi. Tutup bekas spray tadi.
3. PERAM
Seterusnya, biarkan ia diperam selama seminggu dua sebelum digunakan.
4. CARA GUNA
i) Untuk cuci ‘table top’ dapur: Lembapkan kain dengan air, spraykan sedikit larutan pencuci homemade ini. Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas. Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka sitrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
ii) Untuk cuci lantai: Lembapkan kain mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan cuka sitrus ini atau spraykan terus ke lantai. Wangi je bau lantai nanti. Macam bau oren segar! Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas pun tak apa. Kecuali kalau lantai terlalu kotor boleh tambah soda bikarbonat dan bilaskan dengan air.
BERKESAN & SELAMAT!
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, pencuci serbaguna ini boleh tahan selama sebulan atau mungkin lebih. Jika larutan cuka dah habis, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Selain kulit oren atau lemon, boleh juga guna kulit limau nipis, limau purut atau apa saja jenis buah-buahan sitrus yang ada di rumah. Mudah kan?Selamat mencuba.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Demam yang disangka biasa rupa-rupanya hanya asbab apabila si kecil ini pergi buat selama-lamanya. Sebagai ibu tiada yang lebih memilukan bila mana si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh, hanya mampu didakap selama empat bulan lebih sahaja.
Kisah anak syuarga bernama Anaqi Tsaqeef ini dikongsikan oleh ibunya menerusi laman facebooknya. Sebak membaca luahan hati seorang ibu bernama Dalila Yusofyang kehilangan anak buat selama-lamanya.
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH ❤️
18 Sept 2019 (Rabu)
Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa, makan minum pon mcm biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12++ tiba2 ibu rasa mcm badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak p klinik/hosp. Since babah tengah further study hari2 ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse utk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak2 dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Then ibu try call Hosp Pantai bhg Specialist Clinic (Pakar Kanak2) dan Dr yg biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide utk p dkt hosp pantai. Dalam pukul 2.30ptg mcmtu ibu babah bwk adik p hosp pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi utk baby 4bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu.
Dr pakar kanak2 tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak2 makan pon byk. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik.
Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam. Tapi anaqi tsaqeef anak yg sgt baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Mybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.
19 Sept 2019 (Khamis)
Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yg menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua org cakap mandi dgn lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik.
So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali.
20 Sept 2019 (Jumaat)
Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari mcmtu babah ambek halfday lagi sebab rasa kena bwk adik p hosp ni sebab demam xmau kebah. Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dlm 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dpt priority sebab dia baby dan keadaan dia yg mcmtu.
Tapi malangnya still kena tunggu turn yg mybe dlm 4-5 jam lagi. Sangat2 kecewa time ni dengan bhagian kecemasan HSAH 😢 Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik xlarat sangat time tu. So babah decide tak bole tunggu ni kena p swasta juga ni, so bwk adik p klinik bersatu tikam batu. Dr situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dh demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah.
So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcmtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sgt dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi. 😔
21 Sept 2019 (Sabtu)
Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak mcmtu. So ibu babah ikhtiar utk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau 😢 Ustaz cakap biasala mybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la.
Takpa ibu babah ikhtiar. Balik mcm biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum byk. Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak mcm biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yg dr bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik 😔😢
22 Sept 2019 (Ahad)
Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua mcmtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dlm 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang mybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time ptg tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dh taknak tengok orang. Asyik mengerang geleng2 nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu 😭
23 Sept 2019 (Isnin)
Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik mcm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dlm pukul 1230pagi mcmtu. Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dlm keadaan sgt tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai.
Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dgn kecemasan hosp govern 😢 So keadaan adik yg mcmtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakit tu.
So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk sone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah 😢😢 Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah 😢😭
Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila2 masa baby akan meninggal.
Time tu Allah saja yg tahu apa yg ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yg terbaik utk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8pagi mcmtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dkt adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit 😢😢
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dkt sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Betapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef.
Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah ❤️
Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik 😊😊
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah 😊
Damailah anak syurga ibu babah disana ❤️
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan
10 Mei 2019 – 23 September 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di