“Anak-Anak Ubat Paling Mujarab.” Enot Akui Anak Sumber Kekuatan Untuk Bangkit Melawan Penyakit Kanser Usus!

Share

Lama tidak mendengar khabar pelakon sorang ini. Dia yang sebelum ini dikhabarkan menghidap penyakit kanser usus tahap 3 baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian di laman instagramnya.

Di dalam perkongsian tersebut, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah bagaimana pun bangkit dan melawan penyakitnya.

Semangatnya untuk kembali sembuh setelah menyedari anak-anaknya masih memerlukannya untuk terus hidup.

“Pada tahun 2013, aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih untuk terperap kat rumah, murung dan kecewa.

“Tapi satu hari, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yang masih perlukan aku dalam hidup diorang. Aku kena kuat!.

“Kalau orang tanya dari mane datangnya kekuatan untuk aku bangkit? Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak-anak la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan untuk aku bangkit dan lawan sampailah tamat zaman penderitaan tu.

“Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih berikan aku anak-anak yg memahami keadaan aku ketika itu,” tulis  Enot sambil memberitahu sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni.

“Aku yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia merancang kehidupan aku dari senang ke sakit dan kembali sembuh macam biasa. Semua itu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah beri! Alhamdulillah.

“Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah-tambah meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku.

Menurut Enot lagi,  tahun 2019 ini,  dia akan membuat comeback ke dunia seni.

“Insha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin.

“Jika ada follower Enot yang sedang menghidap kanser atau kanser survivor di luar sana, Please always think positive. Be strong! Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin,” katanya lagi.

Enot memiliki dua orang anak iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.

Sumbner: IG enot_78

IKLAN