Ads

Jika Kita Tiada, Siapa Lindungi Orang Tersayang? Soalan Yang Jarang Disuarakan, Namun Sering Bermain Di Minda

Dalam hidup ini, kita boleh merancang banyak perkara kerjaya, kewangan, bahkan masa depan anak-anak. Namun satu perkara yang sering kita lupa ialah hakikat bahawa hidup yang kita lalui penuh dengan ketidaktentuan.

Sebagai anak, pasangan atau ibu bapa, satu persoalan yang jarang diluahkan tetapi sering bermain di fikiran ialah kalau sesuatu berlaku kepada kita, bagaimana dengan nasib keluarga nanti?

Di sinilah pentingnya sebuah pelan perlindungan yang bukan sahaja melindungi diri kita, bahkan seluruh ahli keluarga kita.

Pelan seperti FWD Life First oleh FWD Takaful hadir dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan kepada individu, tetapi melihat keluarga sebagai satu sistem yang saling bergantung antara satu sama lain.

Perlindungan Sehingga 500 Peratus

Kadang-kadang kita rasa selamat dengan persekitaran, tetapi hakikatnya kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di rumah, di tempat kerja, malah ketika anda sedang bercuti bersama-sama keluarga.

Apa yang lebih membimbangkan bukan sekadar kejadian itu sendiri, tetapi kesan jangka panjang kepada keluarga, terutama jika melibatkan kehilangan sumber pendapatan utama.

FWD Life First menawarkan perlindungan kemalangan dengan bayaran sehingga 200 peratus daripada jumlah dilindungi bagi kematian atau hilang upaya kekal.

Jumlah ini meningkat kepada 300 peratus jika kemalangan berlaku dalam pengangkutan awam, lif atau bangunan awam yang terbakar, dan sehingga 500 peratus sekiranya kemalangan tersebut berlaku ketika anda di luar negara.

Jika Kita Tiada, Siapa Lindungi Orang Tersayang? Soalan Yang Jarang Disuarakan, Namun Sering Bermain Di Minda

Ads

Kesihatan & Keluarga

Di Malaysia, kita tidak asing dengan penyakit berjangkit. Setiap tahun, ada sahaja kes yang melibatkan ahli keluarga terdekat, dan sering kali ia datang tanpa amaran.

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital, kesannya bukan hanya pada pesakit, tetapi seluruh keluarga. Ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, menguruskan anak-anak, atau menanggung kos tambahan yang tidak dijangka.

Bantuan kewangan sebanyak RM5,000 disediakan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital sekurang-kurangnya lima hari apabila anda didiagnosis dengan penyakit berjangkit tertentu seperti demam denggi, hepatitis viral, japanese encephalitis, demam kepialu (tifoid), kolera (penyakit taun), tuberkulosis dan malaria.

Sekurang-kurangnya, ia dapat meringankan sedikit beban ketika keluarga sedang melalui waktu sukar.

Hidup Tanpa Beban Kewangan

Tiada siapa yang mahu memikirkan tentang kematian atau hilang upaya kekal. Namun, realitinya perkara ini boleh berlaku tanpa diduga.

Perlindungan asas yang ditawarkan memastikan keluarga menerima 100 peratus jumlah perlindungan bersama nilai akaun anda dalam Akaun Simpanan Peserta (ASP) sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) akibat punca semula jadi.

Ads

Ia memberi ruang kepada keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa tekanan kewangan yang mendadak.

Apa yang menjadikan pelan ini lebih bermakna ialah fokusnya terhadap ahli keluarga.

Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan melibatkan ahli keluarga terdekat, bantuan kewangan sebanyak RM15,000 bagi setiap individu disediakan, meliputi ibu bapa, pasangan dan sehingga enam orang ahli keluarga. Mereka dilindungi sehingga umur 100 tahun pada hari lahir berikutnya tanpa pengunderaitan di bawah Pelan Perlindungan Ihsan Keluarga.

Dalam saat kehilangan, sekurang-kurangnya keluarga tidak perlu terlalu memikirkan beban kewangan yang mendesak.

Seterusnya, antara manfaat pelan ini lagi, jika berlaku kematian akibat penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, malaria, chikungunya, japanese encephalitis atau zika, pampasan sehingga 200 peratus daripada jumlah perlindungan bersama nilai akaun anda dalam Akaun Simpanan Peserta akan dibayar, dengan had maksimum sehingga RM200,000.

Jika Kita Tiada, Siapa Lindungi Orang Tersayang? Soalan Yang Jarang Disuarakan, Namun Sering Bermain Di Minda

Ads

Sokongan Emosi

Dalam banyak keadaan, cabaran terbesar selepas kehilangan bukan hanya kewangan, tetapi emosi.

Pelan ini menyediakan sehingga 10 sesi kaunseling kesedihan dengan tuntutan sehingga RM2,000, bagi membantu keluarga melalui proses pemulihan.

Selain itu, khidmat nasihat guaman sehingga tiga sesi dengan had RM2,000 turut disediakan bagi membantu urusan seperti wasiat, pembahagian harta dan penjagaan anak-anak.

Tambahan pula, bantuan tunai sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada anda melalui perkhidmatan Badal Haj yang disediakan di bawah pelan ini.

Kasih & Ketenangan

Akhirnya, semua ini kembali kepada satu perkara iaitu perlindungan kepada keluarga yang dilimpahi kasih sayang.

Kita bekerja keras setiap hari untuk keluarga. Kita mahu yang terbaik untuk mereka. Tetapi kasih sayang sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan perlindungan yang betul.

Merancang perlindungan bukan bermaksud kita menjangka perkara buruk bakal terjadi, tetapi kita bersedia supaya keluarga tidak perlu menanggung beban yang terlalu berat jika ia berlaku.

Kerana dalam hidup ini, mungkin kita tidak mampu mengawal apa yang akan terjadi. Tetapi kita masih boleh memilih untuk melindungi mereka yang paling kita sayang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Eyka Farhana Selamat Bersalin Anak Sulung, “Selamat Datang Hero Mama Muhammad...

Eyka Farhana selamat bersalin cahaya mata sulung secara normal pada 16 Mei 2026 dan mendedahkan nama puteranya, Muhammad Luay Khayr.