Sekiranya ibu ayah menghadapi masalah bayi menangis setiap hari, ibu dan ayah boleh amalkan doa bayi menangis malam ini dan susah tidur.
Keadaan ini berlaku kemungkinan belum mendapat rentak jadual anak terutama cara untuk mengendalikan situasi jika anak menangis nak tidur, nak susu, rasa tak selesa atau tak sihat. Malah ada yang stres tidak dapat hadapi situasi ini. Lebih parah lagi jika jarak anak kedua dengan anak pertama dekat tak sampai dua tahun.
Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan surah Al Qadr ni. Baca surah ni mohon pada ALLAH supaya anak dapat tidur & tiup di ubun ubunnya.
Ads
Ini antara doa berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek tak mahu tidur (dengan izin ALLAH). Sedikit sebanyak cuba ikhtiar dengan cara ini.
Selain buat check up dengan doktor, ibu boleh amalkan zikir-zikir ni sebanyak-banyaknya:
1. HasbiAllahwanikmalwakil…
2. LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim…
3. Astaghfirullahalazim…
Ads
Banyakkan juga mohon doa pada ALLAH. Selain tu, ibu boleh letakkan surah Yasin di sebelah bantal anak.
Ads
Sebelum tidur, ibu & ayah bacalah :
1. Ayat qursi
2. Al Fatihah
3. 3 Qul
Ada banyak sebab yang membuatkan bayi menangis di waktu malam. Berkemungkinan si kecil itu sedang lapar, sakit atau sebagainya. Jika disebabkan ganggun benda halus boleh baca surah Al-Quran seperti:
Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
Ayat Al-Kursi
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah Al-Nas
Mohonlah pada ALLAH agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah.
Sumber: FB 9bulan10hari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di kala seorang anak mendambakan doa ibu ayah bagi memohon restu menempuh peperiksaan, sebaliknya buat seorang pelajar ini yang kehilangan bapa hari ini.
Khabar sedih diterima ketika memasuki dewan peperiksaan untuk mengikuti kertas sejarah. Hati mana yang tidak pilu, menghadapi saat ini.
Menerusi perkongsian facebook milik seorang guru, Badariah Mohd Mohaidin berkongsi duka dengan berita ini.
_______________________________
Al-fatihah, kuatkan semangat.
Menghampiri pukul 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru)..
Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM…Anak ini diuji dengan pemergian ayahnya hari ini…Allahu Akbar…
Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh… aamiin ya rabbal’alamin
MOGA TABAH DIK!
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan simpati kepada pelajar berkenaan dengan mendoakan agar tabah hadapi dugaan itu. Antara luahan hati warganet.
“Allahu.. Tak tergambar betapa sedihnya.
Sumber: Badariah Mohd Mohaidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan kita semua inginkan rezeki yang melimpah ruah. Ia adalah impian semua manusia yang lumrah sukakan kesenangan. Setiap hari kita berdoa inginkan kehidupan dilimpahi kemewahan tanpa ada kesempitan hidup.
Namun, untuk mendapat rezeki yang melimpah pasti ada caranya. Menarik untuk perkongsian ini, wanita ini berkongsi amalan arwah ibunya. Amalan biasa yang kita dengar tetapi semakin kita lupa untuk dilakukan.
Ikuti perkongsian ini. Semoga muhasabah diri.
Ada masa kita yang bergelar surirumah, yang tak bekerja ni terfikir macam mana cara nak murah rezeki. Nak Allah beri rasa cukup, nak Allah beri rasa tenang tanpa fikirkan soal wang dan sebagainya. Menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita tiada pendapatan. Tarik nafas. Tenangkan diri.
Sedikit sebanyak saya cuba mengimbau rutin yang Mak pernah buat dulu semasa hidupnya. Ya, saya harus akui rezeki Mak memang murah. Bayangkan waktu Mak dah meninggal pun orang hulur wang di hari pengkebumian pun banyak.
Bukan sedikit yang bagi. Orang ni hulur rm800, orang ni hulur rm400, orang ni hulur rm500. Itu belum lagi ramai yang bagi rm100 dan sebagainya. Memang dari Mak hidup sampailah Mak meninggal, memang Mak tak pernah menyusahkan.
Amalan ibu semasa hidup
Apa yang Mak buat?
Siap sedia solat
1) Jaga solat. Kalau sesiapa yang mengenali Mak atau selalu mengikuti kisah saya menjaga Mak dulu mesti tahu rutin harian Mak. Setiap kali solat 5 waktu 15-30 minit sebelum masuk waktu Mak dah stand by dengan telekung. Mak sentiasa menanti waktu solat. Bukan dah azan baru nak ambil wudhu. Mak sangat menjaga solat di awal waktu. Bila solat kita jaga, jangan bimbang, urusan kita yang lain Allah permudahkan. Sampai di hujung usianya waktu Mak sakit, bila tersedar dari tidur perkara utama yang dia tanya berulang kali, ” Waktu solat dah masuk ke?” Ya, itulah Mak.
Solat lama
2) Mak akan tunaikan solat sunat setiap kali solat 5 waktu. Mak solat memang lama. 30 minit dah tentu. Siap pakej solat sunat dan zikir selepas solat. Solat sunat Dhuha juga adalah aktiviti yang Mak akan buat biasanya dalam pukul 9 pagi.
3) Saya masih ingat. Selepas balik dari menunaikan haji Mak beli tasbih berbentuk besi bulat. Kalau takde buat apa, waktu bersantai di ruang tamu, tasbih tu la yang jadi peneman. Mulut Mak terkumat kamit membaca zikir sambil jari kanan menekan button di tasbih tersebut.
Meraikan tetamu
4) Meraikan tetamu. Mak cukup pantang kalau tetamu datang tak dijamu apa- apa. Kalau ikutkan Mak, posmen datang, orang TNB datang cek meter pun kalau boleh dia nak jamu. Hehehe. Mak cukup susah hati kalau tiba- tiba orang datang waktu tu makanan habis/ tiada. Nak juga jamu orang, biskut 4 segi dengan air teh pun tetap mak akan hidangkan. Pernah sekali posmen datang hantar komputer di rumah. Kebetulan waktu tu ada kuih muih. Sakan mak siap bancuh teh susu. Kenyang lah abang posmen tu. Hahaha.
5) Tidak berkira terutama dengan anak cucu. Mak dan Abah pernah menjaga cucu- cucu. Eloklah ada peneman,penghibur Abah dan Mak di kampung. Ada 2 orang cucu yang Mak Abah jaga sampailah dorang habis form 5. Sekarang kedua- duanya dah menamatkan pelajaran di universiti dan dah pun bekerja. Mungkin berkat menjaga cucu dengan ikhlas adalah satu asbab Mak dimurahkan rezeki. Oh ya, Mak dan Abah juga ada bawa bersama adik- adik mereka tinggal bersama. Cuma waktu tu saya tiada lagi/ ada yang saya masih kecil. Yang saya tahu ada 2,3 orang adik abah yang tinggal bersama waktu mereka bersekolah menengah. Dan ada seorang adik perempuan Mak umur sebaya Long yang Abah dan Mak jaga sehingga darjah 6. Selepas darjah 6 mak saudara tu menyambung pelajaran di MRSM Seremban.
Sedekah
6) Bersedekah. Ini habit yang Mak suka buat. Pelik sebab Mak takde pun income, tapi dia suka memberi. Bila cucu- cucu datang ziarah, waktu dorang nak balik Mak akan sibuk masuk bilik cari dompet. Mesti nak hulur jugak. Dan bila suka memberi Allah balas semula. Adik- adik mak, anak murid abah kalau datang ziarah mesti akan hulur pada Mak. Dorang bagi bukan sikit.
7) Berjimat cermat dan hidup secara sederhana. Kalau kita perhatikan mak mak kita zaman dulu sangat pandai berjimat cermat. Dapat duit beli lauk dan barang dapur mereka pandai gunakan dengan sebaik mungkin. Malah, ada lagi lebihan dan mereka simpan. Sebab tu tak perlu hairan kenapa mereka boleh menyimpan duit. Ada masa saya pun pelik bila memikirkan. Mak tak bekerja, tapi macam mana Mak boleh menyimpan dalam tabung haji sampai jumlahnya 5 angka.
Ada masa kita tercari- cari formula bagaimana nak Allah bagi rasa cukup, nak Allah permudahkan rezeki. Sebenarnya ada tips simple yang boleh kita buat dan jadikan habit. Yang penting ikhlas, jadikan ianya sebagai habit dan terus istiqomah. Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap dari kita. Apa yang penting kena bersyukur dan hargai segala nikmat yang Allah dah beri. Ianya takkan terhitung.. Al fatihah Mak.
Anak juga berasa sangat bangga apabila dapat mencuba sesuatu, menguasai tubuh dan kemampuannya. Jangan abaikan pentingnya tahap perkembangan ini. Berikut tip yang harus ibu bapa lakukan untuk melatih anak agar berdikari:
Ajarkan aktiviti rutin sehari-hari
Lakukan aktiviti seperti makan, mandi, tidur, dan bermain dalam urutan yang sama setiap hari. Ini akan membantu anak untuk menjangka sesuatu aktiviti itu setelah dilakukannya. Kemampuan anak untuk meletakkan jangkaan akan membangun rasa percaya dirinya sebagai modal utama untuk membangunnya berdikari.
Ciptakan rutin yang normal
Buat jadual rutin yang sesuai dengan jadual kegiatan keluarga secara keseluruhan. Misalnya, biasakan bangun tidur dan sarapan bersamaan waktu anda. Jika tidak, biarkan dia mengikuti jadualnya sendiri. Anda tidak perlu memaksanya. Ini kerana jika anak tidak mampu melakukan apa yang anda inginkan akan memupuk rasa rendah diri.
Bersikaplah fleksibel
Tidak perlu bersikap kaku kerana keperluan anak berbeza pada setiap hari. Ada kalanya dia memerlukan tidur dua kali sehari tapi ada kalanya hanya satu kali bila jumlah waktu tidurnya sudah dipenuhi. Anda tidak perlu memaksanya mematuhi jadual tidur. Anda dapat mengganti waktu tidur yang tidak digunakannya dengan bermain. Paling penting aktivitinya dilakukan pada urutan yang boleh dijangkakannya. Anda juga tidak perlu memarahinya jika dia belum mampu mematuhinya sesuai dengan keinginan anda. Nilai perkembangan kemajuan dalam melakukan rutin. Jangan lupa memberikannya pujian apabila dia dapat melakukan rutin tanpa paksaan.
Melatih anak menyiapkan kelengkapan
Sebelum mandi, minta anak membantu mengambil tualanya sendiri. Setelah selesai mandi, minta dia memilih baju yang akan dipakainya. Kegiatan seperti ini akan membuat anak merasa menjadi sebahagian dari seluruh aktiviti rutin dalam kehidupan sehari-hari hingga dia dewasa kelak.
Membuat alat bantu untuk mengingatkan
Buat jadual dalam bentuk poster bergambar. Bantu dia membaca gambar. Misalnya untuk menunjukkan waktu pagi, siang dan malam, gunakan gambar bulan dan matahari yang berbeza-beza. Bagi menunjukkan kegiatannya, gunakan gambar. Misalnya berus gigi untuk menggosok gigi, pinggan untuk makan dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...