Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas yang maut terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah tidak menyangka perbualan menerusi aplikasi Whatsapp pagi tadi menjadi perbualan terakhir antara mereka.
Malah Nourshafinar Harun berkata, dia sebak apabila mengenangkan dalam perbualan itu pada 8.15 pagi, suaminya sempat menghantar gambar swafoto dirinya sebelum mengadakan demonstrasi itu.
Katanya, arwah seorang yang positif dan seperti biasa berhubung dengannya sama ada sebelum atau selepas latihan dijalani tanpa menunjukkan sebarang tanda pelik.
“Tapi hari ini saya tak sangka ia kali terakhir saya berbalas mesej menerusi aplikasi Whatsapp dengan arwah. Saya sempat berbual dengannya sekejap sekitar 8 lebih dan arwah ada menghantar gambar swafoto dirinya yang sedang bersiap sedia untuk melakukan demonstrasi itu.
“Namun tak sampai sejam, saya terima panggilan memaklumkan arwah meninggal dunia terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi berkenaan. Saya tak sangka itulah gambar swafoto terakhir diterima daripada arwah,” katanya.
Ads
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa arwah lebih seminggu lalu ketika menghantarnya ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Sabah.
Menurut Nourshafinar, dalam keadaan anaknya yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.
“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal,”luahnya.
Sementara itu,ibu arwah memberitahu, pagi sebelum Mohd Zahir melakukan aksi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, beliau sempat memaklumkan kepada ibunya, Rusunjan Mohamad, 57, akan ke pasar membeli cenderahati buat isteri dan anaknya, terlebih dahulu.
Ads
Selain itu, arwah juga memaklumkan persembahan hari ini adalah show (persembahan) terakhirnya apabila menghubungi Rusunjan menerusi WhatsApp pada 7 pagi.
“Saya sangat gembira kerana malam ini akan dapat bertemu dengannya dan saya sudah ke pasar untuk membeli bahan masakan kerana kami akan buat jamuan keluarga.
“Namun ketika berada di pasar, saya terima panggilan daripada pejabat Kem Lok Kawi memaklumkan kejadian yang menimpa anak saya.
“Ia sangat mengejutkan tetapi sebagai ibu, saya reda dengan apa yang berlaku. Saya sebenarnya berharap dia dikebumikan di sini tetapi atas permintaan isterinya, kami bersetuju untuk pengebumian di Perak,” katanya.
Ads
Rusunjan berkata, sepanjang seminggu anak sulung daripada tiga beradik itu di Kota Kinabalu, mereka tidak berkesempatan untuk bertemu dan hanya berhubung menerusi WhatsApp dan panggilan telefon.
“Beberapa kali juga saya beritahu dia mahu bertemu di Kem Lok Kawi namun, arwah memaklumkan dia sangat sibuk dan berjanji akan pulang ke rumah hari ini selepas selesai tugasan,” katanya.
Allahyarham maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah, hari ini.
Arwah yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka adalah anak kepada pelakon, AR Badul. Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.28 pagi tadi
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki bulan Rejap pasti ramai ibu-ibu yang sudah mula mempersiapkan rumah sebagai persiapan menyambut Ramadhan dan seterusnya Syawal yang mulia.
Mulalah merancang nak tukar langsir, cadar dan hiasan-hiasan rumah. Tapi tak kurang juga yang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding bagi menampakkan kelainan.
Memang cantik juga kalau sesekali ubah mood raya. Barulah rasa lebih semangat nak sambut raya. Tak gitu? Memasang kertas dinding ini sebenarnya tidaklah sesukar mana, hanya perlukan sedikit ketelitian dan semangat yang tinggi.
Kertas dinding yang dijual di pasaran sekarang ini amatlah senang nak dipasang. Tanggalkan sahaja pelekat di belakangnya dan tampalkan pada dinding. Tapi kalau kertas dinding jenis bergam, memerlukan ketelitian. Macam mana nak pasangnya? Ikut langkah yang dikongsikan oleh wanita ini di blognya, dkdayat.blogspot.my.
Ok…inilah kaedah memasang wallpaper sendiri. Apa yang diperlukan ialah wallpaper secukupnya. Tangga jangan lupa ya.
Bahan-bahan:
Kertas wallpaper
Pisau
Pita ukur
Pembaris
Scope/span
Gam
1. Korang ukur la tinggi dinding kemudian potong wallpaper mengikut ukuran tadi (tapi lebihkan sedikit untuk security step..hehee)
2. Lepas tu, sapu gam pada keseluruhan bahagian belakang wallpaper. Lipat bahagian atas sampai ke tengah, dan bahagian bawah ke tengah.
3. Kemudian tampallah kat dinding. Adjustkan mana yang senget. Gunakan scope atau span untuk buang gelembung dan merapikan bahagian sudut atas dan bawah serta bahagian sudut-sudut lain jika ada. Kertas yang lebih tu potong laaa….
4. Pasal gam tadi, pakar kata cari yang jenis serbuk lepas tu bancuh sendiri. Tapi aku cari tak jumpa aku pakai jenis cecair dah siap. Sekali punya la berat nak sapu…pehhh!!
5. Kemudian ulangi step tadi sampai la siap semuanya.
Dinding ni tak la besar sangat, tapi dari jam 8 sampai jam 2 petang aku buat baru siap. Perghh memang mencabar. Memang kena la upah pasang sekitar RM150/gulung yang orang cakap.
Satu gulung aku dapat 3 potong
Sudah siap..
Bahagian sebelah…siap gak.
Jenuh menyamakan bunga tu wehhh. Itu belum lagi garisan, gelembung…memang tinggi skill….hihihiiii.
Boleh dikatakan roti putih antara makanan yang sentiasa ada di rumah. Apatah lagi anak-anak memang menggemarinya. Jadi tidak hairanlah kita sebagai ibu ayah akan sentiasa membeli roti tidak kira waktu bagi memastikan anak-anak boleh menikmatinya bila terasa lapar.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan notis memperlihatkan kenaikan harga roti berjenama Gardenia.
Rata-rata orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga tersebut apatalh lagi sebelum ini, Gardenia sudah pun menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.
Ternyata ianya bukan khabar angin, dan memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.
Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.
Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.
“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.
Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :
Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Selain faktor semulajadi, punca anak lambat bercakap juga mungkin datangnya daripada kesilapan ibu bapa sendiri.
1. Kurang Terlibat Dalam Perbualan
2. Kurang Pendedahan Pada Perkataan
3. Terlalu Lama Dengan Gajet
4. Mengajuk Anak Bercakap Pelat
5. Pergaulan Yang Terhad
6. Faktor Genetik & Kesihatan
Tip Untuk Anak Cepat Bercakap:
1. Bermain-main dan bercakap dengan anak guna bahasa yang betul.
2. Jangan biarkan anak belajar sendiri bercakap dari TV atau gajet, ia tidak membantu.
3. Tunjuk dan sebut dengan betul perkara yang ada di sekeliling anak sambil bermain.
4. Amalkan doa ini. Insha Allah dengan izin-Nya, anak anda akan mula bercakap dan berkeletah.
Jom kita amalkan doa ni mudah-mudahan jadi lancar.