Sebuah coretan perkongsian yang sungguh inspirasi buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak agar menerima anak seadanya.

Benar, setiap anak mempunyai perkembangan diri dan pencapaian yang berbeza.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu hargai anak-anak tanpa prejudis kerana dirinya juga punya kelebihan dan kekurangan diri. Moga perkongsian ini mendidik kita muhasabah diri kala membesarkan anak-anak.

Anak Biasa-Biasa Atau Cerdik Pandai, Itu Hadiah Allah. Ia Boleh Jadi Asbab Ibu Ayah Masuk Ke Syurga.

~ Anakku ~

Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yang baik, anak yg cerdik, cuma ujian. Allah hendak tengok kita demand atau tidak, letak syarat atau tidak, kerja kuat atau tidak, sabar atau tidak.

IKLAN

 

Anak-anak yang biasa-biasa,tidak berapa pandai, itu hadiah Allah.

Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga.

Tidak perlu kecewa hasil kita tidak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.

IKLAN

Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.

Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

IKLAN

Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.

Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada Allah. Dia yang sebegitu hebat tidak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tidakk beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang.

Kata-kata indah jadi peringatan bersama dalam kita mendidik anak-anak.

Kredit:- Umi Kalsom Omar via Majlis Ilmu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI