Apabila berbicara mengenai isu gajet memang tak pernah habis. Sentiasa diperkatakan dengan disediakan pelbagai tip untuk memastikan anak tidak ketagih gajet.
Tapi tahukah anda, bahawa makna tersirat anak-anak ketagih gajet sebenarnya, mereka ketagih kasih sayang ibu bapa.
Perkongsian lelaki yang bergelar bapa ini ada benarnya Abdul Rahman Fauzi di laman facebooknya.
ANAK KETAGIHAN GAJET: IBU BAPA ATAU ANAK PERLU DIRAWAT?
Saya ada terbaca satu artikel tentang bagaimana bagusnya permainan seperti beyblade dan lain-lain dalam membendung ketagihan gajet. Memang betul permainan sebegitu mampu mengalihkan perhatian mereka daripada terus mengadap skrin gajet.
Namun pada saya, ketagihan anak-anak kepada gajet adalah berpunca daripada kekeliruan dan rasa ingin tahu si anak mengapa ibu bapa mereka begitu melekat dengan gajet. Umpama terlalu seronok sehingga mereka pun tidak dilayan.
Ads
Saya juga mengalami masalah yang sama apabila kadang-kadang anak kecil saya Hanan yang berumur setahun lebih mula diperkenalkan dengan kartun Didi and Friends. Kadang-kadang sampai mengamuk-ngamuk apabila tidak diberi tengok. Tak padan dengan kecik tapi garang. ?
Namun kisah semalam benar-benar buat saya tersedar. Tersedar yang mereka cuma sebenarnya inginkan perhatian daripada papa dan mama mereka. Namun kerana keliru, perhatian tersebut diganti oleh gajet yang terus menerus menghiburkan mereka.
Gambar hiasan
Malam tadi, sedang anak-anak sibuk menonton kartun dalam bilik(saya baru terjaga setelah tertidur di ruang tamu), saya masuk dan mereka kelihatan sangat gembira.
Lantas saya angkat si abang long Umar mendukungnya berpusing-pusing. Berdekah-dekah si abang long ketawa. Si adik Hanan terus mengalihkan perhatian kepada kami daripada tengah sibuk tengok kartun dan mengangkat kedua-dua tangan seakan-akan tidak sabar menunggu gilirannya. Maka malam tadi, mereka sangat gembira walaupun tanpa gajet menemani.
Ads
Anak-anak kita bukannya ketagih dengan gajet. Mereka cuma ketagihkan perhatian dan kasih sayang ibu bapa yang sering dicuri oleh gajet kita.
Mana mungkin telatah Upin Ipin mampu menggantikan cerita-cerita daripada ibu ayah.
Mana mungkin kecomelan Didi and Friends mampu menggantikan sentuhan manja ibu dan ayah.
Mana mungkin kehebatan Boboboi mampu menandingi keheroan ibu dan ayah yang bersusah payah melindungi dan membesarkan mereka.
Ads
Namakan apa sahaja jenis handphone dan gajet anda.
Samsung, Huawei, Iphone, Oppo, Vivo dan apa sahaja. Ia bukan pengganti diri kita.
Semahal mana pun gajet anda, ia tetap bukan manusia.
Anak-anak kita adalah acuan kita.
Terpulang pada kita, bagaimana mahu mencorakkan mereka. 🙂
p/s: Dah penat sangat main, maka masa untuk minum susu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Disaat kita berjimat cermat untuk menyiapkan juadah berbuka puasa, ada baiknya kita masak sendiri buat anak berbuka. Bukan hanya lebih jimat bahkan banyak kebaikannnya.
Kita bukan hanya dapat mengawal jumlah garam dan gula serta kebersihan makanan itu sendiri tapi juga dapat berdoa dan zikir sambil masak buat anak kita. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Nasi dan telur dadar masak di rumah, atau nasi goreng ayam beli di kedai? Sebenarnya, nasi dengan telur dadar je pun dah cukup untuk anak.
Cuma kadang kita kesian, dan rasa lebih puas bila anak makan nasi goreng ayam beli dari kedai.
Kalau masak di rumah, nasi dan telur dadar kita guna telur berkualiti, telur dari ayam tanpa antibiotik dan hormon.
Masak kejap sangat tak sampai 5 minit pun nak masak telur. Modal pun tak sampai 3 ringgit.
Tapi kalau nasi goreng ayam beli di kedai;
Berbeza bahan yang digunakan. Mesti ada kicap dan sos tiram, tambah lagi perasa itu dan ini nak bagi sedap. Harga pun dah cecah 10 ringgit.
Special tau makanan anak bila kita cuba masak sendiri kat rumah. Tak dapat kat tempat lain.
1. Pilihan bahan lebih baik yang kita guna.
2. Kita pastikan bersih dan suci penyediaannya.
3. Lebih jimat dan sihat.
4. Paling mahal, zikir dan doa yang keluar dari bibir ibu waktu masak tu.
Semua ni, bukan je untuk sihat, tapi penting juga untuk otak dan jiwa anak yang bersih. Dan sebenarnya, nak masak makanan anak tak susah pun. Selalunya tak sampai 30 minit dah siap.
Cuma tulah, perlukan sedikit effort dari ibu dan ayah.
Penggunaan gajet kini apa yang kita dapat lihat seakan sudah tidak boleh dipisahkan lagi, lihat sahaja lah anak-anak kita. Setiap waktu, pasti dengan telefon pintar atau tablet di tangan dan tanpa sedar keadaan itu telah mengubah persekitaran dan perkembangan anak-anak. Malah apa yang lebih teruk lagi hingga menyebabkan kesan buruk pada kesihatan mereka.
Bahkan tidak dinafikan juga terdedahnya anak-anak kita seusia bayi dengan gajet ini juga adalah disebabkan kealpaan kita sendiri yang berasa selesa membiarkan anak-anak bermain permainan di dalam telefon agar mereka leka dan dapatlah kita membuat kerja-kerja tanpa ‘diganggu’.
Pun begitu, pendedahan yang berlebihan tidaklah bagus untuk anak-anak dan akan mendatangkan mudarat kepada anak. Ini sepertimana perkongsian video daripada seorang ibu di aplikasi TikTok oleh @finikhasim, berkongsi pengalaman cemas apabila mata anaknya bertukar kemerah-merahan serta sembab yang dipercayai kesan daripada terlalu banyak bermain gajet dan bolehlah dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih memantau anak-anak agar tidak terlalu terdedah dengan gajet setiap hari.
Ujarnya, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terdedah dengan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Lantaran itu dia telah berjanji bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon atau gajet lain kepada anaknya.
Dalam pada itu, ibu ini juga mengaku terlalu sibuk bekerja hingga tidak memantau anaknya bermain telefon.
“I am so sorry, Ibu terlalu pentingkan kerja sampai biar awak hidup dengan gadjet”
Ibu ini juga turut berkongsi nasihat daripada doktor untuk tidak memberikan anaknya terdedah dengan gajet selama seminggu.
“Dia (Aidil) bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit malam. Walau pun sekejap tapi kesan cahaya telefon bagi effect dekat mata dia”, jelasnya lagi.
Tahniah diucapkan buat pelakon Intan Najuwa dan suami yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Intan yang kini sedang bercuti bersama suami di luar negara turut mengumumkan jantina anak mereka.
Apa yang menariknya, Intan dan suami memotong sebiji kek sebagai simbolik mengumumkan jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Salam 27 & 365 hari kami berkongsi impian, tawa dan cinta bersama. Ini adalah tahun pertama kami bersama dan selamanya.
“Hadiah terbaik yang pernah saya miliki, kami bakal menimang cahaya mata perempuan,” tulisnya ringkas.
Kek berwarna putih dan merah di dalamnya mendedahkan jantina bayi perempuan comel yang bakal tidak lama lagi dalam keluarga kecil ini.
Meninjau diruangan komen, rakan-rakan selebriti turut sama meninggalkan pelbagai komen malah tidak sabar menantikan kelahiran Intan Najuwa junior tidak lama lagi.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!