Ujian hidup seseorang tidak sama, ada yang bernasib baik kehidupan mereka aman bahagia. Namun ada pula yang diuji bertalu-talu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Melalui kiriman terbaru yang kini tular di laman facebook, nasib seorang wanita yang terpaksa tidur di dalam kereta bersama anak kecilnya selepas baru sahaja diceraikan oleh suaminya
“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak.

Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.

Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP.
Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.

Kisahnya disiarkan menerusi laman facebook Uncle Kentang selain turut mendapat perhatian pusat Zakat Selangor.

“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi. Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.

IKLAN

Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.

Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.

IKLAN

Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.

IKLAN

Antara bantuan yang akan disalurkan :

1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)

Sumber: Kuan Chee Heng, Lembaga Zakat Selangor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI