Berat mata memandang berat lagu bahu yang memikul. Kisah pasangan suami isteri ini cukup memilukan. Mungkin ini satu ujian buat mereka apabila diberi dugaan hebat apabila dikurnia anak syurga.
Aishah Mohd Saleh, 30, dan suami, Mohd Shahrul Hassan, 30, tidak pernah menjangka menempuh dugaan membabitkan kesihatan anak.
Ujar suri rumah ini lagi, mereka dikurniakan 4 orang anak. Nor Izzul Islam, 4, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilahirkan normal. Manakala anak sulung, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit kepala besar akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.
“Waktu mengandung tiada sebarang perubahan dan rasa sakit. Hanya selepas doktor melakukan imbasan nampak penuh air di kepala. Waktu itu kandungan dalam lingkungan 19 minggu.
” Cuma sekarang doktor kata daripada anak pertama hingga k-2,dan k-4.. ada satu sindrom yang sama.. iaitu TRO L1 sindrome.. jenis sindrom ini ibu jari 2-2 lipat ke dalam dan ianya akan kena lebih pada anak lelaki.. kebetulan anak-anak saya semua lelaki.
“Mungkin ujian ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.
Ads
“Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus,” kata Aishah yang bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang anak yang normal.
“Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.
“Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Ads
Dia yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor berkata, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan perlu menjalani pembedahan di kepala.
Aishah berkata, pembedahan itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Nor Rahil Raihan mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.
“Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.
Ads
“Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.
“Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini suaminya bercuti sakit selepas terbabit kemalangan jalan raya Jun lalu.
Katanya, dengan pendapatan suami hanya RM1,500 sebulan sebagai buruh, mereka tidak mampu membiayai kos rawatan dua beradik berkenaan termasuk perbelanjaan rawatan Nor Rahil Raihan di HSA.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank milik Aishah, 151061655960.
Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian, di mana polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua.
Ini seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wajar semua antara kita lebih berhati-hati.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku”
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.
Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.
“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).
“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.
Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa
Assalamualaikum. Minum petang hari ni dengan karipap daging. Karipap yang sedap sudah semestinya dengan inti yang marveles serta kulit yang rangup. Kalau ada tempahan tak menang tangan nak membuatnya. Tapi nak menyiapkan karipap nih jenuh jugak. Apa kata kita tengok resipi step by step. Hakak Ros buat berjualan dengan menggunakan resipi ni & dapat permintaan yang banyak. Selamat mencuba.
Bahan²nya. Boleh juga buat setengah adunan. Pandai² lar nak bahagikannya
1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais
Cara membuat:
Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
Di dalam bekas besar tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas.
Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ni lar rahsia nak merangupkan kulit karipap.
Sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga tak lekat di tangan.
Jadi doh macam ni.
Simpan doh ke dalam plastik dalam 30 minit.
Kemudian bulat²kan kecil. Tak kisah lar nak buat besar² pon boleh. Masukkan dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.
Sementara itu kita buat intinya.
Bahan-bahan
2kg kentang didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang didadu
2 ulas bawang putih diracik
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
Masukkan rempah kari & cili kisar. Tumis lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
Perasakan dengan garam, gula & maggie cukup rasa. Masa ni agak² yer bubuh perasa.
Kemudian masukkan kentang.
Kacau².
Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu isi air jika guna kentang cepat lembut sebab kentang akan mengeluarkan air. Dah masak tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan daun sup & gaul rata.
Alihkan ke dalam bekas.
Ambil sebiji doh dan canaikan.
Letak inti.
Tutup doh.
Kelim cantik².
Karipap yang telah siap dikelim.
Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
Angkat dan toskan.
Karipap untuk minum petang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ingin memiliki perabot dengan sentuhan klasik namun nampak elegan tentunya ada harga yang mahal perlu dibayar. Memandangkan rekaan perabot seperti itu punya gaya dan kelasnya yang tersendiri.
Pun begitu jika anda seorang yang suka melakukan DIY, apa kata anda lakukan projek transformasi pada perabot yang dibeli di kedai barangan terpakai dan bolehlah jadikan ianya nampak klasik dan mewah menepati citarasa.
Contohnya seperti yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Siapa sangka almari yang dibeli dengan harga RM80 dan setelah dilakukan transformasi, hasilnya seakan perabot yang dibeli dengan harga ribuan ringgit. Memang wow!
Ini perkongsiannya.
Projek Makeover perabot terpakai kolaborasi dengan Pak kebayan. Biasanya buat sendiri 100%. Kalini boleh la ngada sikit.
Almari laci ni beli di kedai perabot terpakai dengan harga RM80. Barang murah yang boleh ditukar kepada rupa yang lebih ‘mahal’.
Bahan-bahan yang digunakan
Saya guna cat Dulux waterbased warna dusty black.
Sejenis cat minyak yang berasaskan air.
Sesuai untuk perabot kayu dan besi. Cat sangat ringan, senang apply dan mudah kering. Kurang bau dan boleh cat di dalam rumah tanpa risau bau cat memonopoli ruangan rumah. Harga berbeza ikut warna.
Semakin pekat warna, semakin tinggi harganya. Finishing sangat mewah.
Tombol laci kita kasi tukar.
Tombol baru tu sebenarnya hook langsir tau.
Kat kedai eco pun ada gupe cenggitu.
Kerawang kecik tepi laci beli Kat shopee.
Lama dah beli baru ni guna. Jangan mintak link kat kita tau sebab yang tu si budak Norpadilah Binti Afandi yang belikan. Kaki almari guna kaki meja lama (jumpa)
Langkah demi langkah :
1. Keluarkan laci dan cat bahagian kerangka almari sehingga rata.
2. Tanggalkan tombol yang ada di bahagian hadapan laci almari.
3. Ratakan permukaan laci dengan menggunakan kertas pasir.
4. Catkan bahagian luar laci dengan kemas dan biarkan sehingga kering.
5. Pasangkan tombol laci dengan teliti.
6. Potong kaki meja lama untuk dijadikan kaki almari mengikut kesesuaian.
7. Paku dengan pallet seperti ini untuk dijadikan tapak almari.