Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim sudah hampir lima tahun bermastautin bersama isteri dan anak-anak di Manchester, United Kingdom (UK).
Memetik laporan Berita Harian, komposer popular ini berkongsi cerita anak istimewanya, Emery, 16, semakin menunjukkan perkembangan positif hari demi hari di sana.
Walaupun Emery masih belum bertutur, Edry dan isteri gembira melihat perkembangan anaknya itu.
“Sebaik berpindah ke Manchester, kami mula kurangkan jangkaan terhadap perkembangan Emery. Kami tidak lagi tunggu bila cikgu akan mengajar dia bercakap. Sebaliknya, kami terima seadanya keadaan anak kami.
“Lagipun, apa yang diajar sekolah di UK lebih kepada asas kehidupan seperti penggunaan tandas, keselamatan di dapur, melintas jalan dan lain-lain,” katanya.
Menurutnya, anak istimewanya itu sudah mula pandai menguruskan diri sendiri dan berkomunikasi menggunakan aplikasi jika mahukan sesuatu.
Ads
“Sebelum ini, Emery tidak suka berjalan. Sebaliknya, lebih suka duduk kereta sorong anak kecil, walaupun sudah besar.
“Tetapi sejak belajar di sini, dia sudah mula berjalan. Emery boleh menguruskan diri sendiri sedikit sebanyak.
“Itu sudah cukup membuatkan saya dan isteri gembira kerana kami mahu melihat dia pandai berdikari.
“Berikutan Emery belum boleh bercakap, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi. Dia menaip apa yang dimahukan melalui aplikasi itu,” ujarnya.
Ads
Ditanya sama ada mereka akan terus menetap di UK, Edry dan isteri masih belum ada perancangan untuk kembali ke tanah air.
Malah, dia merasakan tidak salah menjadikan Manchester rumah kedua mereka dan tidak memaksa anak-anak jika mereka enggan pulang ke tanah air.
“Saya tidak nafikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi, lebih baik di negeri sendiri. Perancangan untuk pulang ke Malaysia ada, tetapi bukan pada waktu terdekat kerana Emery masih belajar.
Ads
“Dua anak saya yang dewasa sudah bekerja dan belajar di kolej. Jika mereka ingin terus menetap di Manchester, saya tiada halangan kerana mereka sudah besar… Itu pilihan mereka,” katanya.
Selain Emery, Edry dan isterinya, Milia dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil, 23, Edylia, 20, dan Elya, 13.
Sumber: Berita Harian
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita dan shopping memang tidak boleh dipisahkan disebabkan mata wanita pantang bila ternampak benda yang cantik. Namun tabiat ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sebagaimana pesanan oleh pendakwah bebas terkenal tanah air Ustazah Asma Harun menitipkan pesan untuk orang ramai agar menjalani kehiduapan sederhana. Beliau juga berkongsi doa yang harus dijadikan amalan seharian untuk mengawal nafsu membeli belah.
Selanjutnya ikuti pesanan Ustazah Asma Harun.
Tolong wanita sekelian jangan jadi hamba emosi. Jangan jadi hamba shopping. Apa yang kita beli, apa yang kita miliki sama ada peralatan dapur, peralatan rumah, deko dan sebagainya..
Dan saya pernah baca dalam satu kitab yang menyebutkan antara yang banyak memusnahkan manusia hari ini adalah terlalu berlebihan dalam berhiasakan rumah.
Terlalu berlebihan dalam menghiaskan sekeliling rumah. Terlalu berlebihan dalam memperhiaskan pakaian. Terlalu berlebihan dalam memiliki peralatan canggih.
Saya masa baca kitab itu adalah sebuah kitab yang ditulis oleh ulama kontemporari.
Dia sebutkan fitnah akhir zaman, masyaAllah. Dia datang dalam bentuk tipu daya apa? “Ala, rumah ky syurgaku kan. Taklah berhabis untuk rumah. Ala tak pa lah bukan untuk orang lain. Untuk mata sendiri bukan untuk apa.”
Akhirnya puan-puan sekalian tak habis-habis.. kita banyak masuk group, saya pun masuk banyak group. Group deco, group lama rumah, group dapur dan group-group ni tak habis-habis keluar macam-macam iklan. Betul kan?
Amalkan doa ini
Jadi bagaimana kita puan-puan sekalian nak mengawal diri kita. Setiap kali nak membeli atau kita terpesona dengan iklan-iklan ini, puan-puan sekalian Baca lah doa. Doa apa? Doa Hasbullah khafi, surah al khafi ayat yang ke 10.
Zaman wabak sekarang ni, dah jadi kewajipan untuk kita buat stok kit ujian kendiri jenis air liur di rumah. Kalau rasa macam tak sihat, boleh terus guna.
Sebut pasal kit ujian kendiri, ada satu kit yang sama bentuk seperti itu, apa lagi kalau bukan alat penguji kehamilan.
Baru-baru ini, ada seorang isteri berkongsi kejutan yang dibuatnya terhadap suami tercinta, iaitu mereka bakal dikurniakan cahaya mata kedua selepas jarak 3 tahu dari anak sulung mereka.
Pada awalnya dia mahu membuat kejutan dengan memberi kit ujian kehamilan bertanda positif itu kepada suaminya, tetapi lain pula yang jadi!
Suaminya yang ketika itu sedang mengaji terkejut apabila isteri memberi kit keputusan positif dan cepat-cepat menyuruhnya terus kuarantin kerana menganggap itu kit ujian kendiri Covid-19.
Namun selepas dijelaskan bahawa itu adalah alat penguji kehamilan, suami Ogy terus menzahirkan rasa syukur kerana anak perempuan mereka bakal mendapat adik baharu.
Pejam celik, rupanya sudah genap tiga tahun pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey pergi meninggalkan isteri dan anak tercinta. Bukan sahaja ahli keluarga, malah pemergian Allahyarham dirasai ramai peminat dan rakan selebriti.
Terbaharu balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali telah berkongsikan menerima hadiah potret keluarga yang diberikan oleh seorang cukup kreatif. Dalam perkongsian tersebut dilihat Hidayah atau lebih mesra dengan nama Dayah Abam sebak dapat hadiah potret keluarga.
Dalam potret tersebut dilihat Allahyarham bersama Dayah dan anak mereka, Syed Uthman Hamzah. Hasil kreativiti pemilik akaun TikTok dengan nama creativefactory_painting ini berjaya menghasilkan potrey keluarga ini.
“Terima kasih @the_creative_factory_my Bagi Hadiah yang sangat2 Bernilai buat Dayah Dan Hamzah.. Xpernah dapat bergambar bertiga mcm ni 😭Sangat2 Cantik.. Al-fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar 3Tahun 10/02/2023,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut sebak dengan perkongsian rakaman ini. Malah mereka juga mendoakan supaya Hidayah kuat menghadapi sebarang ujian dan usaha membesarkan anak seorang diri.
Sumber : Instagram Hidayah Hamzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.