Tiada yang mampu Elfira Loy ungkapkan dengan kata-kata apabila doanya untuk memiliki bayi perempuan bakal tercapai.
Dalam satu perkongsian menerusi laman instagramnya, ibu kepada cahaya mata lelaki ini memuatnaik berita tersebut.
Kakcik : ” You have the worst baby gender reveal’s reaction ever 😂 ” haha.
k kakcik , k . i was nervous , i wasn’t ready. i know i should accept whether its a boy or a girl. but deep inside , i cannot lie. i’ve been praying for a girl. MashaAllah. Allah tu sangat baik dengan El Allah izinkan. syukur , syukur Alhamdulillah.
Thank you my girlprens @syahierakhamsan @_isma_ismail @santhawan @_aniskiss @sarancak @bellazahirzain & of course to my sister @ezlisaaloy.
missing @belladally & @syahirahkasim yang tak sayang i.
Elfira Loy kini sedang menantikan kelahiran anak keduanya sebelum itu meraikan sambutan hari lahir ke-26 adik perempuannya yang juga seorang aktres, Ezlisa Loy. Dalam tangkapan skrin Instastory adiknya, Ezlisa Loy, mereka turut membuat kejutan dedahkan jantina bayi yang dikandung oleh kakaknya itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan Elfira belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak keduanya. Namun, permintaannya itu tidak diendahkan oleh rakan-rakannya. Akhirnya dia memuat naik perkongsian berkenaan jantina anak keduanya. Biarpun tidak berterus terang, namun rata-rata meneka bayi tersebut adalah perempuan.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusannya sehingga selamat melahirkan kelak.
belladally Ellll! I’m sorry I couldn’t make it 😢 I sayang you sgt! And yay!! Alhamdulillah for a baby girl ✨✨ 💖💖
elvinamohamad Yay babygirl! Alhamdulillah.. Congratulations El ❤️
Allahu, membaca kisah keluarga ini cukup meruntun hati. Manakan tidak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga ini terpaksa melalui ujian demi ujian. Sementelah anak-anak pasangan ini masih kecil namun sudah terpaksa melalui kesusahan.
Keluarga ini dikatakan memerlukan bantuan RM 7,000 untuk menampung kos rumah sewa selama sebulan dan sebuah gerai untuk mereka berniaga di situ.
Kisah pasangan mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang aktif membantu golongan yang memerlukan.
Mimpi indah jatuh berkecai
Kisah keluarga ini sungguh meruntun kalbu. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Segala mimpi indah jatuh berkecai berserakan di kaki waktu dalam sekelip mata. Pasangan suami isteri beranak dua ini berdagang nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.
Buta huruf Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ( 35 tahun ), merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang yang buta huruf … kepandaiannya hanya lah memasak semata. Terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof ( 33 tahun ) mengajak Encik Khairullah berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan. Dengan membawa beg pakaian … mereka pun bertolak ke Kedah dengan sebuah bas ekspres. Tiba di Kedah .. mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.
Tidur atas lantai tanpa alas Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah rice cooker sahaja. Dengan rice cooker itulah mereka masak nasi, masak lauk- pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun. Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi sepuluh-dua saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.
Diusir tak bayar sewa Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan. Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur. Bagaimana pun selepas tiga bulan .. majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting. Lebih malang .. tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah .
Tuan rumah enggan beri tempoh
Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah. Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga. Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini. Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja .. Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 18 Jun tahun lalu.
Kaki nyaris dipotong Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya nyaris dipotong . Beliau menjalani dua siri pemedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.
Saat itu .. Puan Akma pula baru saja hamil anak ke tiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad. Sejak kemalangan itu … mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan.
Suami terbaring kemalangan Encik Khairullah pula … setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat. 12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ke tiganya. Alhamdulillah .. bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya. Pulang ke rumah .. tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang .. suami pula terbaring kerana kemalangan. Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa sekim PERKESO.
Berniaga hadapan rumah Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah. Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak. Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.
Rumah sewa tertunggak Buat masa ini, sewa rumah mereka ( sebulan RM400 ) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu. Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula. Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain , InsyaAllah ..
Bagi yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemurungan atau depresi ini nampaknya kian menular di kalangan masyarakat kita. Lebih kronik lagi, golongan muda yang ramai terbabit dalam masalah yang membabitkan gangguan mental seseorang.
Bukan hanya orang bujang, bahkan ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah depresi. Dalam facebook baru-baru ini, puan Zuraila Mohd Noor berkongsi pengalaman dan perjalanan hidupnya, bagaimana dia mengalami masalah depresi dan anxiety. Atas usaha dan sikap sabar serta pengorbanan suaminya membantunya mengatasi masalah tersebut.
Kasih Seorang Suami.
.
Saya solat istikharah selama lebih kurang sebulan sebelum saya buat keputusan untuk terima suami. Memandangkan sebelum tu saya tiada perasaan suka pada dia. Kami kenal dalam satu kelab masa di universiti. Selepas bertunang selama setahun kami memilih tarikh 29 Ogos 2014 untuk halalkan hubungan kami. Saya 3 hari sebelum majlis tiada selera nak makan dan tak boleh tidur.
.
Hari akad nikah saya kena serangan panik. Badan saya kebas, badan shaking, pening, berdebar, sakit dada, nak muntah, otak duk berfikir macam-macam, berpeluh dan sejuk. Otak orang anxiety tak sama dengan otak orang normal. Saya lansung tak dengar lafaz akad dan lafaz taklik semua tu. Saya lansung tak kisah orang yang ada. Saya dalam dunia saya sendiri. Yang saya tahu saya diminta kedepan kadi untuk tandatangan borang tapi saya tak boleh bangun. Saya di papah kawan saya. Nak pegang pen dan turunkan tandatangan ambik masa. Selepas settle saya blur. Tak tahu nak buat apa sampaikan mak mertua saya panggil supaya salam dengan semua saudara yang datang.
.
Selepas selesai majlis bertandang di Terengganu saya ikut suami ke Pahang. Bermula lah struggle nya seorang suami melayan isteri yang ketika itu sudah pun berperang dengan Depression tanpa sedar. Bayangkan 3 hari nikah saya sudah mengamuk sebab benda kecil je. Rasa menyesal kahwin. Since kami baru nak kenal so banyak benda yang berbeza. Saya penuh dengan peraturan. Since, saya juga ada simptom Obsessives Compulsive Disorder (OCD), jadi saya agak pengemas dan teliti orangnya. Orang lelaki biasalah sempoi. Kalau dia tak ikut apa yang saya tetapkan saya akan marah, merajuk atau mengamuk. Contohnya baju tak di masukkan dalam bakul yang betul.
.
Kalau saya mengamuk dan merajuk bukan sehari dua kadang sampai berminggu. Apa yang buat saya mengamuk sebenarnya kadang sebab yang kecil sahaja seperti suami tersilap cakap. Memang pantang suami buat silap sebab saya jadi oversensitif. Saya selalu rasa insecure dengan suami sendiri dari segala hal. Dalam fikiran benda negatif je ada. Sebab tu saya tak boleh nak kawal diri.
Saya sayu bila doktor tanya samada saya pernah pukul suami saya. Banyak kali sangat. Saya tampar dia, saya tendang dia, saya sepak, saya gigit, saya tumbuk, saya tepis tangan dia dan baling dengan barang. Tapi dia jentik saya pun tak pernah.
.
Bila saya mengamuk saya kurungkan diri dalam bilik. Saya keluar cuma untuk ke bilik air. Saya buat dia macam tak wujud. Saya tak hiraukan ketukan dan ucapan maaf dia. Saya pernah baling kerusi sampai pecah. Saya baling jug yang penuh berisi dengan air. Saya nak lari keluar dari rumah dia tarik saya sambil menangis sebab dia tak nak Allah laknat isteri keluar tanpa izin suami. Sampai lah satu masa dia tak mampu nak larang dah. Saya pernah malam buta nak bawak Adam balik kampung tapi berejam dia pujuk saya. Dia duduk di pintu kereta sampai saya tak boleh nak tutup pintu kereta. Saya tak makan berhari-hari. Saya pernah juga keluar malam bawa kereta sendiri keluar dari ladang tanpa izin dia. Saya koyakkan baju. Saya sepahkan rumah. Saya baling apa sahaja yang ada. Saya sepahkan almari. Saya pernah keluar dari kereta berjalan kaki di bandar Kuantan sambil dikejar oleh suami. Saya lari bila dia datang ajak solat jemaah. Tenking dan tinggi suara tak payah cakap lah. Saya biarkan anak menangis. Saya tak susukan anak. Saya tak uruskan anak dan rumah.
Nak cerita semua tak mampu saya nak ingat semua. Memori saya terbatas. Tapi yang saya pasti dari awal kahwin sehinggalah akhir tahun lepas baru saya berhenti mengamuk. Sebab dia dah tahu nak handle saya.Tempoh 4 tahun bayangkan sebulan pasti dua atau tiga kali saya mengamuk dan buat hal. Kadang datang perasaan benci yang teramat pada suami dan anak. Suara-suara jahat. Benda sama berulang. Kejap okay kejap tak okay. Air mata dia dah banyak tumpah kerana saya. Selepas dari akhir tahun lepas selepas saya stop mengamuk saya banyak lepaskan pada Adam. Marah, pukul bila ia menyerang dan sehingga saya buat perkara yang tak sepatutnya. Antaranya, cubaan lemaskan dia masa mandi dan tutup muka dia dengan bantal.
.
Dari dulu saya slalu terfikir kenapa dengan saya. Saya rasa bukan diri saya. Saya rasa macam ada sesuatu yang saya tak mampu kawal tapi saya tak tahu apa. Saya rasa penat. Saya rasa sakit. Saya keliru dengan diri sendiri. Saya rasa diri saya dikuasai sesuatu. Setiap kali lepas mengamuk mesti saya akan terduduk dan tanya kenapa dengan saya ni. Kenapa saya rasa ni bukan diri saya. Kenapa saya sedih. Kenapa saya rasa bersalah. Kenapa saya rasa tak bahagia. Kenapa saya rasa benci dengan diri sendiri yang macam ni. Saya tak tahu apa yang saya nak. Saya tak tahu apa yang saya rasa. Setiap hari saya doa moga harini saya mampu jadi penyabar. Tapi ke banyakkan nya gagal.
.
Dulu tak pernah tahu pun pasal Depression. Tahun berganti saya mula terbaca dan cari ilmu tentang Depression hinggakan saya self diagnose saya ada Depression. Saya mula bercerita pada suami. Luahkan pada dia. Sehingga kemudian nya suami bawa saya ke hospital, di diagnosis oleh doktor ada Persistent Depressive Disorder (PDD) dan Anxiety Disorder dan sekarang beberapa simptom Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Dan menerima rawatan sehingga sekarang.
.
Suami saya banyak berkorban. Dia tak pernah marah. Dia sentiasa mengalah. Dia selalu minta maaf tanpa sebab. Dia selalu berterima kasih. Dia buang ego dia. Dia sentiasa utamakan saya. Apa yang saya minta semuanya dia tunaikan. Dia sayangi saya. Dia hormati saya. Dia mengutamakan pendapat saya dalam segala hal. Dia utamakan keperluan saya dan Adam dalam segala hal. Dia jarang membantah apa saya cakap. Sentiasa berlembut dan bertolak ansur. Dia bantu buat kerja rumah. Dia bantu uruskan anak. Dia jaga saya macam nyawanya sendiri. Dia selalu bawa kami sekeluarga bercuti. Dia tak pernah lupa tarikh penting. Dia tak pernah lupa celebrate birthday saya dan Adam. Dia tak pernah lupa celebrate anniversary kami. Dalam hidup dia saya dan Adam keutamaan dia. Dia jaga saya. Berbulan saya cuma terbaring dia yang uruskan semuanya. Dia bincang dengan doktor tanya peranan dan tugas dia. Dia cari ilmu tentang penyakit saya. Walaupun seburuk mana pn sikap saya sebelum ni dia terima. Dan sayang saya. Sekarang, selepas dia tahu saya sakit. Dia redha saya dunia akhirat semuanya. Dia cakap dia tak pernah simpan apa dalam hati. Dia dah lupakan segalanya. Saya tiada salah dengan dia. Ni ujian bersama katanya. Bukan ujian saya seorang. Dan ujian ni buat kasih sayang kami bertambah kuat dan erat. Dan dia cakap dia takkan tinggalkan saya sendiri. Saya kena kuat dan lawan untuk suami dan Adam.
.
Sebelum ni saya tak sedar semua tu. Saya tahu dia baik tapi tenggelam hingga saya nampak yang buruk dan menyakitkan hati. Walaupun yang buruk itu cuma kesilapan sekecil semut. Hinggalah sekarang setelah dua bulan on medication otak dan pemikiran saya rasa saya sedikit stabil. Otak dah rewindkan semua benda. Saya dah boleh nilai dengan baik. Dan ya. Saya rasa saya isteri yang derhaka. Tapi tanpa sengaja. Dada saya sakit bila kenang semuanya. Saya pernah cakap pada kakak saya sehari dua ni saya sakit dada bila teringat balik apa yang saya dah buat. Rasa berdosa. Semua doktor yang pernah merawat saya akan cakap saya beruntung dapat suami yang supportive, concern dan caring. Saya menangis minta ampun pada dia apa yang saya pernah buat. Saya bersyukur dia bersabar dan bertahan dengan kegilaan saya sampai sekarang. Kalau saya ditempat dia saya tak rasa saya mampu bertahan. Masa doktor tanya mana saya dapat kekuatan datang dapatkan rawatan, saya cakap sebab anak dan suami saya. Yang dah banyak berkorban dan menjadi mangsa. Saya tak nak Depression terus menghantui dan mengkucar-kacirkan keluarga kecil saya. Bahayanya Depression kalau dah sampai tahap tak boleh kawal.
Bukan saya seorang, tapi ramai yang akan jadi saksi kebaikannya di Masyar nanti. Semoga hubungan kami kekal ke akhir hayat dan bertemu di jannahnya kembali. Amin.
Kesimpulan nya,
.
1. Depression ni pembunuh senyap. Menyerang tanpa tanda. Boleh mengkucar-kacirkan hidup. Dia boleh menyerang sesiapa sahaja. Atas sebab apa sahaja. Sesiapa yang ada simptom yang ditahap dah tak mampu nak kawal. Sila dapatkan rawatan. Macam mana tahap tak boleh nak kawal? Jawapan nya bila kau rasa mati lebih baik dari hidup. Rasa nak mati. Dan dah ada idea macam mana nak mati.
.
2. Buat para suami. Layan lah isteri dengan baik. Perkahwinan adalah perkongsian. Bantu buat kerja rumah. Dengarlah luahan hati isteri. Cakna dan jangan ambil mudah bila isteri mengadu sesuatu. Ramai yang pm saya cerita suami tak percaya bila isteri bercerita.suami cakap hanya mainan perasaan. Suami minta isteri mengaji dan solat. Untuk kes macam ni. Isteri boleh dedahkan ilmu Depression kepada suami. Depression ni terjadi sebab kegagalan bahan kimia dalam otak yang tak berfungsi dengan baik. atau cari orang lain yang dipercayai untuk bantuan.
.
3. Buat para isteri yang ada simptom Depression dan takut untuk mendapatkan rawatan. Carilah sesiapa yang mampu berikan anda sokongan. Abaikan kata negatif. Isteri adalah tunjang keluarga. Kalau isteri hancur maka seisi keluarga hancur ibaratnya. Isteri suka keluarga bahagia. Bila isteri derita yang jadi mangsa adalah keluarganya terutama anak. Rumah tangga tak harmoni.
.
4. Buat para suami yang ada isteri yang di diagnosis ada Depression, berilah sokongan dan semangat. Sentiasa buat dia rasa disayangi. Sentiasa ada di sisinya. Sentiasa berikan kata positif. Berikan bantuan. Uruskan keperluan. Berikan dia rehat secukupnya. Ucapkan kata sayang. Bukan tinggalkan dan cari perempuan lain.
.
5. Buat yang ada ahli keluarga yang di diagnosis ada Depression, tugas anda juga adalah memberikan sokongan dan semangat. Ambil berat supaya dia rasa disayangi. Jangan abaikan dan jangan judge yang negatif. Jaga percakapan. Jaga hubungan dengan pesakit. Sakit ini perlu support system yang baik. Cukuplah sentiasa memberikan kata positif setiap hari untuk menceriakan harinya.
.
6. Kalau anda seorang yang di diagnosis ada Depression dan telah mendapatkan rawatan bermakna anda telah menyelamatkan masa depan anak anda. Anak yang dibesarkan dengan kekerasan bila besar nanti juga dengan kekerasan. Anak yang melalui banyak proses kesedihan akan membesar menjadi seorang yang murung. Dia juga nanti menggunakan kekerasan kepada anaknya. Dan akhirnya dia menjadi penyakit bergenerasi.
.
7. Wahai lelaki, perkahwinan adalah perkongsian. Sama susah. Sama senang. Sama membantu. Rumah tangga penuh dengan tanggungjawab. Didiklah anak dan isteri mengikut acuan islam. Jaga hubungan dengan Allah. InsyaAllah Allah jaga keluarga kita. Allah bantu setiap kali kesusahan. Setiap kali kita buntu. Bergantung hanya Allah yang satu. Kalau tak jaga hubungan dengan Allah percayalah keluarga akan bermasalah.
.
8. Wahai suami yang ingin berpoligami. Berpoligamilah bila anda mampu dan bersedia untuk adil. Tidak menyakiti mana pihak. Saya bukan anti poligami tapi saya dilahirkan dalam sebuah keluarga poligami. Saya seorang anak yang dah rasa macam mana perasaan berkongsi kasih sayang seorang ayah. Setiap hari menanti ketibaan ayah yang tak kunjung tiba. Kasih sayang adalah elemen penting pembentukan emosi anak. Saya walaupun bila saya kurang waras saya pukul Adam, tapi bila saya waras saya curahkan kasih sayang sepenuhnya pada dia. Adam manja dengan saya. Apatah lagi bila berkongsi kasih seorang suami. Poligamilah dengan baik. Jangan mencemarkan sunnah.
.
9. Untuk yang rasa anda tiada sesiapa, berjuanglah untuk diri sendiri. Sebelum saya kahwin saya berjuang seorang diri. Saya cari Allah. Saya cari ilmu untuk isi hati saya. Saya cari kekuatan. Saya cari kehidupan. Saya baiki diri saya. Saya baiki ibadah saya. Allah ciptakan kita di dunia bukan saja-saja. Mesti ada sebab. Walaupun susah mana hidup kita. Allah sentiasa ada.
.
10. Buat yang sedang menjalani rawatan, anda boleh cuba pelbagai rawatan. Berusaha lah banyak mana rawatan asalkan bukan cara yang bercanggah dengan islam. Perubatan islam dan tradisional. Tapi jangan tinggal rawatan di hospital. Banyak kes saya jumpa tinggal rawatan hospital sakit berulang dan makin teruk. Jangan stop rawatan hospital tanpa nasihat dari doktor.
.
11. Wahai lelaki yang masih bujang. Persiapkan diri dengan ilmu sebelum berkahwin. Anda bakal ada anak. Anda pencorak anak anda. Kalau baik didikan nya maka baiklah generasi seterusnya. Kalau buruk didikan nya maka buruklah generasi seterusnya. Isteri adalah cerminan suami.
Kenapa saya cakap macam ni?
Sebab atas pembacaan saya yang banyak kena depression ni ramai yang datang dari keluarga yang huru hara. Mak ayah kaki pukul. Kena dera. Adik beradik buat hal masing-masing. Bermasalah. Mental abuse. Keseorangan. Tak cukup kasih sayang. Rasa tak dihargai. Pilih kasih. Tekanan dari keluarga. Tiada didikan agama yang cukup. Penceraian. Pergaduhan. Poligami. Mangsa seks sumbang mahram dan banyak lagi masalah kekeluargaan.
.
12. Wahai gadis, berhati-hati lah memilih suami. Perempuan malang adalah perempuan yang tersalah memilih suami. Pilihlah suami mengikut acuan islam. Tak semestinya ustaz. Cukuplah dia menjaga solat lima waktunya, puasa, baik akhlak nya dan hormat orang tuanya.
.
13. Para suami. Kamu nikahi isteri dengan baik. Kalau ditakdirkan kamu tak mampu nak jaga dan tawar hati pulangkan juga dengan cara yang baik kepada ibu ayahnya. Jangan didera fizikalnya dan jangan diseksa batinnya.
.
14. Jangan bergaduh depan anak. Mak ayah yang selalu bergaduh depan anak hidupnya akan trauma. Keganasan yang sentiasa dilihat akan melekat ke dalam fikiran dia. Saya bercakap atas pengalaman sendiri. Walaupun sekarang umur saya 30. Tapi sampai sekarang saya boleh ingat benda yang berlaku berpuluh tahun yang lalu. Ada yang boleh saya ingat secara terperinci. Ianya terlalu melekat dalam fikiran dan susah nak buang. Bukan tak nak buang tapi setiap masa ibarat flash back yang sentiasa ditayang.
.
15. Komunikasi. Dalam perkahwinan. Kena banyakkan komunikasi. Ada masalah kena bincang. Slowtalk. Dari hati ke hati. Saya dulu banyak simpan dalam hati tu yang jadi barah. Suka duka hidup saya, saya simpan sendiri. Saya berkahwin kononnya nak buka kehidupan baru tapi tanpa sedar saya tengah menderita hasil masa silam saya dan sehingga saya membunuh masa depan saya. Sampaikan suami dan anak jadi mangsa. Jadi, luahkan. Apa yang menyakitkan jangan simpan. Apa yang tak puas hati cakap baik-baik. Jaga komunikasi insyaAllah harmoni.
.
16. Akhir sekali saya petik kata-kata dari seorang doktor yang merawat saya. Anak adalah amanah. Apa yang kita buat dekat akhirat nanti kita akan dipersoal. Tugas mak ayah membesarkan anak dengan didikan agama, memberikan kasih sayang, pelindungan, makanan dan pendidikan terbaik tanpa mengharapkan balasan. Anak adalah pinjaman dari Allah untuk kita jaga sementara menunggu masa untuk dipulangkan kembali kepadanya.
.
Hidup ini pengalaman. Ambil lah pedoman dari setiap pengalaman sendiri dan juga orang lain. Untuk baiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Yang penting, kita ada Allah. Nak buat apa pun buat apa yang Allah suka. InsyaAllah. Moga Allah redha kita dunia dan akhirat. Saya kadang rasa menyesal kenapa dari dulu saya tak sedar tentang penyakit ni. Kalau dari dulu saya dapatkan rawatan mesti sekarang saya dah bahagia tanpa batas dengan suami dan anak. Mesti suami dan anak tak perlu jadi mangsa. Mesti keluarga saya lebih bahagia dan saya tak sesakit dan seteruk sekarang. Tapi, aturan Allah itu cantik. Saya percaya ada hikmahnya. Sebab tu saya nekad nak sebarkan kesedaran tentang Depression. Semoga dapat membantu dan dapat memberi sedikit ilmu buat orang lain. Doakan saya dan seluruh Depression survivor kuat berjuang dan sembuh. Amin.
Seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh daripada kediaman keluarganya di tingkat 11 di Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam dilaporkan telah meninggal dunia tengah malam hari ini.
Mangsa yang berusia 12 tahun itu pada mulanya mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas dilaporkan terjatuh daripada tempat tinggi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam tadi ketika sedang menerima rawatan.
“Polis mengesahkan terdapat kes berkenaan, dan kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal dan berada dalam keadaan tidak sihat setelah demam beberapa hari.
Dalam kejadian berkenaan, kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur sebelum mengigau sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada ketinggian itu.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Zulkarnain Ariffin memberitahu, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kanak-kanak itu terjatuh pada pukul 7.31 malam, semalam.
“Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...