Orang luar, tetap tidak akan sama dengan darah daging kita. Depan kita baik, rupanya belakang kita bertopengkan syaitan!

Bila nafsu menguasai diri, apa-apa pun boleh jadi! Selalunya kita dengar di dada akhbar atau laman sosial tentang perilaku seksual ni. Pernah tak bayangkan bila situasi ini terjadi dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri? Fuhh jauh-jauh la ye, boleh trauma jadinya!

Selalu kita anggap rumahlah tempat paling selamat untuk kita, betul? Tapi tak menyangka untuk anak kecil ini, rumahlah menjadi saksi perilaku tidak senonoh rakan ayahnya sendiri untuk melepaskan nafsu serakahnya.

Jom ikuti kisah dari Dr Redza Zainol yang ibu ayah perlu ambil serius sebelum terkena untuk anak-anak kita sekali.

Anak Jadi Mangsa Nafsu Serakah, Ayah Gigil Tahan Air Mata Dapat Tahu Angkara Rakan Sendiri

Dicabul Teman Ayah

“Kenapa uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?”

Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya.

IKLAN

Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Dia bingung dengan apa yang jadi pada dirinya.

“Kakak pergi tidur dulu. Esok kita cakap lagi.”

Lepas ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya anaknya dah dicabul oleh kawan suaminya. Kawan yang selalu datang ke rumah, sampaikan jadi rapat dengan anak-anak.

Menggigil Tahan Marah

Bila kami nak terangkan pada si ayah keadaan anak, dia hanya memandang ke atas. Menggigil sambil menahan air mata dari tumpah. Anaknya dicabul dan dipaksa buat seks oral.

IKLAN

“Saya pergi balai polis. Saya minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati.” Itu saja yang mampu dia cakap. Dah terlambat.

Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja.

Anak Jadi Mangsa Nafsu Serakah, Ayah Gigil Tahan Air Mata Dapat Tahu Angkara Rakan Sendiri

Jangan Beri Peluang Orang Lain Mendekati Anak

Pokoknya, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita.

IKLAN
  • Kita bagi orang lain peluk anak kita.
  • Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah kita.
  • Kita bagi kawan selalu datang rumah waktu malam-malam.

Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan.

Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma 15 minit. Itu dah cukup untuk hancurkan keluarga kita.

Jangan Duduk Diam Bila Terkena, Ambil Tindakan

Jika kejadian begini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat?

  • Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.
  • Buat laporan polis. Ni dokumen paling penting.

Contoh laporan mudah:

Anak saya bernama (Nama anak), mengadu telah dicabul oleh suspek bernama (Nama suspek) berusia (anggaran usia suspek) di (Lokasi) pada (Tarikh dan hari). Saya, (Nama pengadu) mengesyaki anak saya telah dicabul dan dirogol oleh suspek.

  • Bawa salinan laporan polis ke hospital.
  • Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.
  • Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.
  • Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.
  • Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI