Anak Kecil Pun Boleh Kupas Telur Rebus Elok Bentuknya, Bila Ibu Masak Dengan Cara Ni!

Share

Jika disuruh merebus telur, rasanya semua memang boleh lakukannnya. Malah anak kita bersekolah rendah pun boleh disuruh untuk merebus telur.

Namun jika diminta untuk  mengupas kulit telur tersebut, dan pastikan setelah dikupas elok dan licin bentuk telur tersebut itu belum tentu kita yang dewasa ini dapat lakukan apatah lagi jika anak-anak kita.

Terfikir juga, mungkin ada petua hendak pastikan proses mengupas kulit telur lebih mudah cepat, pantas dan hasilnya pun tip top?

Siapa sangka, Puan Waheeda Basiron telah pun berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.

Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..

Cara-caranya: 

1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.

2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.

3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.

4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.

5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.

SIAP!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

 

sumber: Waheeda Basiron via MAHN

IKLAN