Risau kan kalau anak-anak tak sihat? Lebih-lebih lagi dengan peningkatan pelbagai penyakit berjangkit sekarang ni. Sebab itulah sebagai ibu bapa, kita perlu lebih peka dengan tahap kesihatan anak-anak dan jangan sesekali terlepas janji temu suntikan vaksin yang telah ditetapkan. Bukan itu saja, suntikan vaksin tambahan seperti vaksin pneumokokal juga amat penting untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada tekak dan telinga1.

Paling merisaukan adalah jangkitan penyakit pneumokokal ini boleh menjadi lebih serius seperti radang paru-paru dan radang selaput otak2. Untuk pengetahuan ibu bapa, bakteria pneumokokus (pembawa bakteria) yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak boleh merebak melalui udara melalui bersin, batuk atau kontak rapat1. Jadi, jangkitan sebegitu boleh berlaku dengan mudah di taska atau bila anak-anak bermain dengan rakan sebaya yang sudah dijangkiti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 3.4 – 6.8% dari 8.8 juta kematian kanak-kanak di seluruh dunia bawah usia 5 tahun pada tahun 2008 disebabkan jangkitan pneumokokal. Jadi ibu bapa kena berjaga-jaga3.

Tanpa vaksin, rawatan untuk jangkitan penyakit ini adalah pemberian antibiotik dan ia memerlukan kos yang tinggi. Justeru, pencegahan dengan suntikan vaksin adalah lebih disarankan3.

Siapa Yang Patut Mendapatkan Suntikan Vaksin Pneumokokal?

Untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2018 dan 2019 dan belum pernah mengambil vaksin pneumokokal, mereka sangat digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin ini. Kanak-kanak mengalami daya tahan tubuh yang masih lemah, jadi sangat penting untuk mereka diberikan suntikan bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang boleh mengancam kesihatan mereka1,2.

Anak Lahir Tahun 2018-2019? Bawa Mereka Ambil Vaksin Pneumokokal Segera!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Kanak-kanak sangat mudah terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit kerana sistem imuniti tubuh mereka yang belum matang sepenuhnya. Bukan sekadar jangkitan biasa, ia boleh menjadi lebih serius dan menyebabkan kematian1,4.

Penyakit pneumokokal adalah sejenis penyakit yang merebak melalui udara terutamanya ketika individu yang dijangkiti batuk atau bersin1. Paling menakutkan, kadang-kadang anak dijangkiti daripada kontak rapat seperti ibu dan bapa mereka sendiri tanpa disedari. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku ketika anak-anak sedang belajar di sekolah, taska dan ketika bermain di luar rumah.

Lindungi Anak Daripada Penyakit Pneumokokal!

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Begitu jugalah dengan penyakit pneumokokal. Selain amalan gaya hidup yang sihat, pengambilan vaksin dapat membantu mengelakkan jangkitan penyakit ini1.

IKLAN
Anak Lahir Tahun 2018-2019? Bawa Mereka Ambil Vaksin Pneumokokal Segera!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Bukan hanya daripada segi fizikal, tetapi penyakit Pneumokokal ini sebenarnya akan memberikan impak terhadap emosi anak serta ahli keluarga yang lain. Kos rawatan tidak murah dan sepanjang proses itu juga anak juga mungkin mengalami tekanan emosi kerana mereka tidak sihat. Sebagai ibu bapa, kita juga akan berasa sedih dan mengalami stres untuk berdepan dengan anak-anak yang dalam kesakitan dan sebarang situasi di luar jangkaan kita.

Lebih teruk lagi, prestasi kerja mungkin akan terjejas kerana rasa risau akan kesihatan anak. Ibu bapa juga perlu fokus dan menumpukan perhatian kepada anak yang sakit sehingga boleh mengganggu waktu bekerja, mungkin juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji yang akan memberikan kesan terhadap pendapatan.

Jangan Bertangguh Lagi!

Janganlah pandang ringan soal kesihatan anak. Segeralah bawa anak-anak untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal! Untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 dan belum pernah mengambil vaksin pneumokokal, ibu bapa boleh membawa mereka ke mana-mana Klinik Kesihatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi mendapatkan satu dos suntikan PERCUMA vaksin pneumokokal2.

Anak Lahir Tahun 2018-2019? Bawa Mereka Ambil Vaksin Pneumokokal Segera!

Program pemberian vaksin Pneumokokal secara percuma ini adalah untuk kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja, dan program ini bermula sejak Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Klinik Kesihatan KKM yang terdekat5.

IKLAN

Apakah Profil Keselamatan Vaksin Pneumokokal?

Tidak dinafikan, setiap vaksin atau ubat mempunyai kesan sampingan tertentu tetapi tidaklah sehingga menjejaskan kesihatan anak dan akan beransur pulih dalam beberapa hari.

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah seperti1,6:

  • Kemerahan atau bengkak pada tempat suntikan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Badan rasa letih
  • Kurang selera makan

Sekiranya anak-anak mengalami simptom ini, jangan risau. Jika ia berlanjutan sehingga lebih dari tiga hari, anda disaran untuk berjumpa dengan doktor.

SUMBER RUJUKAN:

IKLAN

1. MyHealth. Penyakit pneumokokal. Diakses pada 11 Januari 2024 – http://www.myhealth.gov.my/penyakit-pneumokokal/.

2. Astro Awani. Vaksin pneumokokal percuma diperluas kepada kanak-kanak 4,5 tahun. Diakses pada 11 Januari 2024
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-pneumokokal-percuma-diperluas-kepada-kanakkanak-4-5-tahun-421950

3. Pengasuhan Positif. Vaksin pneumokokal: Apa yang anda perlu tahu. Diakses pada 11 Januari 2024 –
https://mypositiveparenting.org/ms/2017/08/05/vaksin-pneumokokal-apa-yang-anda-perlu-tahu/.

4. Astro Awani. Vaksin pneumokokal dan influenza penting cegah pneumonia – Pakar. Diakses pada 11 Januari 2014 –
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-pneumokokal-dan-influenza-penting-cegah-pneumonia-pakar-209711.

5. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemakluman megenai perluasan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program
Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak (Catch-Up Immunisation). Diakeses pada 11 Januari 2024 –
https://mma.org.my/web/wp-content/uploads/20230601104919082-1.pdf

6. Centers for Disease Control and Prevention. Pneumococcal Vaccination: What Everyone Should Know. Diakses pada
11 Januari 2024 – https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/pneumo/public/index.html.

Dibawakan Kepada Anda Oleh Pfizer
Imej digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja

**Keluarga Advertorial: PP-PRV-MYS-0384-8JAN2024

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI