Hasrat seorang remaja lelaki yang ingin mati syahid tercapai apabila ditemui mati lepas semasa menyelamatkan dua sepupunya yang mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, Kelantan, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, remaja berusia 13 tahun dikenali Muhammad Aidil Zaquan Abdullah pernah menyatakan hasrat tersebut kira-kira dua minggu lalu, namun ibu mangsa, Noridawati Ismail, 33, tidak mengesyaki apa-apa.

Ini kerana Noridawati beranggapan anak sulungnya daripada tiga beradik itu sekadar bergurau ketika dia berkongsi berita di Facebook mengenai kejadian lemas kepada mangsa.

“Saya memaklumkan bahawa mangsa yang lemas itu beruntung apabila dapat mati syahid kerana membantu orang lemas. Muhammad Aidil Zaquan kemudiannya menyampuk dengan mengatakan dia juga mahu syahid dengan cara sama.

“Saya pada awalnya beranggapan luahan itu hanya gurauan antara kami berdua. Selepas dua minggu, arwah pula yang meninggal dunia akibat lemas semasa menyelamatkan sepupunya. Hasratnya tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada pemberita.

Anak Luah Hasrat Nak Mati Syahid, Tak Sangka Jadi Kenyataan Selamatkan Sepupu Lemas

Mengulas lanjut, Noridawati memberitahu, dia hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa anaknya kira-kira pada jam 6.30 petang ketika berada di tempat kerja dekat sebuah kedai aksesori telefon di Kampung Chabang Empat.

Noridawati berkata, dia tidak dapat pulang awal semalam kerana hujan lebat yang berlaku di tempat kerjanya. Namun, terpaksa bergegas pulang selepas dihubungi adik mengenai kejadian tersebut.

IKLAN

“Ketika itu, adik menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas pulang dengan menunggang motosikal meredah hujan lebat.

“Semasa tiba tiba di tali berdekatan rumah itu, saya lihat arwah sudah tidak bernyawa dan mayatnya sudah diangkat ke tebing,” ujarnya.

Sebelum kejadian, Muhammad Aidil dikatakan berada di padang bola tidak jauh dari tali air dan ternampak beberapa remaja sedang mandi yang mana dua daripadanya dipercayai sedang lemas.

Difahamkan, mangsa segera terjun ke dalam tali air untuk memberi bantuan dan dua sepupunya itu berjaya berpegang pada sebuah perahu usang, manakala mangsa pula lemas.

IKLAN

Datuk mangsa, Ismail Mamat, 67, berkata sebaik mengetahui kejadian, dia yang berada di rumah segera ke tali air lalu terus terjun untuk mencari mangsa.

“Tiga kali saya menyelam sehingga semput, namun cucu masih tidak dijumpai sehinggalah kali keempat (selaman) akhirnya dapat mencapai sebelah kakinya dalam kedalaman kira-kira 4.5 meter.

“Ketika dinaikkan ke tebing, cucu sudah tidak bernyawa dan tubuhnya juga kebiru-biruan,” katanya.

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

IKLAN

Sumber: Kosmo! Online (Rohana Ismail)

Anak Luah Hasrat Nak Mati Syahid, Tak Sangka Jadi Kenyataan Selamatkan Sepupu Lemas

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI