Menyaksikan sendiri insan tersayang berperang dengan penyakit digeruni cukup membuatkan hati penyanyi Nizam Laksamana seolah-olah disiat-siat.

Itulah fasa yang cukup memilukan sebagai seorang suami tatkala sabg isteri, Salwati Zulkifli disahkan menghidap kanser payudara.

“Saya Bukan Orang Sabar.” Isteri Hidap Kanser,  Nizam Laksamana Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

Akui Nizam, banyak hal melibatkan emosi yang harus ditempuhi ketika itu. Begitupun dia memanjat rasa syukur setelah isterinya kini sudah kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.

“Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.

IKLAN

“Dia wanita yang hebat. Dia tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali. Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana.

“Saya Bukan Orang Sabar.” Isteri Hidap Kanser,  Nizam Laksamana Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan“Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur. Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan,” katanya seperti yang dikongsikan bersama portal Gempak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nizam Laksamana (@nizamlaksamana3011)

 Dalam pada itu, Nizam berkata, ujian yang diterima oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.

“Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.

IKLAN

“Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya.

“Saya Bukan Orang Sabar.” Isteri Hidap Kanser,  Nizam Laksamana Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan“Ada juga rakan wartawan yang nak bantu saya dan isteri dengan mengadakan tabung kutipan. Tetapi saya menolak. Saya kata doakan sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya,” katanya lagi.

Tahun lalu, media pernah melaporkan Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara.

Sumber: Gempak & nizamlaksamana3011

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI