Anak kali pertama melangkah ke darjah satu, tentu macam-macam kisah dan ragamnya. Kadang-kala kalau diingat kembali boleh tersenyum sendiri kita dibuatnya. Malah tidak dinafikan, melepas anak-anak berdikari sendiri di sekolah juga membuatkan hati kita berasa sebak.
Senang cakap, begitu banyak memori dicipta oleh anak-anak kita hinggalah sampai suatu masa dan ketikanya anak-anak sudah membesar tanpa kita sedari. Hal ini turut dikongsikan oleh seorang ibu dan turut menyarankan agar ibu-ibu di luar sana untuk turut mengambil gambar kenangan anak-anak di hari pertama persekolahan mereka. Kenapa dan apa sebabnya, jom kita baca perkongsian daripadanya ini.
Banyak gambar anak orientasi darjah 1 hari ni.
Nasihat saya..
Ambiklah gambar banyak-banyak.
Ambiklah video puas-puas.
Dari hari beli barang sampailah hari habis orientasi.
Buat satu folder.
‘1st time school’.
Sungguh!
Sebab sampai satu masa kita tak sedar, anak kita dah nak sekolah menengah. Tetiba je hah.
Ads
Dulu mula-mula, kita cuti seminggu.
Ye ye jadi spy intai anak dari jauh.
Betul ke dia masuk kelas.
Betul ke dia pergi kantin.
Betul ke dia bayar duit.
Ambik ke tidak bakinya.
Masa dia nak masuk kelas, dia lambai kita.
Betulkan beg yang berat.
Sama berat pun dengan badan dia.
Tak sanggup tengok.
Rasa nak tolong.
Tapi kita tahan.
Kita biar.
Kita ambik gambar.
Lepas tu tiba masa rehat.
Bila dia nak jalan ke meja makan, nasi dia tumpah kawan langgar.
Anak kita muka blur.
Pandang kiri kanan.
Antara nak minta tolong dengan nak kutip nasi.
Antara nak nangis dengan nak bertenang.
Kita rasa nak lompat masuk pagar.
Nak tolong dia.
Kita pun nak nangis sama.
Ads
Tapi, kita tahan.
Kita biarkan.
Kita ambik gambar.
Pastu kang dia nak pergi tandas.
Selalu kalau pergi tandas awam, kita teman dia sampai depan pintu.
Ni dia kena pergi sorang-sorang.
Mana nak betulkan baju.
Mana nak jaga kain jangan basah.
Mana nak capai paip.
Rasa masa tu nak susup masuk tandas.
Nak teman dia macam biasa.
Kisah kena denda tak siap kerja.
Kisah kejap kawan, kejap tak kawan dengan member.
Kisah hati kembang kena puji.
Kisah tak puas hati kerja kena komen.
Kisah terlupa bawa barang yang cikgu suruh.
Kisah hati galau pemadam kesayangan hilang.
Ada masa, balik rumah dengan hilai tawa gembira.
Ada hari, masuk kereta dengan linang air mata duka.
Semuanya. Dia akan hadap.
Sampai satu masa.
Kita tunjuk semula gambar anak kita pada hari pertama dia jejak kaki di sekolah sampailah ke sekarang.
“Tengok ni anak. Awak kuat. Awak dah hadap segala benda besar pada saiz awak yang sangat kecik. Awak adalah survivor.”
Begitulah. Cepatnya masa berlalu. Jadi….Ambiklah gambar. Jangan lupa! Supaya nanti kita tak lupa…
Kemelut rumahtangga antara pelakon Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim telah berakhir dengan penceraian dua hari lepas telah memberi pelbagai reaksi dikalangan warga net sehingga menjadi trending di media sosial.
Mana mungkin pasangan yang dilihat bahagia tambahan pula sedang meraikan cinta kelahiran anak pertama tahun lepas berakhir dengan perpisahan juga setelah menunggu hampir empat tahun.
Bukan itu sahaja, melalui laporan akhbar pula mengatakan kadar penceraian semakin meningkat sejak akhir ini dikalangan golongan muda semakin runcing dengan alasan yang tidak masuk akal.
Menurut laporan, didapati dalam tempoh 5 tahun pertama perkawinan adalah yang paling mencabar, merujuk kepada kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dijalankan oleh LPPKN yang dijalankan pada 2014.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata berdasarkan kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Antara punca-punca utama penceraian pada perkahwinan pertama oleh lelaki adalah tiada persefahaman sejumlah 56.2%, isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%).
“Manakala bagi wanita pula, 38% peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).”
Rentetan daripada itu, coretan yang dikongsi oleh seorang wanita ini, Syahirah Omar sungguhinspirasi yang memberi makna penuh tersirat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada kaitan dengan diri kita sama ada pasangan lelaki atau wanita.
Namun, antara dalam penulisannya, menyentuh ujian pasangan yang diambang perceraian yang akhirnya memilih berpisah itulah jalan terbaik.
Bak kata wanita ini, “jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.”
Jadi usah menyalahkan takdir. Setiap cabaran yang datang ada hikmah yang menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus, sujud dan berdoa sepuas-puasnya agar diberi jodoh yang baik-baik dan bahagia hingga akhir hayat.
Namun, siapa tahu, jodoh bertaut kembali jika diizinkan Allah. Apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Allah menciptakan segala sesuatu dengan kun, maka jadilah. Allah Ta’ala berfirman,.
Dan tidaklah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Yasin: 81-83).
Harini aku nak tulis tentang ujian. Khas yang diuji dengan pasangan hidup. Kau cuba baca sampai habis ya? Pesanan buat diri aku juga, InsyaAllah.
Dalam hidup, Kau sentisa akan diuji. Paling berat jika diuji dengan pasangan. Sebab kita rasa sepatutnya dia menjadi penguat kita tetapi dialah yang sebaliknya. Sepatutnya dialah yang lindungi kita, tetapi tidak. Kita rasa dia yang patut mendidik kita tetapi dia hanyut jauhhhhh dari Allah. Kita rasa dialah tempat kita bercerita, Tetapi dia lebih berdamping dengan kawan-kawan, Dia lebih pentingkan telifon bimbit lebih dari kau. Kau bukan lagi “priority” dalam hidup dia. Pendek kata tiada lagi kemanisan dalam rumahtangga. Kau hanya teman di tempat tidur saja.
HATI MULA TERTEKAN
Akhirnya kau sangat tertekan. Setahun, dua tahun, tiga tahun, bertahun tahun kau rasa kau dah cukup sabar. Perkahwinan kau sangat hambar. Kau rasa kenapa dia bukan lagi seperti kau kenal sebelum berkahwin. Semuanya berubah. Kau rasa kau korbankan segalanya. Tetapi dia?
Hati kau sangat sakit kan? Kau rasa terlalu benci pada dia. Solusi hanyalah penceraian. Kau dah usaha macam-macam, Dia tetap tak berubah.
Inilah masalah diri kita. Di dunia ni kita rasa kita “control” segalanya. Kita yang rasa kita perlu buat semua keputusan. Sehingga kita depressed sebab kita usaha tetapi dia tak berubah. Kita rasa kita kena selesaikan segera. Sebabkan dia, habis hidup kita huru hara.
MUKJIZAT AL-QURAN
Kau rujuk Surah Al Qasas ayat 56 ( 28:56)
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Dalam ayat ni memang tidak ada kena mengena dengan masalah kau lalui. Tetapi inilah Al Quran.
Subhanallah, Allah dah beritahu dalam Al Quran pun sebenarnya. Cuba kalau kau letak diri kau di dalam ayat ni, maksudnya,
Kau, aku, makcik Hasnah atau siapa saja, takkan mampu ubah siapa pun makhluk atas muka bumi ni melainkan Allah.
Kau, aku, makcik Hasnah takkan mampu ubah takdir hidup kau sedaya upaya usaha sekalipun selagimana Allah tak mahu.
No matter what you’ve been through, it’s written. No matter what you know, it’s written. No matter what you do, it’s written. When Allah pushes you to the edge of difficulty, TRUST Him fully because two things can happen,
Either He’ll catch you fall or He’ll teach you how to fly.
MINTALAH DENGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA KEPADA HAMBANYA.
Pertama sekali, Kau sabar dan tenanglah. Jangan focus untuk sesaikan masalah. Sebab kita takkan jumpa solusi. Kita hanya buat decision mengikut hati. Akhirnya kita yang menyesal nanti.
Hati dia, Allah yang pegang. Sedangkan seluruh alam semesta ni pun Allah boleh uruskan inikan pula hati dia kan?
Ujian yang Allah beri ni, bukan untuk dia tetapi untuk diri kita.
Ujian yang Allah beri ni bukan untuk ubah dia. Tetapi untuk ubah kita. Kau serahkan segala masalah kau kepada Allah, kau bersungguh-sungguh minta Allah beri jalan keluar.
Kau takut? Sujudlah Kau overthinking? Sujudlah Kau putus asa? Sujudlah Kau runsing? Sujudlah Kau sangat struggle? Sujudlah Kau cari Allah dan serahkanlah segalanya.
Kau taubat dan mintalah pada Allah sepuas-puasnya.
Kau hidup bahagia selama harini pun semua atas izin Allah. Kau bernafas ni pun semua atas izin Allah. Bukan atas usaha paru-paru kau pun sebenarnya. Dan berapa banyak cabaran kau dah lalui dalam hidup tetapi semua Allah selesaikan juga akhirnya kan?
Jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.
Aku pernah alami situasi begini. Bilamana aku tak faham makhluk bernama lelaki. Aku rasa aku boleh ubah dia. Rupanya tak. Tetapi semuanya berubah bila aku mula berubah. Aku mula mencari Allah. Hidup aku segala-galanya aku serah pada Allah. Semuanya berubah sekelip mata. Allah beri jalan keluar dalam setiap kekusutan aku dengan cara yang tak disangka-sangka. Sebab hati dia, bukan aku yg punya Hati dia Allah yang punya. Berubahlah kerana Allah. Jangan kau berubah kerana manusia. Sebab manusia ni tak ada apa-apa kuasa.
“EVERYBODY WANTS TO CHANGE THE WORLD, BUT NOBODY WANTS TO CHANGE.”
Kau tengok surah Ar Ra’ad ayat 11. “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”
Maka, berubahlah demi Allah. Allah takkan datangkan orang dalam hidup kita dengan sia-sia. Samaada dia datang untuk menambah iman kau, Atau dia datang untuk Allah tengok sejauh mana keimanan kau.
Bila kau rasa kau ada masalah komunikasi dengan manusia, itu tandanya komunikasi kita dengan Allah juga tak berapa nak cantik.
Bila kau rasa suami kau TAK BUAT seperti yang kau minta, Tanya balik diri sendiri,Kau dah buat ke belum semuanya apa yang ALLAH MINTA?
Jika kau rasa kau tak bahagia, Kau tanya balik apa tujuan kau kat dunia.
Lepas kau sabar,kau tenang, kau carilah nikmat yang boleh kau syukuri. Kau lihat semula apa yang KAU PATUT PERBAIKI. Bila kau serah semuanya pada Allah, kau akan nampak semula segala nikmat yang kau patut hargai. Bila hati kita sangat tenang, semuanya sangat jelas.
HIDUP INI SINGKAT
Hidup ini, terlalu singkat. Kau percayalah. Kau ubah diri kau, semuanya akan berubah.
Dan jika sekalipun perkahwinan kau tak dapat diselamatkan, Allah akan mudahkan segala dan beri 1001 jalan untuk bebas dari dia. Jika berpisah itu lebih menambah iman, berpisahlah. Jika bahagia kau bukan di Dunia, InsyaAllah dengan kesabaran kau menahan ujian di Dunia, Allah pasti akan beri kebahagian di Syurga.
Kesatlah air mata, Kuatkan diri cari Allah semula. Tanpa Allah kita tiada daya. Letakkan cinta Allah yang pertama. InsyaAllah kau tak sesat di Dunia.
****
Deep! Nyata perkongsian ini penuh pengajaran untuk bermanfaat bersama. Bagi rumahtangga bahagia jadikan ia peringatan diri. Manakala yang retak, jadikan ia pedoman penguat diri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarpun telah berusaha untuk mengelak berlaku, ia tetap berlaku. Itu semua rahsia Allah yang pastinya ada sebabnya. Apa yang pasti muhasabah diri untuk menjadi hambaNYA. Hidup ini singkat. Nikmatinya selagi nyawa di kandung badan. Syukurinya dengan meneruskan kehidupan dengan penuh takwa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
873 Sekolah Di Selangor Sedia Sarapan Percuma Untuk Pelajar, Legakan Beban Ibu Bapa merupakan satu inisiatif yang cukup melegakan ramai keluarga, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar ketika ini. Usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini bukan sahaja membantu meringankan perbelanjaan harian ibu bapa, malah turut memastikan kebajikan serta keperluan asas pelajar terus diberi perhatian.
Program ini melibatkan sebanyak 873 sekolah di bawah pentadbiran 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor. Menurut m, pelaksanaan bantuan ini akan dibuat secara giliran bagi memastikan agihan berjalan lebih tersusun dan menyeluruh. Setiap hari, satu sekolah di setiap PBT akan menerima bantuan sarapan percuma supaya semua sekolah berpeluang menikmati manfaat tersebut dalam tempoh tertentu.
Bagi menjayakan program ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk setiap PBT sebagai dana permulaan. Langkah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam membantu keluarga yang berdepan tekanan ekonomi, di samping memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan perut terisi dan lebih bersedia untuk belajar.
Apa yang lebih penting, penyediaan sarapan ini bukan sekadar mengenyangkan, tetapi turut menitikberatkan aspek nutrisi. Menu yang disediakan akan dipastikan mempunyai kandungan protein dan zat penting yang membantu tumbesaran fizikal serta perkembangan mental pelajar. Sarapan yang seimbang amat penting bagi memastikan anak-anak kekal fokus, cergas dan bertenaga sepanjang sesi pembelajaran.
Dalam masa sama, inisiatif ini juga dilihat mampu memberi impak positif kepada prestasi dan kehadiran pelajar di sekolah. Apabila keperluan asas dipenuhi, anak-anak lebih bersedia untuk belajar dengan selesa dan tenang.
Secara keseluruhannya, program sarapan percuma ini adalah satu langkah yang sangat baik dan wajar dipuji. Bagi ibu bapa, ia pastinya memberi sedikit kelegaan dalam mengurus perbelanjaan keluarga, manakala bagi anak-anak pula, ia menjadi sokongan penting untuk membesar dengan lebih sihat dan sejahtera.
Bertugas di barisan hadapan ketika wabak Covid-19 adalah amat mencabar. Sejak dua tahun lepas dunia di landa wabak, barisan hadapan tetap teguh memberi khidmat bakti untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang dijangkiti.
Mereka yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini.
Begitu juga dengan doktor ini, Ahmad Zakimi Abdullah atau dikenali sebagai Dr Zek tetap teguh memberi khidmat. Pada masa yang sama hati tetap gundah memikirkan keselamatan ahli keluarga. Mana taknya, setiap hari dirinya merupakan berhadapan dengan pesakit Covid-19. Risiko keluarga dijangkiti agak tinggi.
Namun siapa sangka, dalam berhati-hati itu, setelah dua tahun serangan Covid-19, ahli keuarganya dijangkiti wabak ini. Hati mana yang tidak sebak. Bagaimanapun semua ini harus dialui dengan tabah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan mendoakan dia dan keluarganya diberi kesembuhan.
Aku tidur memang tak lena sejak dari awal mula pandemik COVID19. Tidur malam asyik mimpi ngeri. Apa taknya sebab aku sendiri bekerja menguruskan pesakit-pesakit COVID19 dilapangan. Maka terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ada pelbagai mimpi ngeri aku alami.
Ada satu mimpi tu aku pergi perang tanpa apa-apa senjata mahupun kelengkapan perang lain. Apatah lagi ‘bullet proof jacket’. Aku ditembak oleh ‘sniper’ terus kena di jantung. Aku terus bangkit dari tidur. Masa terjaga aku terus fikir yang Allah masih lagi beri aku peluang untuk hidup. Allahu.
Aku ada juga bermimpi berperang dalam episod mimpi lain tapi jadi ‘sniper’ pula. Kali ini aku sudahpun memakai ‘bullet proof jacket’. Aku dihujani beribu peluru sebab aku telah dikepung.
Satu peluru telah mengena dibahagian lengan kiri. Terus aku terjaga dan aku beristighfar. Ada lagi mimpi-mimpi lain. Nanti aku cerita lain kali. Mimpi aku dikejar zombie. Haha. Setelah 2 tahun COVID19 melanda negara kita, aku berkhidmat sebagai barisan hadapan di Jabatan Kecemasan tentunya sangat berisiko.
Beribu pesakit COVID19 aku tengok dan rawat. Ada juga pesakit COVID19 yang serius yang dapat diselamatkan dan ada juga yang gagal tak dapat diselamatkan. Innalillah. Aku sering berdepan dengan tangisan dari ahli keluarga yang kehilangan orang yang tersayang. Bukan sekali tapi berpuluh-puluh di depan aku sendiri. Allahu.
Sedih, hiba, tak payah nak cakap. Ketika itu negara kita baru mulakan program vaksinasi. Aku sendiri rasa takut jika dijangkiti ketika itu lebih-lebih lagi aku dan puan isteri tentunya barisan hadapan yang berisiko.
Kini aku, puan isteri dan 5 anak; Alya, Amar, Amir, dan 2 anak istimewa kami Affan dan Afnan sedang dikuarantin. Kami sekeluarga dijangkiti COVID19. “Abang, Ita dan semua anak-anak positive PCR setelah 2 tahun lebih kita bertahan,” ujarku kepada puan isteri, wajah murung.
“Takpe bang. Kita semua dah vaksin. Should be orite,” balas puan isteri. Aku bertahan dalam erti kata sangat berhati-hati supaya kami tak kena. Tak payah aku nyatakan dari mana punca kami dijangkiti.
Alhamdulillah, kami telah divaksin maka kami semua mengalami gejala ringan (CAT 2a) dengan izin Allah. Kalau tak memang teruk aku kena sebab aku dan anak aku, Alya pesakit asthma. Adalah sekali dua serangan asthma ringan-ringan macam biasa.
Itulah keberkesanan vaksin sangat teruji baik dengan izin Allah. Alhamdulillah anak-anak pun semua ok.
Aku terus teringat akan mimpi-mimpi ngeri sebelum ini. Itulah, jika divaksin maka ada pelindung. Jika kena sekalipun taklah dapat COVID19 yang serius. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah. Kawan-kawan semua, pergi ambik booster ya. InsyaAllah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.