Dalam perhubungan, kadangkala ada pasang surutnya. Manakan tidak, hidup saling berkongsi, mesti akan ada sedikit di hati tidak berpuas hati dengan pasangan. Bila dah jadi begini, kadangkala anak-anak akan mencari orang yang paling mereka percayai untuk berkongsi rasa dan cara untuk penyelesaian. Termasuklah mertua.
Mertua pula, bila menantu cari minta pandangan dan pertolongan, jangan cepat melatah. Walaupun yang datang tu menantu, mengadu tentang anak sendiri. Tak semestinya anak kita sentiasa betul untuk dipertahankan. Kadang kita sendiri tak kenal anak kita sendiri kan? Jadi bersifat rational menegur anak sendiri dari jadi toxic salahkan menantu pula!
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, jangan sesekali rasa ego jika anak sendiri yang buat salah. Sentiasalah menasihati mereka.
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup menantu…
Yang membuatkan porak peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah2 menantu yg buat anak dia jadi mcm tu…
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini utk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadi la mcm tu…
Ads
“Mengadu tentang anak dia, ko la kena…”
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati…ada yg lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasuti…hasut anak sendiri utk tak bagi muka pd menantu…hasut anak sendiri utk tak layan baik sgt menantu tu…hasut anak sendiri utk tak dengar ckp menantu…
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yg muda2 ni akan dapat menantu jugak…tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana utk jadi seorang suami, seorang isteri yg baik…
Ads
Andaikata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang org tua dan ibubapa…yg cetek agama saja yg akan rasa mcm tu…
Yg baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu…wallahualam…
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, kita kadang kala terlepas pandang terhadap anak-anak. Terutama dalam memberi tumpuan sehinggakan tanpa sedar ada yang membeza-bezakan salah satu anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain.
Walaupun mungkin anak-anak tidak menunjukkan reaksi namun kita tidak tahu mungkin dia menyimpan perasaan atau menyembunyikan rasa. Lebih kronik andai si anak ini bersikap pendendam.
Pilih kasih bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak, kadang-kala hubungan adik beradik, saudara, rakan atau sesiapa sahaja juga boleh berlakunya ‘amalan’ membeza-bezakan ini.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh di laman facebooknya. Sama-sama kita ambil manfaat dari apa yang dikongsikan ini.
~ Bila anak kurang pandai belajar ~
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Dr PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, terasa seolah-olah separuh jiwa pergi tatkala orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi gelak tawa, senda gurau bersama.
Perginya yang takkan kembali, meninggalkan anak-anak kecil yang masih menagih kasih sayang seorang ibu. Namun siapa kita mahu melawan takdir Tuhan. Kita hanya mampu merancang namun perancanganNya lebih hebat.
Lelaki ini cukup hebat dipilih Yang Maha Esa untuk mendepani ujian besar, bukan calang-calang orang yang mampu. Di saat baru menimang cahaya mata, sang isteri tersayang pergi buat selamanya akibat kanser.
Lebih memilukan, penyakit itu hanya disedari selepas dia mengandung 27 minggu. Ikuti luahan si suami bernama Zhafri Nabilah yang menceritakan detik awal sehingga kembalinya sang isteri ke negeri abadi.
Hamil 27 minggu ketahui ada kanser
Damailah disana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu.
Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dgn ujian yang diberikanNya.
Mengimbas kembali, ketika doktor mengesahkan dirimu perlu menjalani operation dengan segera akibat penyakit kanser dan dalam masa yg sama bayi yang dikandungmu baru shj berusia 27 minggu perlu juga dikeluarkan. Hanya Allah shj yg mengetahui perasaanku ketika itu.
Lidah isteri terpaksa dipotong
Tanggal 23 Jun 2019, seawal pagi seusai solat subuh dirimu sudah bersiap sedia utk ke bilik bedah. Jam 9pagi operation dimulakan. Alhamdulillah, baby berjaya dikeluarkan pada jam 9.50pagi seberat 1.005kg. Syukur atas kelahiran yg ke-5 menjadikan anak-anakku semuanya gegirls. Tepat jam 1 pagi, doktor memanggilku setelah 15 jam menunggu. Hatiku menanti dengan penuh debaran saat melihat wajah doktor pakar. “Kami terpaksa memotong kesemua lidah isteri awak disebabkan sel kanser tersebut telah merebak” kata doktor pakar. Hampir sahaja aku rebah dan terduduk saat mendengar kata2 tersebut. Ya Allah! beratnya dugaanmu wahai isteriku.
pertama dan yang terakhir sentuhan seorang ibu.
Setelah 3 minggu, aku melihat dirimu semakin sihat. Aku masih ingat lagi dia menulis “kalau sayang dah sihat, kita pergi makan di kedai sama-sama yer”. Dia suka masak dirumah dan tak suka makan diluar. Hanya sekali sekala shj menjamu selera diluar. Selang beberapa hari, keadaanya seolah-olah tidak mengizinkan. Doktor mencadangkan chemotherapy namun isteri memilih untuk radiotherapy dan memilih peneng sebagai destinasi untuk meneruskan rawatan susulan.
3 hari sebelum transfer ke peneng, aku mengajaknya utk melihat baby yang belum pernah dilihatnya sejak dilahirkan. Aku menolaknya dengan menggunakan wheelchair. Saat pertama kali dia melihat baby, dia menitiskan air mata. Dia mengusap baby perlahan-lahan dan beberapa kali seolah-olah itulah yg pertama dan yg terakhir sentuhan seorang ibu. Ya Allah, ternyata benar!
Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot. Doktor pakar di Peneng mencadangkan chemotherapy instead of radiotherapy kerana sel cancer telah merebak dgn cepat. Setelah selesai chemotherapy, keadaannya masih xmenentu dan semakin teruk dan terpaksa diwarded.
kenapa semua orang balik?
Sehari sebelum pemergiannya, doktor beritahu keadaannya semakin tenat. Ya Allah! hanya kepadaMu shj kami berserah. Semua ahli keluarga dipanggil balik. Kami memenuhi permintaannya utk dipindahkan ke wad paletif yg mempunyai kelesaan dan dijaga oleh nurse.
Malam sebelum pemergiannya, hampir keseluruhan adik-beradik ada bersama dan mereka meminta maaf. Isteriku mencapai pen dan menulis kepadaku “kenapa semua orang balik? sayang dah nak mati ka?” Ya Allah! betapa sedihnya aku ketika itu dan dengan perlahan-lahan aku bisikan ditelinganya sambil menceritakan keadaannya yg sebenar. Dia pun menulis memohon maaf kpd semua adik beradiknya.
Pada malam itu juga, dia solat isyak dlm keadaan berbaring dan tidak bermaya. Solat isyaknya kali ini lebih panjang daripada solat yg lain seolah-olah ia mengetahui itu adalah solat isyaknya yg terakhir. Aku berdiri ditepi katilnya memandang wajahnya sambil melihat dia solat. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir dgn membayangkan adakah ini pandangan terakhirku terhadapnya? Ya Allah..
perginya begitu cepat tanpa isyarat
Aku menemaninya pada mlm itu, dia tidur begitu nyenyak sekali. Hanya sekali sekala shj matanya buka memandangku disisinya. Pada waktu subuh, aku mengejutkannya utk solat subuh. Dia menganguk! lalu aku capai sarung tangan dan semburkan air wudu’ padanya. Dengan perlahan-lahan aku ratakan air wudu’ nya. Lalu ditutup auratnya utk solat. Aku melihatnya seolah-olah tidak berdaya. Lalu aku bacakan surah al fatihah dan surah pendek seolah2 kami solat bersama sampailah selesai solat subuh.
Tepat jam 12 tghri, perginya begitu cepat tanpa memberikan isyarat. Aku sempat membisikan kalimah syahadah ditelinganya.
Wajahmu umpama bayi sedang tidur
Pergimu begitu tenang sekali. Wajahmu umpama seperti bayi yang sedang nyenyak tidur. Ya Allah! kau tempatkanlah isteriku dikalangan para syuhadah dan para solehin. Ya Allah! aku menjadi saksi dia seorang isteri yang baik. Dia telah mendapat redha suaminya.
Terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yg memberikan sokongan moral, doa, kewangan dan sebagainya. Hanya Allah shj yg akan membalas jasa baik kalian.
Syurga tempatmu sayang
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pengebumiannya. Rehatlah dikau disana wahai isteriku.
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kaum hawa memang terkenal dengan sifat multitasking berbanding lelaki. Otak mereka itu sentiasa ligat berfikir serentak dengan pergerakan. Ye la, waktu masak la nak jaga anak, fikir baju dalam mesin basuh tak sidai lagi, kiranya memang kena lah orang panggil super mom!
Tapi, sedar tak mak mak semua, bukan takat waktu sibuk je otak ligat fikir untuk buat itu ini, rupanya waktu berehat pun otak kita ni aktif juga tau!
Pernah hadapi situasi bila suami isteri duduk berehat tengok tv, si suami diam je menonton, tapi si isteri time tu la scroll cari barang online, tengok resipi itu ini, siap sempat panggil anak nak tanya itu ini. Sampai suami buka mulut, ‘nak tengok tv ke nak sembang?’ Opps!
Nak tahu apa perbezaan otak lelaki dan wanita ketika berehat? Jom ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif di laman Facebook miliknya ini.
Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.
Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.
Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.
Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.
So jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.
Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia. Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.
Taufiq Razif
Suami bertelinga besi dan waja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.