Pantang nampak! Anak-anak mana yang tidak suka main air. Bila sudah mandi manda, jawabnya susah hendak naik. Terpaksalah ibu menunggu berjam-jam lamanya.
Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.
Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Ads
Lima kebaikan berenang
Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Ads
Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Hubungan sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang
Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
Pakaian yang sesuai. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
Peralatan aktiviti air yang selamat
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
Kedalaman air yang sesuai
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Ads
Pemantauan orang dewasa
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan.
Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
PMS atau sindrom pra Haid adalah gabungan simptom yang diberikan kepada symptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan sesorang perempuan, 2 minggu sebelum period datang. Biasanya PMS akan jadi kurang bila period sudah bermula dan akan hilang apabila berakhirnya period.
Symptomnya berbeza antara individu. Yang paling biasa didapati adalah :
Mood swing
Rasa kemurungan, senang marah, senang terganggu
Sedeh, rasa cuak dan beremosi
Penat, susah nak tidur
Pening kepala
Perubahan pada selera makan – nafsu makan menjadi jadi ( mengidam macam-macam)
Susah untuk fokus
Rasa kembung
Perubahan pada kulit dan rambut
Buah dada kadang-kadangrasa bengkak dan kurang selesa
Cirit birit atau sembelit
Sebagaimana yang saya cakap tadi, symptom BERBEZA untuk individu, jika dilihat simptom-simptom ini akan ada pattern bila sudah lama diperhatikan.
Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat. Sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang dua minggu sebelum haid mereka bermula. Manakala yang lain hanya mengalaminya dalam beberapa hari yang terakhir sebelum haid. Ramai wanita mendapati bahawa simptom-simptom PMS jadi semakin teruk apabila permulaan haid makin hampir.
Adalah perkara biasa bagi simptom-simptom PMS beransur hilang apabila haid anda bermula. Tetapi sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang tempoh haid mereka. PMS tidak semestinya berlaku setiap bulan. Anda juga boleh jadi tidak ada langsung PMS untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia kembali semula selepas itu.
Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda. Tetapi kira-kira satu dalam 10 wanita dengan PMS terpaksa mengambil cuti kerana simptom yang teruk.
Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku kepada anda, jumpalah doktor. Mood yang berubah ini boleh membuatkan hubungan dengan rakan sekerja, suami dan anak-anak menjadi sukar.
Paling teruk, PMS boleh sebabkan seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri. PMS jenis ini, iaitu di mana simptom-simptomnya sangat teruk dan kebanyakannya adalah dari segi emosi dan kelakuan, kadang kala dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder – PMDD).
Apa sebabnya PMS ini ?
Sebab sebenar terjadinya memang belum diketahui. Tetapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah. Ada sesetengah wanita ini sensitif kepada perubahan paras hormon ini dan seterusnya menyebabkan timbulnya simptom-simptom yang dinyatakan tadi. PMS juga dikatakan ada kaitan dengan bahan neurotransmitter dalam badan seperti serotonin dan gamma-amino butyric acid (GABA). Tapi bukan semua wanita mengalami PMS ini.
Macam mana saya nak tahu sama ada saya ini ada PMS atau tidak ?
Anda seharusnya mencatat symptom yang anda ada dalam diari atau rekod dalam handphone anda yang canggih itu. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk dua kali kitaran haid. Selepas itu jumpa doktor dan tunjukkan hasil rekod anda, nanti doktor akan menilai sama ada itu adalah PMS untuk anda atau tidak.
Tips menghadapi PMS
Kenal pasti bagaimana PMS menjejaskan anda dan keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan. Gunakan diari PMS anda untuk mengenal pasti setiap simptom dan bilakah ia bermula. Anda mungkin rasa PMS anda lebih terkawal jika anda boleh menjangka bila simptom-simptomnya mungkin akan bermula.
Apabila anda lebih memahami PMS anda, beritahulah orang yang terdekat dengan anda supaya mereka boleh faham kesannya terhadap diri anda.
Anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup yang akan memperbaiki kesihatan anda secara amnya dan mungkin membantu dalam menangani PMS. Ini termasuk:
Makan makanan yang seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleksdalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam.
Kerap bersenam. Sasarkan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi. Berenang, berbasikal atau berjalan laju adalah senaman yang elok.
Jika anda merokok, berhenti merokok.
Kurangkan atau berhenti meminum minuman keras.
Pastikan tabiat tidur anda adalah tetap.
Pengurusan stres. Yoga dan senaman regangan lain serta senaman pernafasan dapat membantu. Senaman sememangnya bagus kerana ia boleh memperbaiki mood anda
Jika dengan cara-cara di atas tak dapat membantu mengurangkan PMS, perlu berjumpa doktor. Anda akan dimulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan lain jika difikirkan perlu.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tak geram kalau nampak ada sebiji dua jerawat di wajah, tentu sahaja ingin dipicit agar hilang terus, baru puas hati.
Pun begitu tahukah anda bahawa tabiat memicit jerawat terutamanya pada bahagian hidung akan mengundang bahaya dan boleh membawa maut, jadi lebih baik dihentikan.
Ini sepertimana yang dijelaskan melalui perkongsian video oleh seorang doktor di aplikasi TikTok beliau @drsyai, doktor ini menerangkan apa sebabnya dilarang untuk memicit jerawat terutamanya pada bahagaian hidung.
Difahamkan melalui perkongsian video tersebut, kawasan hidung adalah dikenali sebagai ‘segi tiga kematian’ di mana kawasan tersebut berhubung terus dengan otak.
Maka sebarang jangkitan yang berlaku di kawasan tersebut akan merebak ke otak sehingga boleh menyebabkan jangkitan ke otak dan boleh berlakunya strok.
Meninjau di ruangan komen, warganet ramai yang tidak mengetahui tentang info ini dan turut juga berkongsi pengalaman memicit jerawat sebelum ini. Antara komen adalah ada yang mengatakan :
“Patutlah bila picit sakit sangat”
“Lambat nak sembuh kat area tu, pastu parut pun lambat hilang”
“Memang niat tu tak nak picit jerawat tapi bila dah pegang cermin auto niat tu terbatal weyy”
“Terima kasih doc info, Saya suka picit jerawat area situ sampai berair-air mata, pasni taknaklah buah dah”
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@drsyai?” style=”bubbles” background=”#bba7fc”]@syai[/su_button]
Mendapatkan berat badan yang ideal mungkin mudah bagi mereka yang belum berkahwin atau jenis yang metabolisme tinggi. Namun bagi yang sudah berkahwin dan memiliki anak, perubahan pada bentuk badan tidak dapat nak dielakkan.
Jika ada yang mampu kekal idea itu satu bonus buat mereka. Tak perlu susah payah nak berdiet kan. Bagi yang terpaksa berdiet, mungkin terpaksa menahan nafsu makan terutama bagi makanan kegemaran mereka yang mempunyai kalori tinggi dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, ada satu jenis diet di mana seseorang itu tidak perlu betul-betul ‘diet’ pun, tapi masih boleh makan cuma dengan cara yang berbeza.
Perkongsian dari Kak Xara mungkin dapat membantu anda. Jom kita baca!
Hai hampaaa.. Kak Xara nak share macam mana Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak ada la diet mana pun sebab Kak Xara tak boleh kalau tak makan nasi.. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasi.. ??
Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI.. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari.. Cara nak kira Kak Xara buh kat bawah.. Make sure tengok gambaq smpai habis tau sbb hampa kena kira kalori kalau nak buat ni..
Diet ni cadangan hampa mkan nasi dari beras perang tu tapi Kak Xara tibai ja nasi putih tu.. Tak banyak la maakn.. Lauk tu lagi banyak dari nasi la.. Sayur benda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara makan..
JANGAN SKIP SARAPAN ✔️ Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus..
SAY NO TO MAKAN MALAM Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus.. Kalau nk makan berat sikit hampa makan sebelum pukul 8.. Lepas pukul 8 makan untuk kunyah manja ja.. Macam apple hijau.
SAY NO TO MINUMAN MANIS Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis.. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang2 ada jgk tersedut ayaq manis sikit.. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat.. hehe
SAY NO TO ICE Yang ni betoi2.. Dulu Kak Xara klau p kedai mkn.. Wajib order ais 1 cawan asing sbb seronok dok pepak/gigit ais.. Nikmat weyh.. Tapi semenjak perut koi kedepan.. Buat sit up pon tak menjadi.. Kak Xara stop amik ais.. serius wey menjadi.. Perut kempis.. (ada yg kata ais tak menggemokkan.. tapi Kak Xara tak amik ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. sbb dua2 ni mcm combo.. wajib.. spa nk minum ayaq sirap tak buh ais.. so ni slh satu cara nk elak minuman manis.)
TEH HIJAU ✔️ Kak Xara minum teh hijau taw hampa.. Jangan gatai dok p tambah gula nah.. stg rasa2 pait sikit dok buat rajin tambah gula pulak.. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak.
SENAMAN ✔️ Hampa buat la senaman sikit2.. Kalau rasa mls nak keluar umah.. Hampa tengok ja youtube.. Buat la tabata ka zumba sorang2 kat umah.. Kalau umah dua tingkat.. naik turun tangga tu.. Tak yah lama-lama.. Sat pon jadi la janji buat.. Kak Xara dulu dok p zumba.. Kadang-kadang 3 kali seminggu.
Bab2 makan Kak Xara boleh cakap hat tu ja sebab Kak Xara pon terumbang ambing lagi.. Point dia Kak Xara nak ajaq cara kira kalori yang perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan.
Cara Kira Kalori
Tambahan Kak Xara tunjuk apps yang hampa boleh download untuk kira kalori hampa dengan hampa makan apa pun dia kira skali.. best kan??
RUJUK GAMBAR NGAN VIDEO KAT BAWAH:
Nak kira ni hampa rujuk BMR ngan DCR punya gambaq tu..