Anak Nelayan Ni Kongsi Cara Mudah Nak Beli Ketam Yang Padu Isinya & Penuh Dengan Telur!

Share

Sekiranya berhasrat untuk membeli ketam kenalah tahu serba sedikit tips untuk mendapatkan ketam yang betul-betul elok dan padat isinya, barulah puas hati makan. Lagi-lagi kalau dapat ketam yang bertelur, memang bertuah sangat sebab bukan selalu dapat. Lagi pun maklumlah harga ketam bukannya murah, kalau terbeli yang tiada isi mesti akan kecewa jadinya bukan?

Oleh itu bagi yang belum tahu cara nak pilih ketam, bolehlah jadikan perkongsian fb Siti Aminah Yousoff. Katanya, “Adalah sikit-sikit saya tahu berkenaan ikan, udang dan ketam ni. Mungkin ada lagi yang lebih arif. Ayah saya yang bagitahu semua tu.. Kalau logik kita simpan jadi ilmu”

CARA PILIH KETAM

1 : Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecil tak apa yang  penting berat

2 : Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap. Saya kalau tak ada ketam betina memang saya tak beli.


3 : Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan. Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.


4 : Saya beli 4 ekor ketam tadi, nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.


5 : Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya, Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak


6 : Ini la hasil nya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna boleh la try nanti, Alhamdulillah.

Sumber : Siti Aminah Yousoff

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN