Anak Ni Cuba Cari Buku Yang Masih Elok Disebalik Longgokan Yang Rosak, Undang Sayu!

Share
Banjir yang melanda di Selangor baru-baru ini dilihat menerima kesan bencana yang amat memilukan hati. Bukan sahaja rumah, infrastruktur dan barangan telah rosak bahkan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Selain itu turut dilihat hampir 3 juta buku di gudang buku The Big Wolf yang terletak di Seksyen 33 Shah Alam musnah akibat banjir minggu lalu sehingga kerja-kerja pembersihan terpaksa menggunakan jengkaut.

 

Pencinta buku Patah Hati

Melihat timbunan buku yang rosak seperti ini membuatkan ramai yang sedih, sayu dan patah hati melihatnya.

Apatah lagi bila melihat gambar seorang kanak-kanak yang cuba mencari buku yang masih boleh digunakan disebalik longgokan itu.

Sungguh setiap buku yang rosak ini terkandung ilmu dan maklumat yang menggunung banyaknya.

Asingkan Buku Untuk Agihan

Menurut Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap, berdasarkan penilaian awal berjuta buah buku rosak dan tidak dapat diselamatkan, termasuk beberapa peralatan gudang. Nilai kerugian masih belum dapat dipastikan.

Namun begitu mereka berhasrat untuk mendermakan buku kepada komuniti sekitar yang telah terjejas teruk serta mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai usaha mereka.

Sebanyak 14 kedai buku BookXcess yang lain dan Big Bad Wolf Books di Shopee masih beroperasi.

Sumber : BERNAMA 

ARTIKEL MENARIK : Seluar Hitam Sudah Pudar, Begini Cara Hitamkan Nak Nampak Macam Baru Beli!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN