Semalam merupakan hari lahir arwah ayah pelakon cantik manis , Nur Fazura. Dia yang mesra disapa Fazura kini sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dalam perkongsiannya meenrusi instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam. Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
“Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun. “Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
Ads
“Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulis Fazura di Instagram.Malah, isteri kesayangan Fattah Amin ini turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Arwah ayahnya.
Ads
“Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.
Macam-macam nama diberikan untuk kuih yang satu ini, penjaram, cucur jawa atau cucur topi yang cukup ramai menggemari rasanya.
Bahkan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ringkas.
Buat anda yang belum pernah mencuba rasa atau tidak pernah mencuba menyediakan menu untuk santapan keluarga, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Menurut puan Leeina Qaliena, kuih penjaram ini menjadi menu kegemaran mereka seisi keluarga.
RESIPI PENJARAM
Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, Tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.
Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul buble2 atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.
(Boleh juga diperap di dalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik. Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik, ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand. Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya mangga mahu pun durian, memberi rasa yang sukar digambarkan. Malah melihat sahaja menu ini terhidang di atas meja, sudah mampu membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian/Mangga!
Lantaran itu, tidak hairanlah terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu ini kepada pelanggannya. Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya cukup menghampakan.
Jadi apa kata anda sendiri sediakan untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Perkongsian resipi Zalina Yahaya di dalam fbnya pasti akan mampu membuatkan anda berpuas hati dengan rasa Pulut Durian/Mangga yang anda idam-idamkan. Asli dari Selatan Thai!
PULUT DURIAN
(Resepi asli Selatan Thai)
Bahan-bahan :
500 gm pulut
Cara Penyediaan:
2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit.
5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula)
“Okeh…bab santan ni ada dua versi. Kalau anda nak tahan lama pulut itu masak sekejap sehingga mendidih sekali dua. Tetapi kalau anda nak pulut yang cantik dan berkilat tak perlu masak. Tuang terus dan kacau bersama pulut. Lemak santan tu bila dikacau bersama pulut panas akan menghasilkan kilauan emas bak permata…hah..gittewww. Pulut yang diadun dengan santan yang tak dimasak ni akan tahan dalam 12 jam. Ok la kan…silap-silap selepas sejam selesai masuk perut.”
Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.
7. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
8. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Kupas pelam.
“Kalau ikut keluarga saya, kalau kami makan pulut durian ni macam ni saja. Just pulut dan durian. Tapi orang Thai, depa juga makan dengan kuah santan.”
Cara buat kuah santan ni senang saja
250 gm santan segar pekat
250 gm air
5 gm garam
15 gm gula
25 gm tepung beras
Campur semua sekali, didihkan. Siap. Boleh makan dengan gembira sekali.
Info :
500 gm pulut sesuai untuk makan 8 hingga 10 orang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Patutlah Dapat Pujian, Murid Sekolah Lakonan Semula Filem Mat Kilau Buat Ramai Meremang.
Tidak dinafikan filem Mat Kilau sejak ditayangkan beberapa bulan lalu masih lagi ‘melekat’ di jiwa kita sehingga menjadi fenomena yang menjadi sebutan ramai.
Babak dan perwatakan lakonan yang dipaparkan begitu memberi kesan mendalam kepada kita. Nyata tidak mustahil ada yang melakonkan semula filem itu termasuk kanak-kanak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular sebuah video lakonan semula pelajar sekolah menerusi perkongsian ceoalonee yang memaparkan lakonan sebahagian babak dalam filem Mat Kilau iaitu dimana isteri Wahid, sahabat Mat Kilau terkorban.
Video berdurasi 3 minit 43 saat dengan lakonan yang mantap dan seakan real telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat tontonan 1 juta serta 97 ribu tanda suka.
Menerusi komen di tiktik berkenaan, difahamkan pelajar cilik berkenaan adalah daripada SK Putra, Kangar Perlis.
Dalam pada itu, video berkenaan adalah antara video yang terlibat dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sempena sambutan Hari Kebangsaan Baru-baru ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.