“Anak Perempuan Tunggalnya Bakal Melahirkan Anak Pertama.” Fazura Luah Rasa Sayu Teringat Arwah Ayah!

Share

Semalam merupakan hari lahir arwah ayah pelakon cantik manis , Nur Fazura. Dia yang mesra disapa Fazura kini sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dalam perkongsiannya meenrusi instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam.
Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.

“Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun.
“Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.

“Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulis Fazura di Instagram.Malah, isteri kesayangan Fattah Amin ini turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Arwah ayahnya.

“Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.

sumber: missfazura

IKLAN