Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.
Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.
Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.
Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.
Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.
“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.
“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.
“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.
Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.
“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.
“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.
Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.
Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.
Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.
Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.
Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.
Biasanya kalau buat biskut atau kek, mesti orang cadangkan gunakan tepung ros tapi bila ada yang mencari tepung ros di pasaran menyebabkan ada pula yang terkeliru. Ini memandangkan rupanya ada dua jenis tepung yang menggunakan ros sebagai logo. Jadi mana satu sebenarnya ye yang dimaksudkan dengan tepung ros untuk membuat biskut atau kek yang sering disarankan oleh otai dalam bidang pastri dan bakeri.
Menjawab persoalan itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Zuraini Alias II yang juga dikenali dikalangan peminat pastri dan bakeri di media sosial. Ini perkongsiannya.
Tepung Gandum Cap Ros vs Tepung Red Rose
Hai gaisss
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros
Satu lagi tepung red rose.
Tepung Red Rose
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar RM3 ke RM3.20 sekilo
Tepung Cap Ros
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain
Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice untuk kek dan biskut
Tepung cap kunci untuk karipap
Tepung cap rose ramai juga yang guna untuk biskut
Tepung cap cempaka untuk apam senyum merekah
Tepung high protein untuk donut
Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye gaisss
Semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi. Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Aiskirim Kacang Merah Lemak-lemak Manis, Sambil Makan Boleh Kunyah-kunyah Kacang
Aiskrim kacang merah yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Cuaca panas-panas sekarang ini memang best kalau dapat makan aiskrim kacang merah. Terasa sejuk ditekak. Asyik mengunyah kacang dalam aiskrim yang sengaja tidak dikisar halus.
Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.
Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.
Bahan-bahan:
350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
2. Didihkan air, masukkan gula.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.