Semua wanita pastinya telah sedia maklum dengan masalah senggugut yang kerap menyerang mereka setiap bulan.
Bagi wanita dan ibu mungkin sudah terbiasa dengan keadaan ini namun jika anak remaja yang mula mengalaminya pasti mereka tidak dapat menahan diri daripada rasa kasihan.
Sebagai ibu pastinya kita turut rasa runsing memikirkan kesakitan yang ditanggung anak remaja kita. Sebenarnya herba merupakan antara rawatan mujarab yang ibu boleh usahakan untuk merawat anak gadis yang senggugut.
Pilih Herba
Senggugut berlaku disebabkan terjadinya pengecutan di dinding rahim. Selain ubat penahan sakit khusus untuknya, herba juga dikatakan mujarab mengubati senggugut. Tumbuh-tumbuhan dan herba sememangnya baik untuk kesihatan dalaman kita. Bagi wanita, herba punya banyak kelebihan dalam kesihatan dan penjagaan diri.
Ads
Teh Pahit
Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
Ads
Petola
Buah petola yang biasanya ditanam dikampung-kampung juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu makan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.
Kunyit
Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Memasuki hari ke 10 jumlah kutipan telah mencapai RM39.2 juta!
Namun keterujaan menonton filem ini, ada yang tidak sedap didengar apabila ada segelintir penonton filem ini tidak menjaga tertib semasa di dalam pawagam.
Menerusi perkongsian Syukrie Sufian meluahkan rasa kekesalannya terhadap sikap penonton berkenaan menerusi grup Movie Addict MY .
Namun tidak mahu mengeruhkan keadaan bimbang akan menganggu orang lain, dia mengambil keputusan untuk mengalah.
Dia berharap para penonton menjaga adab ketika menonton filem. Moga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua.
Selesai menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia).
Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2022 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah.
Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula).
Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu ditemb*k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan “satu keluarga”.
Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, “dah penuh la, pergi duduk kat atas”. Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas (yang bukan seat kami).
Agak tak selesa, sebab kami risau ambil hak orang lain, disebabkan ada penonton yang masuk selepas kami. Kami memang dah nekad, kalau ada orang claim tempat duduk dia, memang kami decide nak keluar je.
Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti menggangu penonton lain pulak.
Cumanya nak pesan kepada kawan² dalam group, sekiranya kalian membeli tiket wayang TOLONGLAH DUDUK DITEMPAT YANG KALIAN PILIH. Ya, mungkin silap kami sebab masuk lewat tetapi saya rasa untuk 10-15 minit lewat tu perkara biasa sebab tak semua masuk panggung on time, ada yang skip iklan.
Jadi kami pun menonton dengan pengalaman yang tak seronok dan gelisah sebab takut ada penonton yang datang lebih lewat. Maaf posting agak panjang, sebab saya nak mengingatkan kalian supaya tidak mengambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.
Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak duduk je seat yang kosong atau marah je la keluarga tersebut. Macam saya cakap, saya cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab ceritanya tayangan sudah bermula.
Edit: Bukan taknak panggil staff atau halau keluarga tersebut. Saya kena rational, sebab kalau panggil staff, satu row kena bangun. Dah mengganggu pandangan penonton lain. Atau lebih teruk, mungkin akan buat mereka tak puas hati. Dah jadi isu bergaduh pulak kat situ. Dan pandangan penonton lain pulak, “laa isu seat je kot, duduk je la mana²”. Sumber : FB Syukrie Sufian
“Anak tingkatan pun tak secantik tulisan macam ni,”
“Jelas dan kemas.”
“Darjah tiga, tulisan cantik sangat!,” antara komen warganet setelah melihat hasil perkongsian puan Noor Shahidah Zainuddin , ibu kepada adik Muhammad Hadif Hakim Bin Mohd Jukhairi yang tular dengan tulisan cantiknya.
Tidak sampai 6 jam perkongsian ini telah mendapat lebih 11K like dan 1.6K komen daripada warganet menerusi group TcherCollection – TC.
“Assalamualaikum..Anak sulung saya ni darjah 3 siap kan pdpr subjek BM , dan terus hantar tugasan kat cikgu . Cikgu pun terperanjat tengok tulisan anak Dia saya.hehe Dari dia tadika , sampai skrg darjah 3 tulisan dia memang selalu dapat pujian dari cikgu2 yg mengajar dia.Syukur alhamdulillah.”
Siapa sangka murid darjah 3 ni mampu menulis dengan kemas dan tersusun dengan cantik. Hasil penulisan yang membuatkan ramai yang teruja. Malah ada yang mengakui mengalahkan penulisan pelajar sekolah menengah!
TAK SANGKA TULAR
Menurut puan Noor Shahidah yang dihubungi KELUARGA hari ini menjelaskan, bahawa dia tidak menyangka tulisan anaknya menjadi tular sehingga mendapat pujian ramai. Malah ada yang DM nya di facebook untuk bertanyakan petua dan tips menulis dengan kemas.
Jauh disudut hati Noor Shahidah, melahirkan rasa syukur anaknya mempunyai keistimewan begitu, namun beliau mengakui hanya memberi kata-kata nasihat dan teguran supaya anaknya membaiki tulisan.
“Sejak dahulu lagi sebelum PKP, saya akan sentiasa menyemak homework anak saya. Ketika menyemak latihan anak, ketika itulah saya akan menegur tulisan anak. Saya akan tanya kenapa huruf ‘a’ tak macam ni.
“Saya suruh anak saya Hadif, baiki tulisan. Jika tak cantik saya akan padamkan. Suruh dia tulis semula, Jadi dengan cara ini, untuk mengelak kerjanya dipadam, Hadif akan memastikan tulisan kemas dan cantik. Ok ummi, saya buat cantikkan.’, jelasnya.
Katanya lagi, tidak memegang tangan anaknya untuk betulkan tulisannya tetapi hanya memberitahu tulis dengan kemas dan cantik serta betulkan huruf.
Dalam pada itu, beliau juga sering memberi dorongan dan nasihat kepda anak sulungnya, agar menjadi contoh kepada adiknya, Muhammad Muqri Umar Bin Mohd Jukhairi yang kini darjah 1.
“Saya bagi nasihat kepadanya jadi teladan kepada adik. Juga saya bersyukur Hadif dengar cakap dan tak memberontak seperti baling pencil atau merajuk jika ditegur. Dia akan buat apa yang saya suruh.”
Bukan sahaja memiliki tulisan rumi yang cantik, tulisan jawi dan arab tetap mendapat pujian guru-guru di sekolahnya. Menariknya Hadif merupakan pelajar yang mendapat Anugerah Cemerlang ketika darjah satu dan darjah dua sebagai ikon pelajar di kelasnya.
Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Demang Hussin ,Bukit Katil Melaka ini bercita-cita ingin menjadi guru seperti ayahnya, Mohd Jukhairi Bin Md.Said nyata ini mempunyai jati diri yang tinggi.
PENCIL YANG DIGUNAKAN
Ramai warganet bertanya mengenai pencil yang digunakan oleh Hadif. Inilah pencil yang digunakan oleh adik ini.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa untuk mendidik anak. Mana tahu kan bermula tulisan cantik, anak-anak akan lebih berdisplin untuk cemerlang dalam pelajaran.
Usahawan mudah bernama Hafiz Mahamad ini sering mencuri tumpuan kerana sikap prihatinnya selain tidak lokek bersedekah.
Bukan itu sahaja, beliau juga suami yang terkenal dengan sikap penyayang kepada anak dan isteri. Tidak hairanlah rezekinya senitiasa murah.
Terbaru, Hafiz berkongsi rezeki bersama keluarga yang kurang berkemampuan. Menurutnya, ramai yang mengadu dan meminta bantuan makanan dan keperluan dapur dek kerana bahana PKP yang sudah berlarutan.
“PKP lepas, walaupun terjejas tapi masih ada lagi duit pocket sikit untuk beli susu anak. Harini, untuk beli bawang dkt dapur pun mesti kena berkira kira”. Hari hari sahabat social media saya, ramai yg mengadu nasib Saya ke Flat Taman Mulia tadi, cuba kongsi sikit rezeki kepada hampir 200 keluarga.
Dalam pada itu, hatinya turut tersentuh dengan kebaikan sesetengah keluarga yang menolak tatkala diberikan bantuan. Sebaliknya meminta agar bahagian tersebut diberikan kepada keluarga yang lebih memerlukan.
“Ada 3 blok dkt situ kita usaha untuk berkongsi. Seronok sangat tengok muka mereka bahagia Ada nenek, atuk & anak anak kecik, saya beri duit raya walaupun raya lama dh lepas hehe. Penduduk dkt sini semuanya baik baik, walaupun ada yg susah tp bila kita sampai depan pintu, mereka cakap “takpa bang, saya tak jadi amik bantuan ni. Saya masih boleh makan & minum. Abang kongsi dkt keluarga yg ada anak kecik & warga emas di kawasan ni.
Selain menghulurkan bantuan makanan, Hafiz juga berkeinginan untuk membantu anak-anak dengan memberikan tab bagi memudahkan mereka belajar.
“Setiap rumah ucapkan terima kasih & doakan kami. Doa mereka yg saya dahagakan untuk kehidupan & perniagaan saya InsyaAllah saya tengah fikir untuk usaha lagi, supaya setiap minggu kita dpt kongsi dgn ramai keluarga yg memerlukan. Ada niat dihati untuk belikan tab untuk anak anak kecik yg nak belajar online.
InsyaAllah Allah izinkan nanti Terima kasih pengerusi & semua team yg terlibat tadi. Mereka banyak membantu beri senarai & ceritakan keadaan setiap rumah penduduk disini Saya hanya orang biasa yg ada keinginan sama dengan kamu untuk berkongsi.
Jujur mengakui, perkongsian tersebut bukanlah bertujuan untuk riak sebaliknya untuk berkongsi rezeki bersama yang lain.
Tiada niat lain dihati selain melihat sahabat sahabat senyum. “Ini sahaja cara, untuk jernihkan lagi rezeki saya, keluarga, perniagaan & team” Doakan kami, kami nak sahabat semua sentiasa tersenyum “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.