Sekiranya anak perempuan kita yang sedang meningkat remaja sering mengadu setiap kali datang haid terpaksa menanggung sakitnya senggugut, apa yang perlu kita buat? Adakah senggugut itu perkara normal dan tidak perlu diambil serius untuk merawatnya?
Mengetahui lanjut hal senggugut ini ikuti perkongsian daripada Dr. Hamid Arshat.
Perlukah kita berbuat sesuatu bila anak remaja mengalami senggugut diperingkat umur remaja. Senggugut dikalangan remaja boleh disebabkan oleh 2 perkara.
Penyakit Endometriosis
Senggugut disebabkan kuncupan yang amat sangat pada rahim ketika berlakunya haid. (jenis ini akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa tahun, selepas mendirikan rumah tangga atau selepas hamil.
Jenis penyakit yang sering didapati dikalangan wanita di mana tanda utamanya adalah senggugut, adalah penyakit Endometriosis. Dan sering juga dikaitkan dengan kedudukan rahim yang tidak normal. Biasa yang normal mengadap ke depan perut tapi ini ke belakang.
Langkah terbaik ibu lakukan
Jumpa doktor pakar wanita untuk scan perutnya.
Makan makanan yang sihat.
Tenangkan fikiran.
Rahim ke belakang perlukan dibetulkan?
Boleh dirawat masalah ini dengan cara membuat pembedahan untuk betulkan rahim. Dan selepas itu tiada lagi masalah senggugut, tiada lagi masalah-masalah kesuburan atau sebagainya.
Ads
Perlukah dirawat senggugut dikalangan anak2 remaja? Sila ikuti perbincangan saya tentang hal ini.
Penyakit senggugut ini kadang kala ada kaitan dengan penyakit iaitu Endometriosis. Dan sering kali senggugut ini bermula ketika wanita itu masih berumur muda lagi iaitu ketika bermulanya haid.
Bila haid bermula, biasanya rahim akan menguncup dan mengeluarkan campuran darah dan tisu pada dinding rahim yang dipanggil entdrometrio serta juga kuman-kuman dan juga toksin yang bercampur menjadikan ia darah kotor atau darah haid.
Biasanya senggugut dikalangan remaja ini tidak menimbulkan masalah. Oleh sebab, punca kesakitan adalah punca pada rahim tadi. Tetapi ada di kalangan mereka ini yang akan ditimpa penyakit khususnya kalau rahim terbelakang, ada kemungkinan besar darah kotor tidak keluar semua dan tertumpah ke belakang. Tidak semua pula orang rahim kebelakang bermasalah malah 70% daripada mereka tidak mengalami masalah segi kehamilan dan kesuburan, cuma sebilangan kecil sahaja.
Bila pintu rahim terlalu sempit sangat. Pintu rahim tidak megembang ketika haid, biasanya pintu rahim akan membuka laluan untuk darah haid keluar jadi tidak akan berlaku tumpahan darah haid ke belakang. Ada setengah wanita ketika kelahiran, pintu rahimnya sempit maka boleh jadi juga tumpah darah haid ke belakang rahim tidak menimbulkan masalah kepada semua wanita namun ada sebilangan kecil sahaja dan jika dilihat puncanya adalah kerana imuniti menurut.
Ads
Biasanya dalam keadaan biasa darah akan dibersihkan oleh sistem imuniti dalam badan kita atau sistem kekebalan yang mana ada sel-sel ‘penyapu’ yang akan membersihkan darah kotor daripada persekitaran belakang rahim dan persekitaran overi.
Bila imuniti menurun jadi fungsi untuk pembersihan ini tidak dapat dilakukan. Jadi akhirnya tisu-tisu endometrium yang terkandung dalam darah haid tadi akan tumbuh di kawasan belakang rahim, iaitu ruang antara rahim dengan usus dan persekitaran overi dan menimbulkan radangan dan kesan radangan ini merosotkan saluran, pembengkakkannya dan akhirnya tumbuh pula cycs di dalamnya kerana bila tisu endometrium ini masuk ke dalam ovari, setiap bulan berdarah-berdarah dan berkumpul akan menjadi endometriosis.
KENALI PUNCA IMUNITI MENURUN
Stress yang boleh menyebabkan ketumbuhan tisu kotor di belakang rahim. Stress memang semua alami stress, sama ada boleh tangani atau mengadakan cara mengurangkan stress tersebut.
2. Pemakanan yang tidak seimbang. Malah makanan tersebut ada yang toksid.
Ads
3. Tidak mengawal berat badan, kegemukkan itu sendiri melemahkan imuniti. Timbunan lemak dan timbunan gula menurunkan imuniti seseorang.
4. Kekurangan tidur, tak cukup rehat juga menurunkan imuniti.
5. Ada tumpahan darah kotor yang berkumpul dibelakang rahim.
EKSTRA TIP
Kalau nak jauhkan daripada penyakit jadi perlu tekadkan untuk meningkatkan imuniti. Oleh itu juga perlu amal makanan dengan ambil supliment yang multivitamin seperti B complek, Vitaman C, Vitamin E, Vitamin D dan seterusnya. Vitamin-vitamin ini selalu terkandung banyak terkandung makan buah-buahan dan sayuran. Sangat penting bagi remaja dan kanak-kanak untuk memakan cukup buah-buahn dan sayur-sayuran untuk meningkatkan imuniti mereka.
DARI SENGGUGUT AKHIRNYA JADI PENYAKIT ENDOMETRIOSIS YANG BANYAK MENIMBULKAN KEROSAKKAN DALAM ORGAN PERANAKKAN
Mencari ilham untuk membawa anak-anak bercuti, lazimnya lokasi yang mempunyai kolam renang atau tempat mandi manda menjadi kesukaan anak-anak. Jadi tidak hairanlah, penginapan yang menyediakan khidmat kolam renang turut menjadi pilihan utama ibu ayah membuat tempahan penginapan setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan sering juga berlaku keriangan keluarga bercuti akhirnya bertukar menjadi insiden yang menyedihkan seperti anak lemas dan sebagainya.
Ini seperti mana apa yang terjadi baru-baru ini yang berlaku di depan mata seorang lelaki ini dan seterusnya dia berkongsi kisah tersebut di facebook untuk dijadikan iktibar kepada semua.
Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.
“Alhamdullilah 20 min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul-betul depan mata tadi, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Balang dan botol berkaca ada banyak kegunaannya pada kita di masa akan datang. Jika tidak digunakan menyimpan barangan lain, ada manfaatnya untuk kegunaan harian. Jadi janganlah terus dibuang, sebaliknya simpan.
Pun begitu, balang dan botol kaca seperti balang kuih muih serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan. Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang
berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan bergoreng memang mudah dan boleh dikatakan hari-hari ada sahaja menu yang dimasak. Umumnya, bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah hidangan yang sihat, kita akan pastikan hanya menggunakan minyak yang baharu sahaja setiap kali ingin menggoreng.
Namun bagaimana pula caranya untuk kita menguruskan setiap kali ada lebihan minyak setiap kali memasak? Pastinya tidak mungkin dibuang ke dalam singki, sebab kita tahu akan menjadi penyebab utama sinki tersumbat.
Jadi di sini dikongsikan tip yang boleh dipraktikkan untuk urus lebihan minyak masak. Jom semak.
Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana ?
Kami berikan beberapa cadangan cara yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai:
1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak
– Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.
Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.
2. Kitar semula sendiri
– Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.
Percaya tidak?
3. Kumpul dalam botol
– Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut.
Senang kan kerja?
Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita. Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?
Sumber : BKKM,JKN Kedah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.