Setiap rezeki, setiap anugerah dalam hidup adalah atas ehsan Allah SWT. Itulah yang penyanyi popular, Datin Alyah pegang dalam setiap langkahnya. Tanpa perancangan, tanpa jangkaan, tetapi penuh dengan doa agar Allah berikan yang terbaik untuknya.
Dalam perkongsian ini, Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, menjelaskan bagaimana Zara hadir dalam hidupnya bukan dari rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi darah daging sendiri, anak saudara yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Namun, membesarkan anak angkat bukan sekadar memenuhi kehendak hati. Ia adalah amanah besar, tanggungjawab yang perlu disertai dengan restu dan petunjuk daripada Allah.
Baca perkongsian penuh Datin Alyah tentang perjalanan indahnya bersama Zara, termasuk soal ibu susuan dan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga dapat memberi manfaat buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menerima amanah seumpama ini.
“ZARA, ANAK SAUDARA SAYA”
Apa yg ada pada saya semuanya atas ehsan Allah swt Alhamdulillah.Tak Terfikir pon,Merancang jauh skali.Apa yg saya selalu pinta dlm doa yg terbaik dari Allah swt buat saya.sbb saya adalah hamba yg lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri
Ads
Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.Jadi minta Maaf banyak mana yang Dm atau txt saya tanya kat mana saya dapat Zara dan mcm mana nak ambik anak angkat yang comel-comel
Nasihat saya tentang yg nak ambik anak angkat ni.klu bole Jgn ikut apa orang kata atau apa rasa hati yg kita nak.Sbb yg kita nak jaga ni ialah jiwa Dan nyawa,Besar tanggungjwb ni dan tak mudah.
Jadi sebelum apa apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yg maha kuasa juga pengendali sekelian Alam ini.Dan dgn sesungguhnya dia maha mengetahui dan perancang terhebat
Ads
Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri.
Sepekara lagi kami dah susukan zara.Jadi antara zara dan tokram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Ads
Harap sgt lepas apa yg saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak2 yang sering Dm atau txt saya berkenaan hal ibu susu juga ya.
Terima kasih atas keperihatinan(betui kan ayat ni?)semua. Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian.
Sesungguh kreatif apabila seseorang itu dapat menjadikan perabot lama diberi sentuhan baru melalui DIY. Lebih menarik lagi, apabila ia melibatkan kos yang murah.
Begitu juga yang dihasilkan oleh Puan Ainul Zehraa ini melalui Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY. Kerusi pallet di beri sentuhan DIY ‘berwajah baru’ menjadi side table di ruang tamu.
Lebih cantik dipadankan dengan hiasan pasu pokok bunga orkid penyeri ruang.
Apa yang pasti, make over kerusi pallet ini menjadi memang superb setelah tranformasi dengan bajet yang rendah.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Diy kerusi pallet jadi side table mewah!
Nak tengok hasilnya. Kena tengok sampai habis gambar na.. Kami nak share yer.. kot ada yang nak try.
Okey takda keje cari keje kan. Dah barang pun ada semua. Kul 12 malam start buat habis jam 1.30 pagi kot.
Untuk bahan-bahan dan langkah demi langkah rujuk gambar yang diberikan. Bahan-bahan boleh dibeli merujuk kepada gambar di bawah. Selamat mencuba!
Ini bahan-bahanya- rujuk gambar.
Mulanya nak tauk buang ja kerusi pallet tu masa lepas renovation. Tapi asben kak ain buat lapik barang kat luar. Tak terfikir pun lagi nak buat benda ni. Mujur xbuang lagi ada sebuah lagi. Nanti kita sambung buat sebab ada barang habis kena order kat shoppe dulu.
Balut kerusi pallet dengan seat foam.
Kain baldu biru dilekatkan atas seat foam.
Paku tekan Diamond pada kerusi.
Lakukan kemasan pada kerusi.
So korang cuba tengok apa yang ada sekeliling yang boleh makeover jangan buang. Try buat mcm kakain buat. Beli je shoppe pilih warna kain hangpa suka warna apa. Atau ada kain dah yang cantik kat rumah. Boleh diy. Ikut citarasa sendiri. Satu kepuasan dan kenikmatan.
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid terharu apabila menerima kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-28 yang dilakukan oleh suaminya Raf Yaakob.
Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, hari lahir dan sambutan tersebut dijayakan pada April lalu namun baru sempat dikongsikan di laman Instagram baru-baru ini.
Mawar berkata, suaminya yang juga adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu menyewa sebuah banglo dan menampilkan seorang tukang masak daging wagyu bagi meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan mereka.
“Kali pertama menangis ketika menyambut hari jadi. Suami sewa banglo dan siap sewa tukang masak wagyu, kawan-kawan bawakkan belon,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Malah dalam perkongsian tersebut kelihatan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut memeriahkan momen istimewa berkenaan dengan penuh bahagia.
Dalam masa sama, pelakon drama TQ Captain itu mengakui jarang menyambut hari lahir secara bermewah sekali gus menghargai usaha rakan-rakannya yang memberikan hadiah bernilai ribuan ringgit.
“Semua bagi hadiah mahal-mahal kat Mawar. Kali pertama kawan-kawan habiskan beribu untuk hari jadi. Segan pula sebab tak pernah.
“Mawar ni sederhana, kalau hari lahir, potong kek kat rumah bersama keluarga pun dah gembira. Memang dah terbiasa dari kecil potong kek je kalau hari lahir.
“Sebab tu hargai sangat bila dapat hadiah masa hari lahir. Terima kasih suami dan rakan-rakan semua. Terharu yang teramat sampai tak dapat menahan air mata. Sayang korang,” katanya.
Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.
Selain itu, Mawar turut mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impian semua umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah. Namun semua maklum untuk ke sana memerlukan perruntukkan yang tinggi. Maklumlah biasanya untuk ke sana kita akan mendapatkan khidmat agensi pelancongan untuk menguruskan urusan pergi balik, penginapan dan jadual di sana.
Namun bagi mereka yang sudah pernah ke sana sudah tentunya ia tidak menjadi masalah jika pergi tanpa melibatkan agensi pelancongan.
Begitulah perkongsiannya inspirasi oleh wanita ini, Hajjah Rosma Ali yang berkongsi tip pergi umrah secara sendiri atau kata lain DIY tanpa melibatkan agensi pelancongan.
Lebih istimewa telah lebih 10 kali mengerjakan umrah ke tanah suci. Jom ikuti perkongsiannya.
Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY
“Sebelum saya bawa jemaah umrah ke Tanah suci..saya dah pergi umrah lebih 10kali. Boleh kata skali je pergi dengan travel agen, lain-lain saya umrah DIY je. Tapi masa tu saya guna visa umrah la. Minta kawan saya buatkan, kebetulan saya kenal kawan-kawan yang kerja dengan syarikat travel agent, so mudah la.”
Selepas keluar berita tentang kerajaan Arab Saudi umum kebebasan masuk ke negara dia tahun lepas. Baru saya mula start bawa jemaah ke Tanah suci. Sebab dah ada visa tourist. Alhamdulillah sangat.
“Sekarang anda boleh di mana mana sahaja. Anda boleh datang ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah…”
Ini bukan statement saya. Ini Statement dari kementerian Haji dan Umrah dari kerajaan Arab Saudi sendiri.. Anda blh dtg ke Arab Saudi dengan mudah.
Masyallah kan. Berita baik untuk seluruh umat islam di seluruh dunia.
Allahuakbar. Bukan kah ini yang kita nanti nantikan untuk kita ke Tanah suci dengan mudah. Bila-bila masa bolh pergi dan boleh pergi sendiri-sendiri.
Bulan 10 ni pulak. Saya dengar-dengar penerbangan Air Asia pun dah nk mulakan operasi mereka..
So tuan puan blh beli tiket penerbangan Murah Air Asia dan blh pergi umrah dgn harga bajed.
Best kan. Boleh duduk di Mekkah tanpa batas. Kalau tuan puan nak pergi Mekkah untuk tempoh 22 hari kan iaitu 10 malam di Mekkah dan 10mlm di Madinah.
7 Tip Ke Tanah Suci Secara DIY
Ni saya nak kongsi tip.
1) Untuk Tiket flight, tuan puan blh letak bajed RM3150. Insyallah blh dpt murah lg klu naik Air Asia. Beli dkt website je..mudah
2) Visa pulak, tuan puan buat sendiri..buat visa tourist je, harga RM650 lebih kurang.
3) Hotel ni sangat-sangat flexible. Biasa saya kongsi hotel yang jarak 100M kan. Sekarang saya nk kongsi hotel yang jarak 1.5KM pulak.
Jika tuan puan pilih hotel yg jarak 1.5KM, harga satu mlm, kita blh dpt hanya la SR80 je satu mlm, hotel besar, bilik luas, dan blh dpt hotel 3 start. Tuan puan dtg 4 org, kongsi2 bilik..jadi kos seorg SR20.
Jika tuan puan duduk 10mlm di Mekkah, maka kos hotel di Mekkah SR200 atau RM240. Tuan puan tak perlu risau, biasa hotel yg jarak 1.5km ke Masjid Al haram ni, mereka ada sediakan bas shuttle. Setiap 30 minit, ada bas. So blh rancang perjalan kita nk ke Masjid dgn mudah..InsyaAllah.
Hotel di Madinah plk..tuan puan cari yg ekonomi sikit, yg jarak dlm 300M ke masjid Nabawi. Kos dlm SR 120 semalam. Kongsi2 4 org, so satu mlm kos dia SR30.
Kita duduk di Madinah 10mlm, kos dia SR300 atau RM360.
Tuan puan bayangkan, kos penginapan 22 hari 20 mlm dgn hotel bajed ni hanya la RM600. Masyallah kan..tersangat2 murah.
4) Bimbingan Mutawif plk, kita dtg 4 org kan..kita share2 Mutawif RM200 seorg, so Mutawif akan bimbing kita di sana untuk buat umrah dan bw kita ziarah2.
5) Bahagian transport plk..memandangkan kita pergi ber4 je, tuan puan blh guna speed train untuk bergerak dari Mekkah ke Madinah harga lebih kurang RM180.
Untuk tambang teksi bg ziarah2 lain..tuan puan letak bajed seorg RM200, dan guna teksi untuk pergi ziarah. Sgt2 mudah.
So kos transport untuk speed train dan tambang teksi untuk ziarah2 ialah RM380.
6) Makan minum, tuan puan blh jimat..dtg ber4 kan..kongsi2 bw beras, bw rice cooker, bw makan2 yg mudah di masak, dan sebagainya. Letak la bajed untuk makan minum selama 22 hari 10 mlm ni, RM30 sehari × 22hari = RM660.
7) Beli travel insurance under etika tripcare360 harga RM59.90 blh cover RM100k. Dan satel bab insurance.
Ready untuk beli simkad SR100, atau RM120, untuk mudah kita nk berhubung dgn kwn2 kita..so kena ada internet. So total kan la semua skali bajed tu…
Nk pergi umrah yg 22hari 20 mlm tu. Ok..jika saya tambah semua skali..kos dia RM5819.90
Kos RM5819.90 ni tuan puan…dah termasuk semua skali, termasuk makan, termasuk simkad, termasuk insurance, termasuk ziarah,termasuk tiket train, termasuk tiket flight pergi blk, termasuk hotel 22hari 20mlm, termasuk bimbingan Mutawif dan visa.
Boleh pergi Mekkah 22hari 20mlm tuan puan Blh solat 40 waktu di Masjid Nabawi
Boleh solat 40 waktu di Masjid Al haram MasyaAllah…sini yang kita nk kejar…pahala solat Street 40 waktu di Masjid Al haram dan 40 waktu Street solat fardu di Masjid Nabawi…pahala sgt2 besar …
Ada yang tak pandai. Ada yang takut…
Don’t worry tuan puan…skrg ramai dan sgt2 ramai org pergi umrah sendiri2…
InsyaAllah… Try pergi skali..pasti tuan puan akan jatuh cinta untuk pergi dan pergi dan pergi lagi ke Tanah Suci…
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...