Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Ads
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Ads
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah Zat besi: Menghantar oksigen pada sel Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya. Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga. Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah Protein: Menguatkan badan Vitamin A: Melindungi dari kanser Vitamin B12: Melindungi jantung Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan Zink: Menguatkan system imunasi.
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terlihat bahan masakan seperti halia atau kentang yang rosak sedikit, biasanya kita merasakan kalau hendak dibuang terasa sayang. Lalu kita tetap gunakan untuk penyediaan makanan dengan harapan tidak mahu membazir.
Namun sedar atau tidak, tindakan itu sebenarnya mengundang padah pada tahap kesihatan kita sekeluarga.
Nak tahu kenapa? Ini faktanya ingin dikongsikan oleh Dr Suri Roowi untuk kebaikan bersama. Jom semak.
SUMBER-SUMBER YANG SEBABKAN TOKSIK KEPADA HATI
1. Halia Busuk
Halia yang sudah busuk ada bahan safrole yang boleh rosakkan hati, seterusnya mungkin boleh sebabkan kanser hati jika diambil berterusan.
2. Kentang Busuk
Kentang busuk ada bahan mycotoksin yang boleh sebabkan toksik kepada hati.
3. Ubi dan Pucuk Ubi
Ubi dan pucuk ubi yang tidak diperoses dengan betul juga boleh sebabkan kerosakan hati disebabkan bahan cyanogenic glucoside. Sila rujuk buku ‘Ubat’ dari Dapur (UDD) untuk dapatkan teknik kurangkan bahan cyanide
4. Pesticide
Juga boleh sebabkan kerosakkan hati. Sila rujuk buku UDD untuk kurangkan toksik dalam sayur-sayuran.
5. Kacang Tanah, Beras dan Jagung Berkulat
Kacang tanah berkulat juga ada aflatoksin yang boleh sebabkan kerosakkan pada hati.
Ambil sumber pemakanan yang baik dan segar untuk kesihatan yang berterusan.
Rujukan:
1. Critical Rev. in Food Sc and Nutrition 2012, 52(10) 876-898
2. Toxicology Pathology 2013, 42: 374-386
2. ‘Ubat’ Dari Dapur
Sebut sahaja cyst, ramai wanita yang mula gerun. Terutama sekali bagi mereka yang sudah berkahwin dan ingin memiliki cahaya mata.
Cyst ialah ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.Terdapat beberapa jenis cyst iaitu functional cyst, endometriosis, corpus luteal dan dermoid.
Siapa sangka, perut yang selama ini nampak buncit, rupa-rupanya tersimpan penyakit yang menjadi igauan ngeri kaum wanita.
Wanita ini berkongsi pengalaman menjalani pembedahan cyst sebesar 9.7 cm dan 5.7 cm. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat buat kaum wanita. Ikuti perkongsian oleh Eyza Zakiey menerusi laman facebooknya.
Sakit badan sampai nak pitam
Ramai sangat wasap masuk, pm masuk tanya kenapa Kak Eyza admit?? Kenapa Kak Eyza operate?? Sampai tak terbalas wasap.
Ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan?? Kak Eyza tak penah rasa sakit pun sebelum ni. Period mai macam biasa tak penah senggugut pernah scan bulan 12..2018 tapi tak ada lagi benda alah ni. Tak tau kot tak nampk lagi ka macam mana kan.
Tapi minggu lepas Kak Eyza rasa macam sakit badan ingat angin, sampai nak pitam. Amik tukang urut. Akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh Kak Eyza scan. Dia tak berani nak tungku.
Malam tu jugak Kak Eyza scan. Betui ada ketui (dua pulak tu) minggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm. Minggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm. Akhirnya jumpa pakar kmc. Teruih kena operate secepat mungkin sebab cyst yang besaq tu macam ada sesuatu siap ada rambut.
Doktor bagitau benda ni ada dekat semua perempuan cuma active dengan dak ja. Salah satu punca sebab Kak Eyza suka sangat makan fast food, seafood, soya, makan dalam tin. Besaq tau operate macam beranak malah kali ni lagi teruk dari beranak sakit Tuhan ja yang tau. Harini pun Kak Eyza dok sakit sakit bangun ja nak pitam. Dengan angin serang dalam perut. Sakit…
Dan sekarang Kak Eyza tengah berpantang macam orang beranak. Doakan Kak Eyza mana tau lepas buang ni boleh pregnant lagi. Allah sebaik-baik perancang. Doakan Kak Eyza cepat sembuh. Ingat jangan makan ayam banyak sangat sebab ayam cucuk, jangan makan fastfood sangat. Tauhu pun cepat activekan dia. Soya pun jangan.
Boleh share dengan Kak Eyza tak apa lagi kena pantang??
Ari-ari selalu rasa tegang keras.
Dalam banyak-banyak pic. Pic ni paling nampak perut Kak Eyza timbui tu tapi dia tak timbui selalu tau. Ingatkan sebab period yang nampak buncit sikit rupanya ada benda lain. Patutlah dekat ari-ari Kak Eyza selalu rasa tegang keras.
Ovarian cyst bukanlah bersifat penyakit. Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum.
Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst. Kak Eyza rasa cyst Kak Eyza no 4. Info dekat pic. Share lah sama-sama kita belajaq pasai cyst.
1. FUNCTIONAL
a. Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.
b. Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar. Namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan. Kedua-dua jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.
2.ENDOMETRIOSIS (chocolate CYST)
Biasanya terjadi ke atas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.
3.CYSTADENOMA
Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.
4.DERMOID
Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.
5. POLYCYSTIC OVARI
Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.
Trending sekarang mengenai isu yang dikatakan makan biskut boleh menjadi penyebab kepada penyakit kanser.
Tular di media sosial mengenai makanan berkenaan akan menyebabkan berlaku masalah kesihatan. Situasi itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi dikalangan netizen yang melahirkan rasa kebimbangan.
Dalam pada itu, turut memberi padangang mengenai hal ini adalah pakar pemakanan menerusi facebook milknya, Syaza Nutritionist.
Dengan huraian ini dapat memberikan gambaran mengenai isu berkenaan.
Makan biskut jadi kanser!
Baru baru ni tular tentang isu biskut menyebabkan kanser. Betul ke boleh jadi kanser ni? Sebenarnya banyak makanan yang boleh meningkatkan risiko masalah kanser bukan terhad kepada biskut sahaja ia lebih dikenali sebagai karsinogen atau penyebab kanser. Apa antara makanan yang boleh menjadi penyebab kanser:
1. Daging yang berproses – kaedah daging yang berproses akan menghasilkan penyebab kanser iaitu polisiklik aromatik hirokarbon (PAH). Kaedah masakan seperti pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, dan pengambilan yang kerap akan mempengaruhi risiko kesihatan kepada pengamalnya. Antara contoh makanan seperti sate, hot dog, salami, sosej dan sebagainya.
2. Makanan yang bergoreng – apabila makanan yang mengandungi kanji yang didedahkan dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide. Acrylamide akan terbentuk ketika proses memasak dengan jangka masa yang lama atau suhu yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser. Antara contoh makanan seperti kentang, produk bijirin, roti bakar, kopi dan sebagainya.
3. Makanan yang terlebih masak – ni selalunya terdapat kepada kaedah masakan seperti barbeque, deep frying, bakar dan lain-lain. So, untuk kurangkan risiko kanser anda boleh cuba gunakan kaedah yang lain seperti rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro atau air fryer, baking atau bakar dalam suhu yang lebih rendah, atau balutkan makanan dengan daun pisang, aluminium foil atau lain-lain.
4. Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas – makanan ini bukan hanya boleh meningkatkan risiko diabetik atau kencing manis tetapi ia juga akan meningkatkan kesan keradangan dan oksidative stress. Nak lebih baik terhadkan pengambilan ini dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks.
5. Alkohol – minuman alkohol akan dicerna oleh hati kita dan bertukar menjadi acetaldehyde. Acetaldehyde ini jika diambil secara banyak dan berterusan boleh merosakkan DNA dan oksidatif stress. Ini akan meningkatkan risiko masalah kanser.
Jadi secara kesimpulannya, untuk mengawalkan risiko ini, kita perlu ambil inisiatif untuk menghadkan pengambilan makanan atau cuba gunakan kaedah yang lebih sihat. Cuma perlu diingatkan, sebaik mana pon makanan tersebut perlu diambil secara bersederhana. Semoga bermanfaat!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.