Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.
Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
Ads
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
Ads
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
Ads
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Terpaksa buka kasut dikhalayak ramai? Argh sudah…ini memang masalah besar. Mana taknya, bau kasut yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini buat kita rasa rendah diri.
Rasa susah hati bila alami perkara sebegini. Takut mengganggu dan rasa kurang selesa orang lain. Kaki berpeluh antara punca masalah kaki berbau. Namun ada juga sesetengah jenis kasut yang kurang sesuai dengan kulit kaki dan bertindak balas dengan kaki kita. Bakteria yang hidup akan mengeluarkan asid dan menjadi punca bau busuk pada kasut.
Khas buat yang suka shopping kasut jangan lupa guna kod promo ini untuk dapat diskaun terhebat.
Bila kasut dan kaki dah berbau, apa yang harus kita buat? Petua-petua merawat kaki secara semulajadi ini pasti boleh membantu anda.
1. Rendam dalam air garam
Isikan satu baldi besar dengan air suam kemudian masukkan 2 sudu makan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan
bakteria pada lapisan kulit.
2. Rendam Cuka
Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.
3. Air rebusan teh
Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air ke dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu.
Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap
semua bauan yang tidak menyenangkan!
4. Sembur bahagian dalam kasut
Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.
5. Tabur tepung jagung
Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.
Selamat mencuba.
Anda sudah tahu petuanya. Jangan lupa guna promo kod ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Merai Syawal bagi kita umumnya akan disambut sebulan lamanya, dan tidak hairanlah sehingga hari ini kita masih lagi dalam mood berhari raya dan boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada undangan open house di sana sini.
Sebut saja rumah terbuka semua orang tahu, hatta kanak-kanak pun mudah memahaminya dan suka melakukan aktiviti ziarah tersebut. Pun begitu, dalam seronok berkunjung-kunjungan jangan dilupa adab-adab yang perlu difahami oleh tetamu dan tuan rumah. Ini perlu dipelajari agar tuan rumah selesa menerima tetamu dan tetamu pula seronok diraikan oleh tuan rumah.
Jangan pula sampai terjadi sesuatu perkara yang boleh mengundang rasa tidak puas hati atau marah di kedua-dua belah pihak seperti mana berlakunya beberapa kes viral sebelum ini. Dan ini pula perkongsian Aman Mokhtar.
Lagi Kes Bila Anak-anak Beraya
Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah..dua2 pasal kes dtng beraya bawa anak2 yg hyperactive tp tak pantau. And now 1 of my friend on IG ikan2 dlm kolam dia banyak mati sbb kes yg sama, bawa anak dtng beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan x makan n effect kat air kolam….esok nya 20 ekor semua terapung mati.
Peringatan Bersama
Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi Jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.
ikan2 kolam ni bukan murah nk beli. Last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. jgn nnti menyusahkn orng lain..ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!
sumber : Aman Mokhtar
Diharapkan perkongsian ini bukan untuk menuding siapa yang salah. Cuma diharapkan sama ada tetamu mahu pun tuan rumah, kita ada adab yang perlu dipatuhi dalam amalan kunjung berkunjung ini.
Di sini dikongsikan bersama video Ustaz Azhar Idrus tentang Adab Bertandang Ke Rumah Orang, semoga memberi manfaat bersama.
Antara tip untuk tuan rumah & tetamu adalah seperti :-
Memberi salam
Bila tuan rumah menjemput masuk, barulah tetamu masuk ke rumah.
Tuan rumah perlu merai tetamu dengan menjamu sekurang-kurangnya air.
Tetamu jangan makan habis makanan yang dihidang tuan rumah.
Jangan terlalu lama berkunjung di rumah orang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di