Anak bila dah besar ni, paling mencabar bagi si ibu nak layankan selera anak-anak. Lebih-lebih lagi bagi yang dah pandai memilih makanan. Pelik juga waktu kecil bagi semua jenis makanan, dah besar dah pandai ‘demand’, itu tak nak ini tak nak yang peningnya ibu nak masak!
Itulah yang dihadapi oleh seorang ibu ini yang berkongsi di laman Tiktoknya tentang kerenah si anak yang memeningkan kepala dan memerlukannya bertindak luar kotak dan kreatif demi beri anak makan!
Video perkongsian itu berkisarkan tentang tabiat anaknya yang tidak mahu makan jika makanan tersebut tidak dibeli di kedai. Disebabkan itu, ibu tersebut bertindak di luar jangkaan dengan memasak makanan untuk anaknya dan membungkuskannya seperti yang dibeli di kedai.
“Bila anak susah makan. Nak makanan yang dibeli dekat luar je. Seronok dia bila nampak paper beg tu. Dirimu tertipu nak,!” tulisnya dalam video tersebut.
Ads
Taktiknya menjadi apabila dalam video tersebut turut merakamkan aksi si anak makan dengan berselera kononnya juadah yang dinikmati itu hasil dari ibunya beli di luar!
Memang tidak dinafikan kehidupan bergelar suami isteri ini memang perlu sentiasa disaluti dengan kebahagiaan agar rumahtangga yang dibenar menjadi istana mahligai yang indah untuk pasangan melayari kehidupan sehingga akhir hayat.
Walaupun telah dikurniakan anak-anak dan usia perkahwinan sudah lama, kemanjaan dan kehangatan malam pertama perlu dikekalkan. Begitu juga perasaan jatuh cinta kepada pasangan tetap intim bak awal perkahwinan bagaikan belangkas, ke mana jua tetap bersama dan rindu menebal jika berjauhan.
Begitulah perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew yang mencoretkan bait-bait indah buat isteri tercinta sempena meraikan sambutan hari jadi isteri tersayang. Ucapan penuh kasih sayang dari hatinya yang begitu inspirasi. Biarpun usia perkahwinan sudah sekian lama, rasa cinta tetap segar bagaikan berada masih berbulan madu. Indah dan deep coretan beliau.
Bidadariku, selamat hari lahir sayang. Terima kaseh yer sudi menemani perjalanan di dunia yang sementara ini dalam menuju kehidupan selamanya di sana nanti. Redha Allah. Bidadariku, melihatmu menyejukkan hati abang. Memegang tanganmu membuat rasa syukur. Cian sayang selalu penat dan selalu berkorban siang malam. Dari mula nikah sehingga hari ini. Subhanallah
JATUH KEPADA PASANGAN SETIAP MASA.
Setiap malam dan lepas solat Fardhu abang sentiasa sebut nama bidadari sayang dalam doa abang. Ya Allah inilah bidadariku. Betapa diriku sayang padanya. Berkali-kali jatuh cinta padanya. Sayangilah dirinya ya Allah. Tengok saat bersalin jatuh cinta. Saat menemani masak rasa jatuh cinta. Teman lipat kain jatuh cinta.
Berjalan dekat pasaraya cari sudut berdua untuk bercinta.
Dalam kereta memegang tangan rasa bercinta. Dapat buka tutup pintu kereta untuknya rasa jatuh cinta. Saat demam dan sakit saling menemani rasa jatuh cinta. Saat berdakwah dan sedih sama-sama doa menangis jatuh cinta. Jatuh cinta masa sama-sama buat Ta’lim. Jatuh cinta masa sama-sama lapar dan susah demi agama ini.
I love u sayangku bidadari. Tenkiu yer bidadariku. I love u sayang. I love u bidadariku. Selamanya. Luv u till jannah. Sebak rindu sayang padamu dunia dan akhirat. Terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh ya Allah atas anugerahmu ini-ebitlew 17/6 Birthday bidadari tercinta.
*************************
Semoga coretan ini menjadi inspirasi buat isteri dan suami untuk sentiasa rasa rindu dan cinta kepada pasangan. Sentiasa jatuh cinta kepada pasangan, biarpun perkahwinan dah lama. Tak kisah lah badan dah rupa atau anak dah ramai. Apa yang pasti, hati adalah untuk pasangan sehidup semati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memilik anak kecil memerlukan ibu ayah sentiasa bersabar menghadapi kerenah mereka walau di mana sahaja berada terutama di tempat awam.
Sepasang suami isteri yang mempunyai anak kembar berusia setahun lapan bulan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penumpang pesawat terbabit.
Ibu kepada bayi kembar itu, Nur Azyan Atan mewakili suami Mohamad Syukri Mohd Farid, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.
Ia ekoran daripada sepasang anak kembarnya Adra Syaheen dan Azra Syereen tidak henti-henti menangis, sekali gus menimbulkan suasana tidak tenang dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru.
Perjalanan kali pertama pasangan bayi kembar tersebut menaiki pesawat AirAsia pada 7 Jun lalu ternyata meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan kepada ibu bapanya.
“Tolong panjang-panjangkan video permohonan maaf kami. Ini juga adalah kali pertama kami bawa kembar naik pesawat.
“Buat penumpang pesawat AirAsia AK6423 Pulau Pinang ke Johor Bahru, saya bagi pihak keluarga #AdraAzra ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas kebisingan anak-anak saya dalam pesawat,” ujarnya.
Bercerita lanjut, ibu yang senang disapa Azyan mengakui perjalanan bermula dengan baik, namun bertukar kecoh selepas kembar terpaksa dikejutkan ketika pesawat mahu mendarat.
“Sepanjang naik flight sampai mereka tertidur semua okey. Sampailah waktu nak mendarat, flight attendant datang ke kerusi kami supaya pakaikan anak seatbelt.
“Kalau ikutkan suami, dia tak nak kejutkan Azra. Sebab mereka baru saja tidur. Adra pula dekat riba saya dan dia dah memang pakai seatbelt. Jadi tiada masalah di situ.
“Cuma Azra tidur di seat sebelah. Suami memang tak nak kacau Azra tidur. Sebab mereka kalau tak cukup tidur memang akan menangis.
“Tapi sebab keselamatan, terpaksa juga untuk angkat Azra dan pakaikan seatbelt untuk infant. Belum sempat nak pakaikan dia dah tersedar dan terus nangis,” imbasnya.
Kata Azyan, Adra yang sedang tidur turut tersedar kerana mendengar tangisan kembarnya sehingga dia dan suami tebal muka berdepan penumpang yang lain.
Jelasnya, dia turut menggunakan pelbagai cara untuk memujuk si kecil, namun usahanya sia-sia sahaja, bahkan Azra tidak berhenti menangis sehinggalah mereka keluar dari lapangan terbang.
“Adra masih tidur waktu tu. Tapi sebab Azra menangis sebelah seat saja, jadi dia pun tersedar dan ikut menangis. Mujur Adra senang dipujuk. Azra je yang susah sikit.
“Mungkin juga sebab leher dia sakit sebab tidur atas paha daddy. Tekanan udara pun ya juga. Semua benda saya bagi, Handphone, permainan, buku, puting, air, snek, semua dia tolak, dia tak nak.
“Memang tebal muka kami masa tu. Azra menangis sampai kat luar airport. Bayangkan macam mana. Saya dan suami minta maaf sangat-sangat sebab buat penumpang lain rasa tidak selesa.
“Yang mana memahami tu terima kasih banyak. Yang tak dapat terima tu kami betul-betul minta maaf. Tolong panjangkan permohonan maaf kami sampai ke penumpang AirAsia AJ6423,” ujarnya lagi.
Ada seorang penumpang yang menegur bunyi bising tangisan anaknya sehingga membuatkan dia rasa bersalah dengan semua individu yang menaiki pesawat itu.
“Ada seorang penumpang tu cakap yang telinga dia sakit, bingit. Saya minta maaf banyak kali. Tapi dia tengok phone saja. Bila seorang cakap macma tu, mesti yang dalam flight pun rasa yang sama kan.”
“Memang rasa bersalah tu tak tahu nak cakap macam mana. Masa tengah buat video permohonan maaf tu pun saya sebak sangat. Tengah cerita ni pun saya sebak bila teringat balik.
“Tapi ada yang faham. Dia cakap telinga anak mesti sakit tu, bingit. Saya memang harap video tu masuk FYP (For You Page) sebab memang nak video tu sampai ke penumpang pesawat tersebut,” ujarnya yang menetap di Kota Tinggi.
Untuk rekod, video itu sehingga kini meraih hampir 250,000 tontonan di TikTok.
Menjengah di ruangan, ramai netizen memahami situasi tersebut apatah lagi bila ibu bapa bayi yang meragam dalam pesawat telah berusaha sedaya habis untuk memujuk anak mereka supaya diam.
Ada juga netizen yang berkongsi tips untuk mengurangkan anak kecil yang naik pesawat terutama ketika sedang mendarat
Banjir yang melanda Pantai Timur nampaknya semakin memburuk dan berada di paras membimbangkan. Kemas kini dari mngsa menunjukkan banyak tempat yang telah dinaiki air hingga mngsa terpksa memanjat tempat tinggi untuk menyelamatkan diri.
Bahkan ada rumah yang sudah ditenggelami air banjir dan rata-rata penduduk keluar untuk menyelamatkan diri.
Namun, perkongsian pengguna TikTok @ise1199 ini menarik perhatian ramai apabila beberapa buah rumah dipercayai di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih tidak dimasuki air banjir walaupun air di kawasan sekeliling sudah tinggi.
Menerusi video itu, dapat dilihat penghadang atau pagar yang ditutup dengan plastik dibina di hadapan rumah itu, yang menghalang air masuk ke kawasan tersebut. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji usaha yang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah berkenaan dalam mencari inisiatif mengelakkan rumah penduduk ditenggelami air.