Bukan sahaja anak tapi kita pun dah mula rasa bosan berbuka dengan nasi. Kalau alami masalah ni, selain makan diluar, ibu-ibu boleh sediakan Potato Flitters ni buat keluarga.
Kalau tengok gambar macam cucur udang biasa je kan. Tapi serius bila dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh. Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain.
Rasa kentang yang lemak buat kita rasa sedap nak mengunyah. Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.
Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top. Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!
Sesiapa pun ketika ini, tentu ternanti-nanti pencerahan dan keputusan berkaitan pentadbiran negara semenjak berlangsungnya mesyuarat tergempar petang semalam hingga terpaksa ada yang tidur lewat malam.
Umumnya, kesan berjaga malam boleh mengganggu hormon dan sekali gus memberi kesan wajah terlihat kusam. Jadi apa kata lakukan petua mudah ini untuk kembalikan keserian wajah. Jom semak.
KULIT SIHAT CANTIK DAN GLOWING DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR.
hai uolls, hari ni ai nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan bahan yang digunakan
1 . Timun
2. Madu
3. Air bersih
Step 1 : Kisarkan timun
Step 2 : Masukkam madu dan air ke dalam pengisar. KIsar hingga lumat.
Step 3 : Masukkan timun yang dikisar kedalam bekas ice cube
Step 4 : Taraa….. selepas dibekukan. Ready untuk kulit glowing sihat dan bersih
Gosokkan selama 10minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew selalunya sering dikaitkan dengan perkongsian beremosi penuh kasih sayang. Malah atas dasar kasih sayang itu juga, mampu menyebabkan gugurnya air mata keinsafan.
Semoga perkongsian ini juga dapat ‘menjentik’ hati sang suami untuk lebih prihatin keadaan isteri bila mana sering kali marah-marah dan kerap pula menjerit-jerit dengan anak. Itu semua berlaku ada sebabnya.
Nak tahu lanjut, ayuh baca perkongsian penuh daripada ustaz Ebit Lew ini. Jom semak.
Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak.
“Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah..”
Punca sebenar
Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.
Isteri amanah Allah
Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.
Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak. Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga. Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kasih dari suaminya. Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.
Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.
Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak. Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilih antara kedua ibubapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.
Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.
Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam, mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.
Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam-macam.
Penawar terbaik
Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka. Mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.
Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta’lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3 hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama-sama. Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.
Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik.
Mungkin ada yang sudah lama tidak membaca tulisan jawi hingga menyebabkan terasa merangkak-rangkak pula membacanya ketika ini.
Apatah lagi untuk menulis tulisan jawi, terasa seakan kekok pula. Nyata tidak selancar ketika di zaman persekolahan.
Jadi bersempena Hari Jumaat telah diangkat sebagai Hari Jawi, apa kata kita raikan dengan menaip menggunakan tulisan jawi bersama anak beranak terlebih dahulu.
Nak tahu caranya, jom kita hadam perkongsian lelaki ini.
برسمڤنا هاري جاوي، ساي كوڠسيكن ستاتوس لاما ساي سوڤاي اند بوليه منايڤ دالم بهاس جاوي دڠن لبيه باءيق دان سمڤورنا حروف جاويڽ .
Bersempena Hari Jawi,saya kongsikan status lama saya supaya anda boleh menaip dalam bahasa Jawi dengan lebih baik dan sempurna huruf Jawinya.
#harijawi #jawiday #هاري #جاوي
باڬايمانا هندق منايڤ دلم جاوي؟
Bagaimana hendak menaip dalam Jawi?
١) بوكا اڤليكسي ڬوڬل ڤليستور
Buka aplikasi Google PlayStore
٢) موات تورون اڤليكسي Google Keyboard
Muat turun aplikasi Google Keyboard
٣)تتاڤكن اڤليكسي Google Keyboard سباڬاي ڤڤان ككونچي اوتام دان تمبهكن ڤيليهن Malay(Arabic)
Tetapkan aplikasi Google Keyboard sebagai papan kekunci utama dan tambahkan pilihan Malay(Arabic)
سلساي دان اندا سوده بوليه منايڤ دلم جاوي دڠن حروف جاوي يڠ لڠكڤ كسمواڽ.
Selesai dan anda sudah boleh menaip dalam Jawi dengan huruf Jawi yang lengkap.