Sesungguhnya pabila bercakap tentang tanggungjawab isteri kepada suami dalam perkahwinan, pasti ramai yang memikirkan tentang isu urusan rumah tangga saja.Malah jika tanya kepada para isteri, pasti mereka ingin menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami.

Namun, jangan pula sehingga memakan diri sendiri. Penat sehingga memaksa diri untuk menjadi yang terbaik. Kesannya memakan diri sendiri.

Perkongsian oleh puan Intan Dzulkefli ini ada benarnya bahawa isteri perlu bersikap mengawal emosi dan bertenang agar dalam menjalani kehidupan yang baik tanpa tekanan.

 

Isteri Usah Paksa Diri Jadi Supermom. Bila Penat Rehat. Minta Suami Take Over Urus Rumahtangga. Barulah Bahagia Hidup Bersama. 

Maaf, saya tak setuju kalau ada yang kata sesetengah isteri dan ibu try hard untuk hias rumah dengan tema tertentu, sentiasa cuba kemas rumah, cuba masak sedap/resipi susah setiap hari hingga mereka stress tu UNTUK MENUNJUK-NUNJUK.

Please… bukan dalam kapasiti kita untuk generalized sesiapa. Kita bukan Tuhan untuk evaluate niat manusia.

IKLAN

Kalau kita boleh hidup dengan rumah kosong tanpa hiasan, makan telur kicap hari-hari, pakai kereta yang sama hingga berpuluh tahun, terpulanglah. Kita memilih untuk zuhud walaupun kita mampu, alhamdulillah.

Tetapi bukan layak kita untuk judge orang lain yang renovate rumah, tukar kereta, sanggup menabung untuk beli hiasan rumah di IKEA (misalnya) sebagai membazir, sengaja cari stress atau nak menunjuk-nunjuk kepada jiran, mertua dan sebagainya.

Fahamilah, setiap dari kita ada preferences masing-masing dalam hidup ini. Kemudian, banyak details, konflik serta ‘behind the scenes’ yang kita tidak tahu hingga tak melayakkan kita untuk judge sesiapa pun.

Tulisan saya sebelum ini sebenarnya lebih kepada untuk relieved those mothers yang pernah rasa macam saya rasa untuk menenangkan diri mereka.

“It’s okay. Tak perlu high expectations pada diri sampai diri sendiri menderita. Yang paling penting, kita happy sebagai ibu, sebagai isteri,”

IKLAN

Sebabnya ada sesetengah dari kita try to improve bab-bab begini bukan untuk show-off pun, tak ada pun nak upload ootd atau gambar masakan dan deko rumah saban masa di media sosial, melainkan untuk kepuasan diri sendiri, untuk cabar diri sendiri.

Namun, akhirnya sampai satu masa (sebagaimana saya) sedarlah kita, hidup kita memang TAK BOLEH disamakan dengan orang lain yang kita ingat mereka superwoman and superwife itu. That’s it.

Isteri Usah Paksa Diri Jadi Supermom. Bila Penat Rehat. Minta Suami Take Over Urus Rumahtangga. Barulah Bahagia Hidup Bersama. 

Suami saya pun pesan, kalau tak ikhlas, jangan buat. Nanti mulalah tak mampu nak senyum, nak marah je. Amal mana yang nak diangkat kalau tanpa kehadiran ikhlas..

IKLAN

Bila penat, bila sakit, rehatlah. Act like one.

Macam saya, bila saya diserang migrain, husband akan take over everything. Anak-anak pun dah faham bila ummi tak sihat. Mereka pun takdelah buat drama begitu begini. Secara tak langsung bila saya accept diri saya ni human-mom bukannya supermom, ia juga mewujudkan empati dalam diri anak-anak dan suami juga bahawa ummi ni manusia biasa.

‘Ummi sakit, ummi nak tidur, ummi nak rehat’. Suami dan anak-anak akan tahu tu. Alhamdulillah. Tapi ni valid untuk anak 2 years above lah. Yang baby lagi confirm dia nakkan umminya juga. 

Jadi saya tak harap ada yang gunakan tulisan itu untuk ‘perli’ atau nak ‘padankan muka’ sesiapa pula sedangkan ia cuma untuk muhasabah golongan yang sekapal.

Jangan tak tahu, ada yang sampai rasa diri looser, hopeless bila anggap diri tak mampu hit expectation sebegitu. Allahu..

Yang tak diuji dengan hal sebegini tak perlulah ambil serius, syukurlah sebanyaknya tapi bukan bermakna perlu judge atau rendahkan orang lain. Come on, real queen should fix each other’s crown, right? Jadi, janganlah bitter sangat, please.

Moga kita menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI