Ads

Arif Aiman Sah Bergelar Suami, Sebak Peluk Ibu Lepas Akad Nikah

Arif Aiman kahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung penuh bermakna di Johor Bahru.

Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman, yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha.

Pasangan ini difahamkan selamat melangsungkan majlis akad nikah pada Isnin di sebuah lokasi di Johor Bahru. Majlis penuh bermakna itu berlangsung dalam suasana sederhana dan tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Arif Aiman Sah Bergelar Suami, Sebak Peluk Ibu Lepas Akad Nikah

Arif Aiman Kahwin Dalam Majlis Tertutup

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Arif dan Aliah kelihatan sama cantik sama padan mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Penampilan pasangan pengantin baharu itu turut mencuri perhatian ramai peminat yang tumpang gembira melihat detik indah berkenaan.

Walaupun majlis diadakan secara sederhana, suasana penuh kasih sayang dan restu keluarga jelas terasa. Detik akad nikah itu menjadi permulaan baharu buat pasangan ini untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Ads
@era.je Arif Aiman sah bergelar suami harini kepada pasangan tersayang💚 Alhamdulillah! Tahniah buat Arif Aiman & Isteri! Selamat Pengantin Baru #ERARadioNo1PalingLegit ♬ original sound – ERA

Momen Sebak Peluk Ibu Curi Perhatian

Namun, momen paling menyentuh hati pastinya apabila bintang sensasi JDT berusia 24 tahun itu dilihat gagal menahan sebak ketika memeluk ibunya sejurus selesai lafaz akad nikah.

Pelukan tersebut nyata membawa seribu makna. Bagi seorang anak lelaki, restu ibu menjadi antara doa paling besar sebelum memulakan fasa baharu sebagai suami.

Detik itu turut membuatkan ramai peminat terharu dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan ini.

Ads

Ramai yang menyifatkan momen tersebut sebagai sangat menyentuh hati kerana ia memperlihatkan kasih seorang anak terhadap ibu yang banyak berkorban dalam hidupnya.

Resepsi Bakal Diserikan Tetamu Diraja

Difahamkan, majlis resepsi pasangan berkenaan dijadualkan berlangsung pada sebelah malam dan bakal diserikan dengan berangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Kehadiran tetamu kehormat itu pastinya menambah seri majlis resepsi pasangan pengantin baharu ini.

Terdahulu, kad undangan pernikahan Arif Aiman turut tular di media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Ads

Peminat Doakan Kebahagiaan Arif Dan Aliah

Berita Arif Aiman kahwin turut disambut dengan ucapan tahniah daripada ramai peminat bola sepak tempatan.

Rata-rata mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama Nurul Aliah Natasha sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan.

Sebagai antara pemain muda berbakat besar negara, perjalanan hidup Arif kini memasuki fasa baharu yang lebih bermakna, bukan sahaja sebagai pemain bola sepak, tetapi juga sebagai seorang suami.

Semoga perkahwinan Arif Aiman dan Nurul Aliah Natasha sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan.

Tahniah buat pasangan pengantin baharu!

BACA LAGI : Hafiz Suip Kembali Bergelar Suami, Syukur Bina Masjid Baharu

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Cik B Sebak Terima Lamborghini RM1.6 Juta Daripada Vida Sempena Ulang...

Cik B Lamborghini mencuri perhatian apabila menerima hadiah kereta mewah RM1.6 juta daripada Datuk Seri Vida sempena ulang tahun kelahiran ke-21.