Anak Tersalah Peluk Kaki ‘Bapanya’. Patutlah Boleh Tersilap, Memang Pelanduk Dua Serupa!

Share

Dalam dunia ini kita ada tujuh muka sama dengan diri kita, bak kata bidaan melayu pelanduk dua serupa. Ada tak dekat sini yang dah jumpa pelanduk dua serupa dengan anda? Cuba anda bayangkan reaksi anda jika anda jumpa dengan pelanduk dua serupa, begitu teruja kan?

Dalam kongsian melalui akaun Tiktok Babah Nadeen bahawa ada seorang kanak-kanak perempuan begitu ‘konpiden’ memeluk kakinya. Kanak-kanak itu menyangkakan itu adalah ayahnya

Apabila dilihat memang betul-betul sama! pakai baju dan mask hitam, muka dan rambut pun sama, cuma yang membezakan adalah tinggi beliau yang sedikit berbeza.

Yang kelakarnya, reaksi anak kecil itu terpinga-pinga apabila dikatakan itu bukanlah abahnya, malah orang lain yang tak dikenali yang hanya membeli barangan dapur pada waktu yang sama.

 Anak-anak beritahu ,

“Umi, muka pakcik tu sama macam abah”

Tidak melatah apabila anak disentuh oleh orang, Babah Nadeen melayan saja gelagat comel kanak-kanak tersebut.

Video tersebut diambil oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut milzan97 yang dikongsikan kepada babahnadeem.

video

@babahnadeen Macam2 hal 🤣 . #padapadahandal #celahbedah #fyp #tiktoksabahan #sabahancrew_fams ♬ original sound – Babah Nadeen

 video itu meraih lebih 400 ribu tontonan, 57.5k likes, dan 750 komen.

Meninjau diruangan komen, ramai turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang tersilap peluk kaki bapanya.

 

sumber : tiktok Babah Nadeen

IKLAN