Cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan masalah pandemik, pasti ibu bapa cukup bimbang anak-anak jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika demam tiba-tiba.
Jadi untuk ibu-ibu yang nak turunlan suhu panas demam anak-anak boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan cepat je. Tapi jika suhu badan panas dan demam tak kebah-kebah sebaiknya terus ke klinik untuk dapatkan rawatan!
PETUA TURUNKAN PANAS DEMAM
Sekarang kami anak beranak ada dekat Negeri Sembilan. Dah 4 hari duk kat tempat orang. Ditakdirkan pagi semalam yang si kecik tetiba badan suam² panas. Tengah hari tu dah betul² panas.
Ads
Biasanya kalau travel saya tak pernah lupa bawa stok ubat timbang kilo saya ni. Tah macam mana boleh lupa pulak kali ni. Nasib baik jumpa Mydin kat sini. Terus beli sepaket biji semangkok ni. . Bila anak² demam, inilah remedi wajib untuk anak² saya. Selain minum air kelapa, minum air biji kembang semangkok juga sangat bagus untuk menurunkan panas badan terutama ketika demam panas.
Caranya ambil 3 biji buah kembang semangkuk dan direndam dalam air suam sehingga kembang. Rendaman ini akan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Kemudian, rendaman tadi ditapis dan terus boleh diminum. Boleh juga ditambah sedikit gula organik. Dengan izin Allah, 1jam selepas minum, serta merta suhu panas makin menurun. Inilah yang saya selalu perhatikan. Alhamdulillah, sekali minum je panas badan dah hilang. Hari ni dah sihat walafiat. . Bagi anak² yang kerap demam panas atau panas badan lambat turun, ibu² boleh lah cuba petua ini.
Ads
Selain itu, jangan lupa jerlum kepala dan badan anak dengan air yang dicampur perahan lemon atau limau. Tak kisah samada limau nipis atau kasturi. Semua boleh. . Jaga pemakanan anak, jangan bagi minum sebarang air berperisa, air kotak, air bergas. Jangan bagi makan makanan merapu, makanan proses macam roti, biskut, kuih dan sebagainya.
Banyakkan makan buah. Makan nasi yang berkuah atau sup tanpa MSG. Lagi bagus kalau ada broth. Ini lah cara saya selama hampir 2 tahun tak beli ubat demam untuk anak².
Nak cepat sembuh sebagai ibu bapa kita yang perlu bertegas. Kita dah berikhtiar, hanya Allah yang boleh menyembuhkan atau tidak.
.
Biji semangkok ni boleh disimpan dan tahan lama. Masukkan dalam bekas kecil dan boleh dibawa ke mana².
Ads
Harga pun murah. Tak padan dengan khasiat yang sangat bagus. Rugi kalau tak manfaatkan.
.
*peringatan. Sekiranya demam anak tak kebah² dan panas tak turun² lebih sehari, sila dapatkan rawatan dari doktor ye. Jangan tunggu lama².
Memastikan pintu masuk utama rumah kita sentiasa dalam keadaan baik adalah menjadi kewajipan semua. Kita sebagai ketua keluarga haruslah bertindak melindungi anak-anak dan isteri daripada sebarang anasir tidak sihat.
Soal keselamatan rumah antara yang perlu diberikan lebih perhatian. Pintu rumah, tidak kiralah mana-mana pintu rumah kita harus dilengkapkan dengan kunci yang benar-benar kuat bagi menyulitkan sebarang proses untuk membukanya, jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison–Realtor telah berkongsi satu tips yang dipesan bapanya.
Tip ini cukup berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman kita. Jadi jom ikut cara yang dilakukan oleh wanita ini agar rumah kita lebih selamat.
Berikut adalah perkongsian beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang ke rumah dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja. Ini bagi membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Apa yang ayah saya buat adalah dengan menggantikan skru itu dengan skru panjang, 4 inci bingkai pintu rumah. Jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.
Gambar hiasan.
Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.”
Jadi jom cari skru yang lebih panjang dan tukarkan skru pintu kita. Mahu lebih selamat lagi, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh wanita ini.
Walaupun usaha ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia sangat membantu keselamatan kita dan keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Harrison
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya mudah je nak masak pulut walaupun tak ada periuk pengukus yang khas tu.
Jom cuba tip yang dikongsikan Puan Siti Asrien Mohd Hassan yang diberikan oleh rakannya. Cukup mudah!
Panjangkan pahala seorang kawan..
Tips/cara dari seorang kawan utk tanak pulut dengan rice cooker.
Basuh beras bersama sedikit garam,utk dapat efek berkilat..basuh 3/4 kali basuhan..
Sukat air guna jari telunjuk,separuh dari line pertama jari…(jari diatas beras)
Lapik tutup periuk menggunkan kain/tuala kecil dengan kedap..xboleh longgar..(supaya wap panas xkeluar)
Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM…Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak..insyaAllah pulut cantik.
*edit-lepas WARM pun jgn terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup..bagi pulut masak dengan wap panas..
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut…buat tapai pun senang,xpyh kukus…
Penantian peminat untuk melihat wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini akhirnya tercapai.
Selepas dua bulan menyambut bkelahiran bayi sulung mereka, buat kali pertamanya, pasangan ini berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat sempena Tahun Baru 2021.
Gambar mereka sekeluarga dimuat naik menerusi laman instagram Fattah Amin dan juga Fazura.
Dalam perkongsian tersebut, Fatima cukup comel yang didukung Fazura, lebih-lebih lagi dalam persalinan gaun berenda rona putih, sedondon mereka sekeluarga.
Menerusi kapsyen gambar tersebut, pasangan ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua.
“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.
Rata-rata warganet teruja dan memuji akan kecomelan Fatima di samping ibu dan ayahnya.
Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.
Pasangan enggan mendedahkan wajah penuh bayi mereka sebelum ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di