Dalam kesibukkan ibu bapa menguruskan kelengkapan anak-anak di hari pertama sekolah, sebaliknya pula bagi pasangan Nur Syahidah Abdullah, 35 dan suami Zawawi Wahab setelah tiga permata hati mereka pergi menghadap Ilahi selepas lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, Ahad lalu. Mereka lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, Ahad lalu ketika bercuti bersama ibu saudara untuk menghabiskan cuti sekolah.

Aturan Allah tak siapa mampu menduga dan tiada siapa mampu menghalang, kematian Nurain Fatma Zawawi, 11, Nurain Sofea, 10, dan Nurain Sasabila, 6 ini meninggalkan kenangan pilu apabila segala kelengkapan sekolah telah disediakan buat mereka. Ibu Bapa mana yang tidak terkilan sekiranya kehilangan anak secara tiba-tiba.
Menerusi laporan Harian Metro, Nur Syahida melahirkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat kelengkapan persekolahan yang tidak sempat dipakai oleh anak-anaknya.

“Anak Tidak Sabar Hendak Memulakan Sesi Persekolahan.”-Luah Rasa Terkilan Melihat Kelengkapan Persekolahan Tiga Anak Yang Maut Setelah Lemas Akibat DiTarik Ombak Pantai

“Kami masih teringat kerenah anak yang tidak sabar hendak memulakan sesi persekolahan ini apabila mereka membeli keperluan dan kelengkapan mengikut selera masing-masing terutama beg.”

“Saya dan suami juga juga sudah menyediakan tiga pasang pakaian dan sepasang kasut hitam untuk setiap mereka.”

Anak-anak yang manja 

IKLAN

“Anak Tidak Sabar Hendak Memulakan Sesi Persekolahan.”-Luah Rasa Terkilan Melihat Kelengkapan Persekolahan Tiga Anak Yang Maut Setelah Lemas Akibat DiTarik Ombak Pantai

Lebih merutun jiwa, ketiga-tiga permata hatinya itu begitu teruja untuk memulakan sesi persekolahan dengan berkongsi gambar kelengkapan sekolah menerusi aplikasi WhatApp.
Kehilangan tiga orang secara serentak pastinya menuntut kesabaran yang tinggi. Malah keletah anak-anak pastinya menjadi momen yang tidak akan dilupakan.

“Ketiga-tiga mereka sangat rapat dengan saya dan suami. Sudah tentu kehilangan mereka sangat kami rasai tetapi tetap reda kerana ini ujian Allah SWT dan kami perlu kuat.”
Bukan itu sahaja, menurut Zawawi, kesemua anak perempuannya manja dan rapat dengannya.

IKLAN

“Memandangkan semua anak kami perempuan jadi mereka sedikit manja. Jika luka sedikit pun mereka boleh menangis. Semua kenangan dengan mereka di rumah ini sukar untuk dihilangkan dan buat saya sentiasa teringat.

“Sebelum ini, apabila mendengar ada kematian anak rakan, saya sering bertanya adakah kuat untuk menghadapi ujian begitu, tetapi kali ini ia benar-benar terjadi kepada saya.”

“Anak Tidak Sabar Hendak Memulakan Sesi Persekolahan.”-Luah Rasa Terkilan Melihat Kelengkapan Persekolahan Tiga Anak Yang Maut Setelah Lemas Akibat DiTarik Ombak Pantai

IKLAN

Terdahulu mengikut laporan akhbar, mayat Nurain Sofia ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 7.48 pagi Isnin dalam jarak lima kilometer dari tempat jatuh, manakala Nurain Salsabila, ditemui pada jam 9.40 pagi dan Nurain Fatma pada jam 11.03 pagi.

Sudah pasti memberi kesan yang mendalam buat keluarga ini. Namun, semua yang terjadi sudah menjadi ketentuan illahi. Semoga keluarga kepada allahyarham adik Nurain Fatma, Nurain Sofea dan Nurain Sasabila ini terus kuat bertabah menghadapi dugaan. Moga roh tiga beradik ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan beriman.

Sumber: www.hmetro.com.my

Foto: www.hmetro.com.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI