Baru-baru ini kecoh di sosial media tentang kemelut rumahtangga yang melanda pada selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.
Lesti Kejora dikhabarkan sudah pulang dari Rumah Sakit Bunda Jakarta setelah beberapa hari menjalani rawatan akibat kekerasan rumahtangga.
Perkara ini diakui oleh penyanyi, Saipul Jamil sendiri dari pihak rumah sakit ketika ingin melawatnya.
“Rencana hari senin ini (nengokin Lesti Kejora), karena kemarin aku ke Bandung. Ternyata Lesti udah pulang semalam,” kata Saipul Jamil pada Isnin.
Sebelum datang ke rumah sakit, Saipul Jamil sudah menghubungi Abi Ramzi dan ayah Lesti Kejora, tetapi tidak mendapat jawapan. Oleh kerana itu, bekas suami Dewi Perssik ini memilih untuk datang ke rumah sakit untuk menjenguk Lesti.
“Yaudahlah, yang penting kita sudah ada niat baik. Aku juga gambling main ke sini langsung, tanya sama pihak rumah sakit ternyata sudah pulang. Malam dia pulangnya, artinya kondisinya membaik,” jelasnya.
Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga Lesti dan Billar ditimpa badai. Malah, bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam buat Lesti, tetapi turut terpalit pada bayinya sendiri.
Sebelum ini pasangan serasi Lesti dan Billar membuat keputusan untuk menggabungkan nama mereka untuk digunakan pada nama cahaya mata pertama mereka, iaitu Leslar Al Fatih Billar.
Namun, bagi mengelakkan si ibu terkesan dengan detik hitam yang menimpanya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri. Menurut Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.
Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.
Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.
Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.
Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.
Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu. Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.
Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.
Sebagai ibu, soal keselamatan anak-anak pasti menjadi keutamaan. Biarpun ada yang mungkin menganggapnya perkara kecil, pelakon Zahirah MacWilson tetap bertegas bahawa anak-anak tidak seharusnya disentuh sesuka hati oleh individu lain tanpa kebenaran.
Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson berkata, dia sendiri pernah menegur orang asing secara baik apabila ada yang cuba menyentuh anak-anaknya, Isaac Raees dan Inara Raisa tanpa izin.
Baginya, tindakan itu bukan kerana mahu bersikap sombong, sebaliknya sebagai langkah menjaga keselamatan anak-anak selain mendidik mereka tentang batas diri.
“Saya pernah tegur orang asing, katakan secara baik jangan sentuh anak saya. Sebab pertama adalah keselamatan. Kita tidak tahu apa yang mereka bawa kepada anak kita.
“Kedua saya tidak mahu anak-anak saya merasakan normal untuk menyentuh orang lain tanpa kebenaran.
“Kebanyakan masa, benda begitu tidak serius berlaku. Tetapi, sesiapa sahaja tidak ada hak untuk menyentuh anak orang lain tanpa kebenaran.
“Ada had yang perlu dipatuhi. Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa peka terhadap perkara begini,” katanya.
Zahirah berkata demikian ketika sidang media drama bersiri Good Boys Go To Heaven di TGV KLCC, baru-baru ini.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, ibu bapa tidak perlu berasa segan untuk menyuarakan rasa tidak selesa apabila perkara tersebut melibatkan anak-anak. Katanya, teguran secara terang-terangan penting supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan lebih awal.
“Jangan merasa takut untuk memperkatakan tentangnya kalau anda tak selesa.
“Tidak kiralah sama ada pakcik atau makcik dan jiran tetangga, jika rasa kurang selesa, beritahu mereka.
“Jangan segan, kerana anda ingin melakukan sesuatu sebelum terlambat,” katanya lagi.
Perkongsian Zahirah MacWilson ini cukup dekat dengan realiti ibu bapa hari ini. Dalam masyarakat kita, ada kalanya orang dewasa menyentuh, mencuit pipi atau memegang tangan anak kecil kerana geram melihat kecomelan mereka. Namun, dalam keterujaan itu, adab meminta izin tetap perlu dijaga.
Dalam masa sama, Zahirah turut berkongsi bahawa dia dan suaminya, Aiman Hakim Ridza, menggunakan khidmat pembantu rumah. Namun, tugas pembantu itu hanya tertakluk kepada urusan tertentu sahaja.
“Kami sentiasa di rumah. Jadi pembantu hanya melakukan urusan tertentu sahaja. Kalau bahagian menjaga anak, kami sentiasa bersama mereka,” kongsinya.
Bagi pasangan ini, tanggungjawab menjaga anak tetap menjadi keutamaan mereka sebagai ibu bapa. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, Zahirah dan Aiman tetap mahu berada dekat dengan anak-anak dalam proses membesar.
Tegas Zahirah MacWilson, ada batas yang perlu dipatuhi apabila melibatkan anak-anak. Bukan soal sombong atau terlalu menjaga, tetapi inilah cara ibu bapa melindungi amanah paling berharga.
Dalam membesarkan anak-anak, kasih sayang bukan sekadar memberi makan, pakaian dan pendidikan. Ia juga termasuk keberanian ibu bapa untuk bersuara, menjaga sempadan dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang selamat serta dihormati.
Kesedaran tentang keselamatan anak-anak kini semakin penting dalam masyarakat moden. Ibu bapa bukan sahaja perlu melindungi anak daripada bahaya fizikal, tetapi juga mendidik mereka tentang hak terhadap tubuh sendiri sejak kecil.
Perkongsian Zahirah MacWilson secara tidak langsung membuka mata ramai bahawa menetapkan batas bukan bermaksud bersikap kasar. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak membesar dengan rasa hormat terhadap diri sendiri dan orang lain.
Peluang bertemu ustaz Wadi Anuar membuatkan Yatt Hamzah meminta penceramah menitipkan doa dan pesanan buat para ibu khususnya yang bergelar surirumah.
Berbahagialah wahai ibu2 yg menjaga anak2 siang malam terutama buat semua SURI RUMAH di luar sana. Sesungguhnya TIGA KETUA WANITA SYURGA ADALAH KESEMUANYA SURI RUMAH. Dan sekiranya dapat mendidik 1 atau 2 anak perempuan dengan baik di atas jalan Allah, maka SYURGALAH JAMINAN BUAT IBUNYA.
Membesarkan anak2 dan menguruskan rumah adalah sebenarnya TUGAS NOMBOR 1 PALING TINGGI di sisi Allah, maka jangan pernah rasa rugi. Itulah jihad buat seorang wanita bergelar IBU. MashaAllah Tabarakallah.
Perkongsian tersebut membuatkan Yatt Hamzah berasa cukup sebak dan terharu. Sementelah dia sendiri menguruskan enam anak sendirian memandangkan suaminya banyak kerja di luar.
Pesanan ini buat Bonda dan semua wanita bergelar ibu terutama yg bergelar SURI RUMAH.
Sekarang, SENYUMLAH penuh BAHAGIA..
Terima kasih Tuan Guru @ustazwadiannuar atas pesanan dan doanya buat kami suami isteri. In shaa Allah akan kami sama2 amalkan. Alhamdulillah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.