“Anak Yang Baik & Manja. Sejuk Perut Ibu Mengandung. Jeles Tengok.” Layanan Sweet Syafie Naswip Buat Ibunya Raih Pujian!

Share

Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya, demikian boleh diungkapkan buat anak muda bernama Syafie Naswip ini.

Meninjau ke akaun Instagramnya, kelihatan pelakon ini memuatnaik video yang memaparkan dirinya melayan ibu tersayang.Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan beberapa memori indah Syafie bersama ibunya.

Ini termasuklah ketika dia menjaga ibunya sakit Di hospital siap membuat surprise dengan menghadiahkan sebuah jambangan bunga kepada si ibu.

Ini bukanlah kali pertama dia berkongsi video seperti ini di Instagramnya. Bahkan rata-rata warganet tahu bagaimana sikapnya sebagai seorang anak yang  banyak berbakti kepada ibu serta bapanya.

Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini pernah berkongsi membelikan rumah buat ibunya tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian menghadiahkan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.

Pelakon filem Mukhsin dalam satu temu ramah memberitahu bahawa dia serta adik beradik lain, telah menabung hampir 12 tahun untuk membelikan sebuah rumah untuk orang tua mereka.

Berkongsi sedikit tips untuk menguruskan kewangan, Syafie memberitahu bahawa dia berdisiplin dalam membuat simpanan meskipun jumlahnya sendikit.

Sumber: syafienaswip


 

ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN