Hari ini merupakan baru hari kedua PKP, namun kesannya masih belum nampak penurunan. Para frontliners kini bagaikan kembali di medan perang yang kritikal.
Mengejutkan! Terkini, kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sebanyak 4,498 kes!
Pastinya ini bukan situasi yang menggembirakan tambah lagi menjelangmya Aidilfitri.
Jangkitan yang tidak mengenal usia. Paling bimbang bila orang tua yang ada di kampung. Risiko jangkitan makin mudah berjangkit.
Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000 kes berbanding semalam.
Ads
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.
KKM turut memaklumkan terdapat 22 lagi kematian dicatatkan hari ini.
Selangor masih mendahului negeri lain.
Ads
Sehingga 7 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 4,498 kes (432,425 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 1,424 (140,270) Sabah – 153 (58,733) Johor – 327 (47,318) WP KL – 436 (46,003) Sarawak – 750 (34,227) P Pinang – 313 (21,258) N Sembilan -188 (19,453) 1/2
Suatu angka yang ‘menakutkan’. Usah berkira jika tak dapat raya, fikirkan nyawa yang harus di selamatkan. Itu lebih penting. Kita jaga kita, jaga SOP. Duduk di rumah adalah terbaik!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Sebut sahaja nama mereka, pasti ramai akan terbayang sekali wajah comel dua adik-beradik ini.
Keletah si adik di Instagram yang sering menyakat abangnya, manakala si abang seorang yang prihatin tetap melayan baik. Ini terbukti ketika dalam satu pemeriksaan rawatan pemeriksaan gigi. Perkongsian Video di akaun instagram mendapat perhatian warga maya yang menunjukkan situasi ketika Alisa berada di sebuah klinik pergigian.
Disebabkan dia enggan memberi kerjasama sehinggalah muncul Yusuf dan masuk ke bilik rawatan tersebut untuk memujuk adiknya.
Apa yang membuatkan ramai terharu bila mana si kecil ini terus membuka mulut selepas abangnya meminta dia berbuat demikian. Kehadiran Yusuf membuatkan adiknya tidak kekok lagi apabila mulutnya diperiksa.
Perkongsian seorang ibu ini cukup menyentuh hati dan menyedarkan kita dalam hal suka melebalkan perangai dan sifat anak ke dua dalam keluarga. Ada yang kata anak ke dua banyak ragam, pelik dan sebagainya.
Jadi apa kata kita buang perangai suka melabelkan dan membeza-bezakan anak dan beralih menjadi ibu ayah yang melihat setiap anak ada kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Ikuti perkongsian ini.
Umum seakan
“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar.
Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh.
Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza.
Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?”
Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya.
“Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu.
“Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi.
Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.”
“Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.”
“Amin. Amin.” Ibu sambut.
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.”
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.”
“Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.”
Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya.
“Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.”
“Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.”
“Amin Ya Robbal Alamin.”
Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju.
“Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.”
Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label.
Tanpa persepsi.
Tanpa sangsi.
Kata ulama,
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.
Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya.
Begitulah juga kita manusia.
Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya.
Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.”
Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Apabila tiba bulan Ramadan sudah tentu ramai mengambil peluang untuk bertadarus bersama keluarga dan ada juga khatam Al-Quran pada bulan ini.
Namun, ada persoalan adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran dikira khatam Al-Quran?.
Ikuti penjelasan oleh ustaz ini.
HUKUM TADARUS Al-QURAN SATU ORANG SATU JUZU’ TETAPI BERLAINAN TEMPAT.
Kita sedia maklum bahawa membaca Al-Quran merupakan satu ibadah. Ini kerana Al-Quran merupakan Firman Allah. Oleh kerana itu sudah menjadi satu tuntutan untuk kita membacanya. Sabda Rasulullah : Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.
Maka persoalannya sekarang adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita ini dikira khatam Al-Quran?. Jawapannya : Tidak dikira seseorang itu khatam Al-Quran melainkan dia membacanya daripada awal sehingga habis ataupun ia mendengar bacaan sehingga habis 30 juzuk.
Jika tadarus Al-Quran yang dilakukan sewaktu Bulan Ramadhan yang mana seorang membaca dan lain mendengar dan mereka melakukannya sehingga khatam maka ia juga termasuk dalam kategori mengkhatamkan Al-Quran dengan syarat di atas tadi sama ada membaca atau mendengar 30 juzuk.
Jadi tidak menjadi satu kesalahan membaca Al-Quran secara bertadarus dengan membahagi-bahagikan dan si pembacanya berada di tempat yang berlainan cuma ia tidak dikira khatam tetapi hanya sekadar merancakkan ibadah sesama kita dalam keadaan kebaikan.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.