Pendedahan media sosial yang bukan sedikit hari ini menjadikan semua perkara dapat kita ketahui dengan pantas, tanpa perlu menunggu laporan rasmi.
Semuanya berjaya dicari, diselidik malah dihakimi dengan wajar oleh semua. Pantas dan tidak tertinggal keretapi dalam setiap isu yang diperkatakan. Itu penangan gajet dan rangkaian media sosial dalam kehidupan kita seharian. Hebat!
Pun begitu ada buruknya bila mana semua perkara menjadi terlalu terdedah, dikorek dengan pantas dan dipersembahkan kepada umum secara terbuka. Dan kita pula dianggap ‘sakit’ jika terlalu ketagih dengan semua ini.
Sakit, tabiat atau ketagih? 26 perkara yang dinyatakan oleh Puan Nora Karim ini anda kena tahu. Satu ulasan yang cukup menarik dan hebat!
Tabiat vs Ketagihan
MyDoctors (Episod 11) Dr Liyana Dhamirah Dr Eliza Mohd Noor Dr Zainal Adwin
1. Satu-satu perkara yang dilakukan selama 66 hari, kemudiannya akan menjadi tabiat.
2. Tabiat biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara yang positif dan ketagihan biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara yang negatif.
3. Tabiat biasanya boleh dikawal, manakala ketagihan menyebabkan seseorang itu melupakan sesuatu yang penting bagi melaksanakan ketagihannya.
4. Kebanyakkan rakyat Malaysia mengalami ketagihan kepada telefon pintar dan wi-fi.
5. Rakyat Malaysia menghabiskan purata tiga jam (atau lebih) sehari menggunakan telefon pintar.
Ads
6. Sebaik bangun tidur, kebanyakan daripada kita akan melihat telefon pintar.
7. Satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia menunjukkan mereka yang cenderung atau obses menggunakan telefon adalah di antara umur 18-24 tahun, iaitu golongan mellinial.
8. 71 peratus mengaku sangat obses terhadap penggunaan telefon pintar.
9. Secara purata, seseorang itu akan melihat telefon pintar 85 kali dalam sehari.
10. Daya ingatan akan berkurangan kerana obses kepada telefon pintar.
11. Wujudnya media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain, akan menyebabkan seseorang itu membanding-bandingkan gaya hidupnya dengan orang lain. Ini akan menimbulkan perasaan rendah diri, cemburu, kemurungan dan tekanan perasaan.
Ads
12. Secara realitinya, pengguna media sosial memaparkan kehidupan yang mereka mahu (jadi jangan membandingkan apa yang mereka ada dan kita ada)
13. Penggunaan telefon pintar, menyebabkan komunikasi di alam nyata jarang berlaku dan ini tidak sihat. Kebanyakkan daripada kita, menghabiskan masa dengan telefon pintar masing-masing berbanding berkomunikasi sesama kita.
14. Selfie juga sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita sekarang ini. Apa apa jua keadaan dan di mana jua, kebanyakkan dari kita akan selfie.
15. Selfie sebenarnya boleh menceritakan karakter seseorang.
16. Personaliti ‘oversharer’, orang yang mengambil gambar setiap masa untuk setiap aktivitinya. Sampai ke kedai beli kicap untuk masak ayam kicap pun ambil gambar.
17. Tindakan ini sebenarnya agak bahaya, kerana mengundang pihak lain mengambil kesempatan pada kita.
18. Sharing location juga sebenarnya membahayakan. Jika mahu juga berkongsi lokasi, adalah lebih baik jika kita memuatnaik sesuatu ketika kita telah meninggalkan tempat tersebut.
Ads
19. Sebelum mengemaskini status, fikir dahulu baik buruknya status yang hendak dikongsi, ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
20. Personaliti ‘proud parent’, ibu bapa yang setiap hari akan memuatnaik perkembangan dan kecemerlangan anak mereka.
21. Personaliti ‘opinion seeker’, orang yang sentiasa mengharapkan respon segera dari rakan-rakan media sosial kerana kerap bertanyakan sesuatu tentang baju yang dipakai, tudung yang dipakai, kasut yang dipakai dan pelbagai lagi.
22. Tidak dinafikan, media sosial adalah pusat pengumpulan data yang sangat pantas dan berkesan.
23. Personaliti ‘narcissist’, adalah seseorang yang suka atau terlalu obses dengan dirinya sendiri. Personaliti kategori ini, merasakan mereka adalah yang paling cantik dan hebat serta sangat mementingkan Like dan Comment.
24. Orang yang memiliki personaliti ‘narcissist’, digelar sebagai ‘attention seeker’. Golongan ini juga dikaitkan dengan ‘loneliness’. Kesepian, taksub kepada diri sendiri dan suka mencari perhatian orang lain.
25. Personaliti ‘narcissist’ merasakan hubungannya dengan orang lain tidak sempurna. Maka mereka lebih suka “melepak” dengan diri sendiri serta mengasingkan diri daripada komuniti.
26. Personaliti ‘narcissist’ ini akan menyebabkan kemurungan mahupun penyakit mental yang lain.
Berpadalah dalam menggunakan teknologi jangan sampai tertekan kerana melihat kesenangan dan kemewahan orang lain melalui media sosial.
Biarpun menerima ujian yang cukup hebat, namun Farah tidak buruk sangka kepada Dia Yang Maha Esa. Bahkan, dia menganggap itu satu ujian yang sedikit berbanding orang lain yang mungkin menerima yang lebih hebat lagi.
Bila sebut sahaja menu daging kambing, tentu sudah ada yang membayangkan betapa enaknya jika dapat menikmati lamb chop yang dimakan bersama sos lada hitam yang pekat dan berasa lemak dan pedas berempah. Kesempurnaan rasa yang sukar untuk digambarkan apatah lagi andai dimasak dari air tangan sendiri.
Buat yang pertama kali ingin mencuba, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi ini.
Resepi Lamb Chop Viral
Jom cikgu kongsi sos black pepper sesedap rasa sampai terbeliak biji mata. Hii. Jangan lupa minum jus epal suam atau limau suam. Kolestrol tetap kena jaga juga.
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese ( dalam plastik- boleh beli dekat kedai bakery)
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik. * Untuk perap semalaman kena masukkan dalam peti suhu biasa. Afy masukkan dalam plastik besar.* bakar daging selepas sos dan semua bahan pelengkap siap.
4. Panaskan 3/4 sudu besar planta atas pan. Susun daging yang diperap dengan teliti.
5. Gunakan api yang agak besar. Yang penting kena selalu balik-balikkan. Anggaran masa 10-15 minit. Konsistensi daging bukan garing kering.
6. Pastikan daging anda daging yang masih berjus dan lembut.
7. Sebelum daging diangkat, Afy suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau. Cara Afy tu agak bahaya sikit. Risiko dapur gas tersumbat atau bahaya lain. Hati-hati ye.
Resepi Sos Black Pepper Maveloss
1. Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja. Kemudian masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy tunjuk. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 1 tin.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. Kalau takda takpa. Kacau rata.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper maveloss!
Betul, tak tipu.
Perkongsian daripada seorang ibu bernama Nurzaliana bt Zumroh, 34 yang merupakan suri rumah sepenuh masa, berkongsi kisah tentang minatnya bercucuk tanam menarik juga untuk dijadikan idea buat kita anak beranak praktikkanya.
Ini kisahnya.
Bercerita tentang bagaimana timbulnya minat saya bercucuk tanam, lain tak bukan disebabkan kesukaan anak-anak saya makan sayur.
Boleh kata, macam-macam sayur mereka suka makan dan dari situlah timbul minat cuba nak tanam sayuran sendiri sejak 3 tahun yang lalu secara serius di sekeliling rumah.
Macam-macam tanaman
Jadi tidak hairanlah pemilihan tanaman sayur berasaskan apa yang keluarga suka makan, contohnya seperti sayuran berdaun,sawi, kangkung, pakcoy, bayam, salad, kacang panjang, jagung manis bendi,kobis,labu air, dan terung.
Selain itu tanaman lain pun ada juga untuk dijadikan rencah masakan seperti kunyit, halia, ulam raja, serai dan limau purut untuk kegunaan sendiri.
Berkebun jadi xtvt harian
Keseronokan atau keluasan lain kalau kita tanam sayur sendiri, bagi saya adalah pada saat melihat sayuran membesar hidup subur, walaupun tanpa guna bahan kimia.
Bila tanam sendiri, saya guna kaedah tanam secara organik. Baja saya guna ialah bahan sisa buangan dapur kompos kulit pisang (mol Mikro Organisme tempatan) tinja ayam dan kambing.
Setakat ini tiada masalah apa pun cuma pastikan kawasan sentiasa bersih dan rajin merumput.
Dan menariknya lagi bila merumput, anak-anak saya akan turun padang tolong sama,dah jadi aktiviti harian setiap petang kami. Mereka lakukan dengan tanpa dipaksa!
Paling seronok ialah time menuai hasilnya dan berkongsi dengan jiran-jiran. Bagi saya bercucuk tanam ni adalah satu kepuasan tersendiri selain menjadi terapi jiwa dan mata.