“Apa Kita Buat Pada Ayah Mak, Itulah Yang Anak-Anak Akan Belajar.” Giliran Anak Gadis Pula Hulur ‘Duit Poket’ Buat Norman Sebak!

Share

Bertuahnya badan, jika sebelum ini Norman Hakim berkongsi rasa syukur apabila anak sulungnya menghulurkan duit hasil bisnesnya. Terbaru, suami kesayangan Memey Suhaiza ini menerima duit daripada anak perempuannya pula.

 

Rasa syukur dan gembira tersebut diungkapkan dalam satu perkongsian di laman instagramnya. Menurut Hos Mingguan Wanita ini lagi, bukan wang ringgit yang ditagih daripada anak-anak, tetapi ingatan mereka itu yang membuatkan dirinya bangga dan terharu.

“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55

Nikmat rezeki & kasih sayangNya yang tak bersempadan.Allah terlalu baik.Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang @danishhakimofficial dia buat sebelum ni.

Saya sebak bukan sebab dapat duit,tapi sebab nikmat,rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak2 saya in shaa Allah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.

Mengakui ramai yang bertanyakan ‘rahsia’ dia mendidik anak-anak, ini jawapan yang diberikan oleh Norman.

Ada yg tanya mcmana didik anak untuk bagi kita duit belanja.Benda ni mana ada istilah ‘didik’.Paling tepat ‘we lead by example’.Apa yang kita buat pada ayah mak kita,itulah yang anak2 akan belajar dan buat pada kita semula.

Alhamdulillah hikmah disebalik pkp.Saya nampak ikhtiar anak2 untuk buat pendapatan melalui atas talian.Itu pun dia belajar dari apa yg kita buat.Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sbb diorang tau yang papa,mama,mummy,abah diorang bukan asal dari orang senang.

Sebagai ayah, dia mendoakan semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat

Long story short,terima kasih banyak2 cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini.Pandai eh,dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah.Terpinga2 papa ingat duit apa la ni kat tangan.Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sbb baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.

Papa doakan anak2 papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb🤲🏻❤️

Sumber: normanhakim_786

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN