“Apa Nak Jadi Kat Ibu Jadilah, Janji Anak Selamat.” Syatilla Melvin Alami Komplikasi Placenta Previa, Mohon Kongsi Tip!

Share

Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita bakal melahirkan bayi ketiganya secara pembedahan.

Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini memberitahu, dia akur dengan pilihan tersebut selepas doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.

Dia sebelum ini mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Usai melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah dia mengetahui punca sebenar.

Tadi pergi checkup doktor bgthu kata placenta previa💆🏻‍♀️kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka 🦧

Sebab lately ni asyik bleeding, jalan byk bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa2nya uri kt bawah.

“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tpi no3 ni mmg pelik. Dari awal mmg pelik. Sampai sekarang xlalu nak promote produk sendiri😭😭😭

“Dah berapa lama dah xbuat content utk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nk penin💆🏻‍♀️ tak ka yg aneh2 tu?

“So no3 ni kompom lahhh doctor kena belah jugak perut akuuuuuuuuuu😩😭bru plan nk try VBAC 💔xdak rezeki sungguh. Xpala, apa nk jd kt ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin🤍🌹


Btw, doc suruh warded dh masa 36weeks nnti. Tapi aku nk rayaaaaaaaaaaaa😭😭tpi xmauuuuuu warded lg😭

Dia dalam pada itu meminta pengikutnya berkongsi pengalaman dalam situasi tersebut.

“Ya allah sapa lg ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, tilla nak baca😍

farahdianaanuar ada amalan zikir,kena amal selalu,pujuk baby insyaAllah 😍 cuba google , best of luck hot mummy ❤️
maznurshuhada_ Pernah jadi tapi lepas 2 minggu kena p scan balik, doktor kata uri dah naik balik lega rasa 😂
nurdahlia12 😢hati2 sis Jgn lasak2 sebab ianya bahaya saya dah alami nye🥺seperti di beri hidup peluang kedua
asna_nafeesa Sy baru melahirkan week 38.. pp stage 2.. anak ke 8. Sebelum ni melahirkan biasa.. Ya Allah Maha Besar Rahmat Allah melahirkan secara biasa.. tpi sy yakin Allah Sebaik2 Perancang… bila placenta kat bawah tak ada pilihan, kena csection.
ndaliyla Hujung2 2nd trimester uri dok bawah jugak. Lpas 3x check up uri naik balik. Mmg kena relax byk time tu. X mengurut apa pon. Duduk/baring ja. Pastu Alhamdulillah vbac 🥰
ciklija Saya anak melintang masa 36 weeks so since that buat senaman search dekat google Alhamdulillah 40 weeks pusing elok kepala kat bawah.

Sumber: samtilla

 

 

IKLAN