Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa bila mana anak yang dididik dan ditatang bagai minyak yang penuh sudah berjaya. Malah,  penceraian antara ibu dan ayah bukan penghalang untuk anak-anak tidak boleh berjaya. Itu yang berjaya dibuktikan oleh kedua pelakon ini yang sentiasa bekerjasa dalam  membesarkan anak-anak meskipun telah berpisah

Pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi baru-baru ini begitu teruja meraikan anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 peringkat Negeri Selangor hari ini.

“Apa Yang Penting, Kerjasama.” Rai Anak Bergelar Huffaz Bersama, Netizen Puji Abby Abadi & Norman Hakim Dah Cerai, Tapi Bersatu Demi Anak!

Berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, anaknya diraikan kali ketiga dalam majlis penganugerahan itu.

“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabatnya telah berjaya menghafal al-Quran diraikan lagi hari ini di peringkat Negeri Selangor.

IKLAN

“Alhamdulillah. Murah rezeki anak-anak ini. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ini. Syukur, Terima Kasih ALLAH untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan,” katanya.

Hadir bersama Norman dalam majlis tersebut, Abby menerusi kapsyennya memberitahu   suaminya, Jaiezzany dan isteri kepada Norman, Memey Suhaiza ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

“Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga. Apa yg penting kerjasama hehe,” Tulis Abby.

IKLAN

“Apa Yang Penting, Kerjasama.” Rai Anak Bergelar Huffaz Bersama, Netizen Puji Abby Abadi & Norman Hakim Dah Cerai, Tapi Bersatu Demi Anak!

Menurut Abby, anaknya Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan pada hari tersebut. Kali ini Peringkat Negeri Selangor pula.

“Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia,”ujarnya.

IKLAN

View this post on Instagram

repost: @normanhakim_786 TERIMA KASIH ALLAH S.W.T..terima kasih Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor #PITAS & Bank Muamalat diatas insentif kpd para Huffaz Negeri Selangor secara amnya dan kepada anak kami Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ khususnya untuk pengiktirafan ini . . Semoga anak kami bersama dengan 950 sahabat Huffaz dari seluruh Negeri Selangor yg turut bersama dalam Majlis Konvokesyen Huffaz 2018 kali ke-2 ini akan terus meningkatkan perjuangan & integriti didalam membawa Al-Quran sebagai cara hidup untuk diri sendiri bersama keluarga & masyarakat tercinta . . Bersama kita membina syurga dirumah utk sama2 kembali membina rumah disyurga utk kehidupan yang kekal abadi selepas ini In shaa Allah Aamiin Ya Rabb❤ . . @normanhakim_786 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ @maria.danisha.hakim @awishzarisz @mikayladelishahakim @daiyandayana_

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Perkongsian tersebut mendapat komen dari netizen yang rata-ratanya  mengucapkan tahniah dan syuur selain mendoakan kebahagian kepada kedua-dua keluarga berkenaan.

afzafahmidah Walaupun dah cerai, mereka bersatu demi anak-anak. MashaAllah. They co-parent so well.

kaklongnora Alhmadulillah.Tahniah Mohamed Danish Hakim Al Hafiz.Sesungguhnya org yg menhafal Al Quran merupakan org yg lebih dekat dgn Allah SWT kerana ayat suci Al Quran tersimpan dlm dada mereka. Allahurabi

haryati.amin.14 Alhamdulillah?kakAbby n abg norman salute you both

ebit_fara Semoga hingga ke syurga Allah seluruh keluarga hebat ini

kamilahchemat Alhamdulillah.. Tahniah abg danish. Smoga famly kak aby sntiasa dlm rahmat Allah swt

redmahmood @jaiezzany Taniah juga pada abahnya dan mummy @memeysuhaiza… semuanya atas kerjasama keluarga besar anda… Tahniah..

sweetiepie_cahaya Syabas Abby seorang Ibu yg mithali pada anak anak. Orang yang baik tidak melihat permulaaan mu bagaimana tetapi Pengakhiran nya bagaimana? Syabas untuk Norman Hakim yg banyak mendokong Abby walaupun mereka bukan lagi pasangan suami isteri

sweetiepie_cahaya Indah sungguh foto ini, pasangan Sama Cantik dan sama padan apatah lagi dgn kurniaan cahayamata yg bijak lagi Cantik. Tetapi Allah swt maha mengetahui setiap yg berlaku ada hikmah nya. Semua ini perlu pergorbanan dari salah satu pasangan Baru lah kejayaan dapat diraih. Alhamdullilah

Sumber: IG abby_abadi112 & normanhakim_786

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI