Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.
Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.
Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di facebook mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!
Caranya mudah sahaja:
Ads
1. Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.
2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.
3. Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita.
Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit.
Ads
Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!
Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.
# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.
Ads
# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.
# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.
# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing.
Panas..kucing memang tak suka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam kunyit di laman rumah atau di dalam pasu adalah salah satu aktiviti yang praktikal untuk dilakukan. Ini memandangkan kunyit banyak digunakan di dalam masakan harian. Lantaran itu jika ada sepokok dua di tanamn pun sudah memadai.
Pun begitu, jika sekadar tanam dan pokok tidak subur kadang kala membuatkan kita rasa tidak puas hati. Kalau boleh tanaman kunyit biarlah berdaun segar, lebar dan menghijau. Barulah seronok dipetik untuk digunakan di dalam masakan.
Jadi untuk itu, ketahui serba sedikit cara tanam kunyit yang betul seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat di group Belajar Berkebun Di Rumah (untuk beginner)
CARA TANAM KUNYIT
1. Syarat tumbuh.
Ia tumbuh dengan baik di tanah laterit(Tanah merah), aluvial(Jenis tanah liat halus) dan regosol, ketinggian 240 – 1200 m di atas permukaan laut (dpl), dengan hujan 2000 – 4000 ml / tahun. Kunyit juga dapat tumbuh di bawah batang pohon kayu seperti pokok jati muda sekitar usia 3 – 4 tahun, dengan tahap teduhan tidak lebih dari 30%.
2. Pembenihan.
Untuk benih kunyit, anda boleh menggunakan rizom utama atau rizom anak. Rizom utama berbentuk bulat telur, atau rizom paling besar.
Rizom anak pula terletak di sisi dan berbentuk seperti jari. Panjang rizom yang digunakan adalah 2 – 10 cm, diameternya 1 – 2 cm.
Rizom utama boleh digunakan sebagai benih yang dibahagikan kepada empat (satu rizom induk terbahagi kepada empat bahagian membujur), sementara satu rizom anak boleh digunakan sebagai satu benih kunyit.
Sebelum bercucuk tanam, rizom ditanam terlebih dahulu dalam kotak berisi tanah sehingga tunas tumbuh dengan ketinggian tunas 0.5 – 1 cm. Selepas itu kunyit boleh dipindah ke tanah.
Jika hendak tanam di dalam pasu boleh biarkan sahaja dan jika ingin tanam di tanah perlu tunggu sehingga keluar dua atau tiga helai daun baru boleh pindahkan ke tanah.
3. Penyediaan tanah.
Tanah dibajak sehingga menjadi gembur. Ini kerana ia memerlukan penyaliran yang baik dan air tidak boleh bertakung di atas. Oleh itu, perlu dibuat parit yang memisahkan batas tanah. Ukuran batas tanah kunyit adalah dengan kelebaran 1m dan panjang disesuaikan dengan keadaan di lapangan.
4. Jarak tanam.
Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x 40 cm dalam sistem monokultur. Sekiranya tanaman itu hendak ditanam dengan sistem tanaman campuran dengan kacang tanah atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50 cm.
5. Sistem tanam campuran.
Dalam sistem tanam campuran, tanaman kunyit boleh dicampur dengan tanaman kacang tanah dengan menggunakan jarak yang lebih luas 75 cm x 50 cm. Kacang tanah boleh ditanam di antara kunyit dengan jarak 75 cm. Tanaman kacang tanah perlu ditanam pada masa yang sama dengan menanam kunyit.
Namun, selepas 3 bulan kacang tanah sudah boleh dituai. Selepas itu, kacang tanah boleh ditanam lagi atau jenis tanaman lain yang mengambil masa yang pendek. Tanaman yang bersilang dengan kacang tanah adalah baik untuk kesuburan tanah kerana ia meningkatkan unsur Nitrogen dalam tanah.
6. Pembajaan.
Baja organik 0.5 kg/tanaman diberikan sebelum penanaman. Baja NPK, dengan dos 5 gram / tanaman untuk sistem monokultur, dan 10 gram / tanaman untuk sistem tanam campuran diberikan semasa penanaman. Baja urea diberikan lagi pada usia 1 dan 3 bulan selepas ditanam dengan dos 5 gram / tanaman.
7. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan tanaman merangkumi pembersihan rumpai dan penimbunan. Pembersihan rumpai berguna untuk mengelakkan persaingan pengambilan nutrien dengan rumpai. Penimbunan berguna untuk menjaga kelembapan, suhu dan kelembapan tanah. Penimbunan juga dilakukan untuk memperbaharui parit yang memisahkan batas tanah, tanah dinaikkan ke batas tanah penanaman selepas pembersihan rumpai.
Tanaman kunyit jarang diserang perosak atau penyakit. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah berlakunya penyakit rizom mereput yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum. Ia adalah:
-Memilih benih rizom yang sihat.
-Mengelakkan luka pada benih rizom.
-Membersihkan sisa tanaman sebelum itu dan rumpai.
-Membuat saluran pengairan supaya tidak ada air yang bertakung.
8. Tuaian.
Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering. Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom.
Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.
Penampilan terbaru Intan Salleh ketika sambutan hari lahir suami mencuri tumpuan ramai apabila ada yang meneka selebriti media sosial ini sedang hamil.
Sementelah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi video yang dimuatnaik ini dilihat memberi hadiah berupa ujian kehamilan sebagai kejutan buat suaminya.
Dia dalam pada itu mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun hanya boleh mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.
Jelasnya lagi, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum. Begitupun, dia akan memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.
Terbaru, dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.
“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.
Baby bump Intan yang jelas kelihatan menarik perhatian dan seolah-olah mengiyakan teka teki pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah malah menitipkan nasihat serta mendoakan kebahagian wanita ini selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu.
Malah mereka turut mendoakan Intan agar dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Bila menyentuh soal perkembangan anak-anak, tentu ada ibu bapa yang meletakkan harapan yang tinggi pada anak. Hingga ada yang sanggup memarahi anak boleh dikatakan setiap hari.
Memang benar ia bertujuan untuk menegur anak tetapi secara psikologinya jika secara kerap ia akan menjejaskan keyakinan dalam dirinya.
Situasi ini menyebabkan kanak-kanak mudah tertekan dan ‘penat’ dengan persekitaran yang tertekan.
Sebagaimana yang diulas oleh saudara Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian di facebooknya.
Moga kita cakna dalam mendidik anak-anak.
Anak kita pun tahu penat. Ini hakikat, walau dari luaran anak kita ni nampak macam bertenaga unlimited, tapi hakikatnya ia sangat-sangat limited di dalamannya.
– Sekali sekala anak kita perlu di biarkan buat apa yang mereka suka. Itu la yang akan buat jiwanya rasa hidup.
– Sekali sekala anak kita perlu di beri pilihan untuk memilih. Baik dari segi makanan ataupun pakaian. Itu la yang akan buat anak kita rasa tidak terkongkong hidupnya.
– Sekali sekala bila nampak anak kita buat kesalahan, kita sabar dan terus peluk dia. Itu la yang akan buat anak faham bahawa kita sayang dia tanpa bersyarat.
– Sekali sekala kita kena biarkan anak kita jadi budak-budak. Hidup tanpa stress, aturan dan kekangan yang melampau. Itu yang akan buat dia lebih bahagia pada kehidupannya.
– Sekali sekala kita kena letak jauh jauh High Expectation pada anak kerana itu la punca kita cepat penat dengan anak, dan anak cepat penat dengan kita.
– Sekali sekala kena empati pada ketidaksempurnaan anak kita. Itu la bukti besar yang kita memahami anak kita sendiri.
– Sekali sekala kita kena percaya pada kemampuan anak kita lebih dari kita percaya pada kelemahannya. Itu la yang akan beri kita dorongan ( drive ) untuk lebih membantu anak jadi berjaya.
Bila anak rasa penat, kita la tempat dia berehat dan bersandar refresh tenaganya. Tanpa kita, longlai la mereka kelak. Wallahu A’lam,