Mengapa apabila cuaca sejuk, selsema yang teruk, masalah sinus dan sakit tekak mesti telinga menjadi tak dengar? Pernah tak anda alami masalah seperti ini? Pernah terfikir sebab-sebabnya?

Cuma lihat gambar di bawah. Eustachian tube merupakan saluran penting yang menghubung telinga tengah ke bahagian belakang hidung. Lazimnya ia akan tertutup. Ia hanya terbuka ketika kita mengunyah, makan dan menguap. Ini membolehkan udara menghala ke ruang telinga tengah dan membenarkan sebarang cairan daripada telinga tengah mengalir ke belakang hidung.

Apabila Cuaca Sejuk, Selsema Teruk, Masalah Sinus Dan Sakit Tekak Mesti Telinga Jadi Tak Dengar. Doktor Ini Ada Jawapannya

Apa berlaku ketika cuaca sejuk atau kita mengalami selsema teruk? Kenapa telinga menjadi seperti ‘block’ dan rasa tertutup?

Apabila jangkitan pada tekak dan hidung berlaku, atau ketika cuaca sejuk, pembengkakan bukaan eustachian tube atau pengumpulan mukus di kawasan ini akan menghalang daripada udara untuk bergerak ke bahagian telinga tengah. Ini menyebabkan tekanan udara di bahagian telinga tengah lebih rendah berbanding telinga bahagian luar. Gegendang telinga ‘struktur yang memisahkan telinga luar dan telinga tengah’ akan tertarik ke bahagian dalam. Ini mengakibatkan pesakit mengalami sakit pada telinga! Keadaan ini juga menyebabkan getaran pada gegendang telinga tidak berlaku seperti normal. Pendengaran pesakit juga akan terjejas!

IKLAN

 

 

Siapa yang lebih berisiko untuk mengalami masalah ini?

IKLAN

1. Obesiti boleh meningkatkan risiko anda kerana pengumpulan lemak boleh berlaku di sekitar tiub eustachian.

2. Merokok boleh merosakkan rerambut pelindung di telinga tengah, yang dipanggil silia, dan meningkatkan risiko lendir untuk terkumpul.

3. Pesakit yang mempunyai alahan dan masalah sinus akan mengalami lebih banyak lendir pada bukan eustachian tube, yang membawa kepada peningkatan risiko masalah ini.

IKLAN

4. Kanak-kanak. Eustachian tube mereka lebih pendek daripada orang dewasa. Ini menyebabkan lebih mudah untuk kuman merebak ke telinga tengah dan cecair juga lebih mudah terperangkap di sana. Juga, sistem imun kanak-kanak tidak berkembang sepenuhnya. Ini menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk melawan jangkitan.

Kesemua masalah ini akan sembuh antara kira-kira seminggu atau dua minggu setelah masalah hidung anda selesai. Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami masalah ini. Kami akan bantu.

Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, #kongsi kepada orang yang anda sayang. Moga lebih ramai mendapat manfaat.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Bagaimana pula telinga jadi sakit dan tak dengar ketika turun daripada flight? Pernah rasa kan?

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI