Apam Nasi Sedap & Lembut Kejadiannya. Ni Dikongsikan Resipinya!

Share

Sekiranya melihat ada lebihan nasi di dalam periuk mungkin terbayang menu yang boleh dimasak untuk sarapan adalah nasi goreng.

Pun begitu, memberi citarasa berbeza menu sarapan apa kata gunakan lebihan nasi ye sebut untuk membuat apam.

Rasanya yang enak dan lembut, ditambah pula pilihan warna yang menarik digunakan pasti mampu menambat selera seisi keluarga.

Nak tahu resipinya? Ikuti perkongsian Niessa  Chang ini

Suka sangat buat apam nasi guna resepi ni.

APAM NASI (Azlina Ina)

Bahan A
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 air
1/2 cawan gula
*Kisar semua bahan dan tapis.

Bahan B
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
*Ayak semua bahan.

Bahan C
3 sudu teh mauripan

Bahan D
3 sudu teh minyak
Pewarna

Cara-cara
1. Masukkan bahan A yang sudah ditapis ke dalam bahan B. Kacau sebati.
2. Masukkan bahan C. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan D. Kacau sebati.
4. Perap 1 hingga 2 jam.
5. Panaskan periuk kukus.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyak.
7. Masukkan acuan tadi ke dalam periuk kukus.
8. Kukus selama 20 minit, api sederhana.

Siap untuk dinikmati

Sumber : Niessa  Chang

IKLAN