Benar kata orang, sokongan isteri adalah begitu bermakna dalam segala aspek bagi kehidupan seorang suami. Apatah lagi bila diuji dengan kehilangan mata pencarian yang secara nyata menjejaskan pendapatan untuk seisi keluarga.

Melalui detik sukar ini bukan mudah, namun bila adanya isteri dan anak-anak di sini menjadi penguat semangat untuk turus melalui ujian hidup dengan tabah. Pun begitu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Begitulah yang dilalui oleh pengacara dan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Aril Pilus, 37, mengakui dia menganggur sejak Mei lalu setelah program CCTV yang dikendalikannya di Astro ditamatkan. Ini sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

Belum Terdesak Meminjam

Aril Pilus Tiada Job Sejak Bulan Mei, Namun Tak Putus Semangat Demi Isteri & Anak!

Bagaimanapun, kata Aril, dalam keadaan tiada punca pendapatan tetap, ia bukan alasan untuk dirinya menagih simpati orang, malah tidak terdesak meminjam wang daripada rakan terdekat.

“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.

“Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa juga akan memahami perasaan itu.

“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu,”katanya.

IKLAN

Selain itu, tambah Aril, cara hidup bersederhana selama ini juga sedikit sebanyak dilihat membantu dia menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.

“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.

“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu. Tak nak pinjam meminjam ini,” katanya.

Bangkit Demi Isteri & Anak

Aril Pilus Tiada Job Sejak Bulan Mei, Namun Tak Putus Semangat Demi Isteri & Anak!

Jelas Aril, walaupun reda kehilangan pekerjaaan, dia tidak putus semangat untuk bangkit melakukan sesuatu, apalagi dia mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

IKLAN

“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.

“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?

“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival.

“Isteri saya bekerja sebagai pramugari pun cakap industri penerbangan ‘jahanam’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN

“Sekarang ini dia bersama syarikat insurans dan saya cakap dengan dia tak apa teruskan. Kita sokong satu sama lain. Tidak ada masa untuk tunggu, kalau kita tak buat sesuatu kita akan tenggelam,”katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!